Perang Salib Pertama Bahagian 2

129 4 0
                                    

Setelah tidak mendapat tentangan daripada Kerajaan Seljuk Rum, bala tentera Salib meneruskan perjalanan mereka tanpa banyak halangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah tidak mendapat tentangan daripada Kerajaan Seljuk Rum, bala tentera Salib meneruskan perjalanan mereka tanpa banyak halangan. Tetapi di pertengahan jalan, salah seorang pemimpin tentera salib iaitu Baldwin mengambil keputusan untuk berpisah daripada bala tentera utama dan mencuba nasib di Edessa. Edessa ialah sebuah kota milik Kristian Armenia yang sedang diancam Kerajaan Turki Seljuk.

Apabila Baldwin berjaya membantu Edessa, pemerintahnya yang bernama Thoros mengambil Baldwin sebagai anak angkatnya. Walaubagaimanapun beberapa bulan selepas itu, Thoros meninggal dunia (mungkin diracun oleh Baldwin) dan Baldwin pun dilantik menjadi pemerintahn Edessa. Dengan ini Edessa menjadi Kerajaan Salib pertama.

Bala tentera Salib utama pula melancarkan kepungan terhadap Kota Antioch. Sebuah kota yang mempunyai pertahanan yang kukuh. Penguasa kota tersebut, Yaghi Siyan telah awal-awal lagi membuat persediaan terhadap kepungan yang bakal berlaku. Dia telah menyediakan pasukan pertahanan yang mencukupi dan memastikan bahawa jalan untuk mendapatkan bekalan dari luar sudah ada. Selain itu, dia juga telah meminta bantuan daripada pembesar-pembesar kota-kota Islam yang berhampiran seperti Aleppo dan Damaskus
.
Bala tentera Salib mengalami kemungkinan yang sangat tipis untuk memenangi kepungan terhadap kota tersebut. Walaubagaimanapun mereka mempunyai satu kelebihan, iaitu perpecahan di kalangan umat Islam itu sendiri.

Pada masa tersebut persengkataan antara adik beradik yang masing-masing menguasai Aleppo dan Damaskus iaitu Ridhwan dan Duqaq masih berlaku. Mereka tidak berani menggerakkan bala tentera masing-masing untuk menghulurkan bantuan kepada Antioch kerana khuatir seteru masing-masing akan menyerang kota mereka.

Apabila kedua-dua penguasa itu menghantar bala tentera mereka ke Antioch pada masa yang berlainan, mereka mengalami nasib yang sama. Kedua-dua bala tentera itu gagal membantu Antioch lalu mereka tidak lagi meneruskan usaha mereka.

Selain itu, Khalifah Abbasiyah dan Fatimiyah masih bermusuh. Khalifah Fatimiyah sendiri baru sahaja menguasai Jerusalem dan menawarkan kepada bala tentera Salib penguasaan terhadap Syria jika melupakan hasrat untuk mendapatkan Jerusalem. Walaubagaimapun, bala tentera Salib enggan menerima tawaran itu.

Yaghi Siyan masih mempunyai satu lagi peluang untuk menamatkan kepungan apabila Kerbogha mara ke Antioch. Kerbogha mara bersama bala tentreranya yang besar dari Mosul dan mahu membebaskan Antioch dari kepungan.

Berita ini membimbangkan bala tentera Salib yang berada disekelilig Antioch. Mereka telah mengepung kota itu beberapa bulan lamanya dan semakin menderita. Pada ketika inilah salah seorang pemimpin mereka iaitu Bohemond memaklumkan kepada pemimpin-pemimpin tentera salib yang lain bahawa beliau telah meyakinkan seorang tukang besi di Antioch yang bernama Firuz untuk belot.

Pada satu malam, sekumpulan tentera Salib yang dipimpin Bohemond pun memanjat tali yang disediakan Firuz untuk menaiki salah satu menara Antioch. Pasukan kecil ini pun membuka pintu pintu masuk Kota Antioch untuk membenarkan bala tentera salib memaasuki kota tersebut.

Dengan tidak semena-mena, setelah hampir setahun mengepung kota itu, bala tentera Salib berjaya menguasai Antioch. Namun begitu mereka terpaksa pula berhadapan dengan kepungan daripada Kerbogha.

Bala tentera Kerbogha yang besar pun mengepung kota Antioch dan menggempur bala tentera Salib dengan teruk sekali. Hampir sebulan kepungan itu berlaku dan walaupun bala tentera Salib inginkan perdamaian, permohonan itu ditolak oleh Kerbogha.

Namun begitu, Kerbogha akhirnya tertewas dan terpaksa berundur apabila dia melakukan satu kesilapan taktikal dalam serangannya. Kesilapan itu menyebabkan perpecahan di kalangan pemimpin tenteranya. Bohemond mengambil peluang ini untuk menyerang balas dan sekaligus menewaskan Kerbogha.

Kerbogha dan bala tenteranya akhirnya berundur dari Antioch.

Kemenangan ini menyebabkan Antioch menjadi kota kedua yang jatuh di tangan bala tentera Salib dan menjadi Negeri Salib kedua selepas Edessa. Tidak lama selepas itu Bohemond, atas jasanya selama ini dilantik menjadi penguasa Antioch.  

Richard X Salahuddin: Pertembungan Dua Gergasi di Era PeperanganWhere stories live. Discover now