Kepungan Jerusalem 1187

177 8 0
                                    

Salahuddin tidak terus ke Jerusalem, sebaliknya baginda mengambil peluang mendapatkan kembali jajahan-jajahan dan kedudukan pihak Frank

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Salahuddin tidak terus ke Jerusalem, sebaliknya baginda mengambil peluang mendapatkan kembali jajahan-jajahan dan kedudukan pihak Frank. Dengan bantuan panglima-panglima perangnya serta bala tentera mereka, satu demi satu jajahan utama Frank di Syria jatuh. Tiberias, Acre, Haifa, Arsuf, Tibnin, Beirut, Jubail, dan Ascalon jatuh dengan mudah ke tangan orang Islam.

Hanya apabila saudara baginda, al-Adil meminta baginda untuk segera mendapatkan kembali Jerusalem barulah Salahuddin menjadikan kota suci itu sasaran utama baginda. Tetapi sebelum itu, baginda menawan pula hampir semua kubu dan kota musuh di sekeliling Jerusalem supaya bantuan tidak dapat sampai kepada Jerusalem. Ramla, Darum, Latrun, Bait Jibrin, Hebron dan Bettlehem ditawan dahulu sebelum Salahuddin tiba di Jerusalem pada 20 September 1187.

Jerusalem sudah kehilangan rajanya tetapi seorang bangsawan bernama Balian dari Ibelin mengambil tempat untuk memimpin pertahanan kota itu. Sebenarnya Balian telah menyertai pertempuran di Hattin tetapi telah melarikan diri bersama Raymond dari Tripoli semasa semasa pertempuran sedang berlaku.

Dia sendiri tidak berada di Jerusalem semasa kepungan dari Salahuddin telah bermula. Dia ke kota itu untuk mendapatkan keluarga yang terperangkap di kota tersebut. Oleh itu dia sendiri mendapatkan kebenaran dari Salahuddin untuk membawa keluar keluarganya. Saalahuddin membenarnya dia untuk berbuat demikian. Tetapi apabila penduduk kota itu memintanya untuk terus memimpin pertahanan kota itu, dia terus tinggal di kota itu.

Bersama Balian hanya ada 14 orang kesatria dan pasukan pertahanan kota yang sangat sedikit jumlahnya. Tetapi Balian tetap menjalankan tanggungjawapnya dan segera mengatur pertahanan kota dengan membaiki benteng kota dan menguatkan binaan pertahanan yang lain.

Salahuddin memulakan kepungan dengan menggempur bahagian barat kota tersebut, iaitu tembok berdekatan dengan Benteng David. Tetapi beberapa hari kemudian baginda mengubah kedudukan bala tenteranya ke sebelah utara kota tersebut, berhampiran Pintu Damaskus. Arah sama yang digunakan oleh bala tentera salib ketika menggempur kota tersebut ketika Perang Salib Pertama.

Bala tentera Salahuddin berjaya memusnahkan sebahagian benteng kota menggunakan teknik penggalian terowong. Proses penggalian terowong tersebut akan meruntuhkan tembok yang berada di atas terowong.

Tiga hari kemudian tembok itu runtuh. Walaubagaimanapun, bala tentera Salahuddin gagal untuk menembusi pertahanan kota tersebut akibat tentangan yang tidak kurang hebatnya dari pasukan pertahanan kota yang dipimpin Balian.

Tetapi Balian tahu bahawa runtuhnya benteng tersebut bermakna Salahuddin dan bala tenteranya akan berjaya juga memasuki Jerusalem pada masa akan datang. Oleh itu dia memulakan proses diplomasi dengan Salahuddin. Dia mahu menyerahkan Jerusalem kepada Salahuddin.

Pada mulanya permintaan dan syarat yang dikemukan oleh Balian tidak munasabah dan ditolak mentah-mentah oleh Salahuddin. Sebaliknya Salahuddin mahukan penyerahan tanpa syarat oleh Balian.

Tetapi Balian mengancam untuk membunuh hampir 5000 tawanan Islam di kota tersebut jika tidak diberi peluang untuk mengenakan syarat perjanjian. Dia juga mengugut untuk memusnahkan tempat-tempat suci yang terdapat di dalam kota Jerusalem.

Atas gesaan barisan penasihatnya, Salahuddin pun bersetuju dengan permintaan Balian untuk merundingkan tawaran yang lebih menguntungkan untuk penyerahan kota Jerusalem. Pada pandangan Salahuddin, kemenangan di Jerusalem sudah pasti dan adalah sesuatu yang merugikan jika ada lagi nyawa yang terkorban selepas itu. Selepas perbincangan lanjut, perjanjian penyerahan Jerusalem dimeterai pada 2 Oktober 1187.

Salahuddin dan bala tenteranya memasuki Jerusalem dengan aman, tidak seperti apa yang berlaku apabila bala tentera salib merampas kota suci tersebut semasa Perang Salib Pertama. Salahuddin berlaku adil kepada tebusan-tebusan dan bersikap pemurah dalam urusan penebusan. Sikap pemurah ini adakala menyebabkan penasihat-penasihat baginda risau.

Salahuddin juga mengembalikan tempat-tempat ibadah di kota itu kembali kepada status asalnya. Kubah Shakhrah dan Masji al-Aqsa dikembalikan fungsinya sebagai masjid. Walaupun terdapat cadangan daripada beberapa orang Salahuddin supaya Gereja Holy Sepulchere dimusnahkan untuk mengelakkan penziarah Kristian datang ke Jerusalem, Salahuddin menolak.

Belum sampai pun tempoh empat puluh hari untuk pembayaran tebusan, Salahuddin telahpun meninggalkan Jerusalem untuk kempen peperangan baginda seterusnya.  

Richard X Salahuddin: Pertembungan Dua Gergasi di Era PeperanganWhere stories live. Discover now