Richard X Salahuddin ialah sebuah siri non-fiksyen menceritakan pertembungan dua tokoh semasa Perang Salib Ketiga. InsyaAllah akan dikemaskini dua kali seminggu, pada hari Rabu dan Jumaat.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sebelum kita menyingkap bagaimana Sahuddin berhadapan dengan ancaman The Leper King, mari kita lihat sedikit ringkasan bagaimana konflik antara baginda dan kumpulan Assassins bermula dan berakhir.
Selain berhadapan dengan bala tentera musuh yang beribu-ribu jumlahnya, Salahuddin juga terpaksa berhadapan dengan musuh yang misteri dan bergerak dalam bayang-bayang. Kadang-kadang musuh ini berada di hadapan baginda, tanpa baginda sedari. Musuh yang dimaksudkan adalah Assassin.
Semasa Salahuddin meluaskan pengaruhnya di Syria, baginda mendapat perhatian daripada Rashid al-Sinan ataupun lebih terkenal dengan panggil Old Man on The Mountain. Rashid al-Sinan memimpin sebuah gerakan dakwah yang berasal dari Persia. Gerakan itu ialah gerakan Syiah Ismaliyah yang diasaskan oleh Hasan al-Sabah. Apabila gerakan itu menyebarkan pengaruhnya di Syria, Rashid al-Sinan telah dilantik menjadi pemimpinnya.
Walaupun ia sebuah gerakan dakwah tetapi mereka mula melakukan pembunuhan terhadap mereka yang mengancam kedudukan mereka. Ahli-ahli mereka yang melakukan pembunuhan ini digelar Fidai atau lebih dikenali sebagai Assassin. Selain melakukan pembunuhan atas musuh mereka, gerakan itu juga menerima upah untuk membunuh. Pembunuhan berprofil tinggi yang dilakukan oleh fidai-fidai ini menyebabkan gerakan ini amat digeruni di Syria dan Persia. Mereka beroperasi dengan bersembunyi atau menyamar sebelum membunuh sasaran mereka secara diam-diam atau di khalayak ramai.
Pengaruh Salahuddin dianggap mengancam kewujudan gerakan tersebut di Syria dan Rashid al-Sinan segera bertindak untuk menamatkan riwayat Salahuddin. Percubaan bunuh pertama dari Assassin berlaku semasa Salahuddin mengepung Aleppo. Sekumpulan assassin masuk ke kawasan perkhemahan bala tentera Salahuddin tanpa disedari dan menyerang khemah Salahuddin. Mujur pada ketika itu Salahuddin sedang bersama beberapa orang pemimpin tenteranya. Fidai-fidai itu berjaya dihalang serta dibunuh. Semenjak itu, Salahuddin lebih berwaspada dengan keselamatannya.
Sebagai membalas percubaan ini, Salahuddin pun melancarkan kepungan ke atas kubu Rashid al-Sinan di Masyaf. Baginda mahu menamatkan ancaman dari gerakan ini secara keseluruhannya dengan memusnahkan markas mereka.
Walaubagaimanapun, beberapa hari selepas kepungan itu berlangsung, Salahuddin telah mendapat maklumat bahawa al-Sinan telah menggugut bapa saudara Salahuddin di Hama. Dia mengancam untuk membunuh seluruh keluarga Salahuddin dan emir-emirnya jika kepungan itu diteruskan.
Salahuddin yang tahu bahawa bala tenteranya juga sudah letih akibat perang yang berlanjutan mengambil keputusan untuk menghentikan sahaja kepungan itu. Dalam perjanjiannya damai tersebut, Salahuddin dan al-Sinan bersepakat untuk tidak mengganggu urusan masing-masing. Salahuddin akan berhenti menyerang al-Sinan, manakala al-Sinan tidak akan menghantar fidai-fidainya untuk membunuh Salahuddin.