Kepungan Acre 1 Bahagian 1

160 8 0
                                    

Raja Guy dari Jerusalem yang telah ditawan semasa Pertempuran Hattin dibebaskan oleh Sultan Salahuddin setelah beberapa bulan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Raja Guy dari Jerusalem yang telah ditawan semasa Pertempuran Hattin dibebaskan oleh Sultan Salahuddin setelah beberapa bulan. Apabila Guy sedar bahawa baginda kehilangan hampir semua jajahannya, baginda mengambil keputusan untuk mengepung Kota Acre. Kota Acre yang dikuasai oleh tentera Islam selepas pertempuran Hattin adalah satu peluang untuk baginda mengembalikan maruahnya yang tercalar.

Kota Acre merupakan sebuah kota pelabuhan yang menjadi tumpuan penziarah dan pedagang di Syria. Ia mempunyai pertahanan semulajadi dalam berbentuk laut Meditranean yang terbentang luar di sebelah barat dan selatan kota tersebut. Jadi apabila Guy dan bala tenteranya memulakan kepungan pada penghujung Ogos 1189, mereka bertapak di sebelah timur kota. Guy memilih untuk menjadikan sebuah bukit di Toron sebagai markasnya.

Salahuddin bertindak balas dengan memimpin bala tenteranya untuk mengepung bala tentera bala tentera Guy yang sedang mengepung Acre. Bersama baginda adalah bala tentera Islam dari kota-kota Islam lain di seluruh Syria. Anak baginda, al-Afdal dan juga anak saudara baginda, Taqi al-Din turut memimpin bala tentera masing-masing. Selain itu baginda disertai panglima-panglima tentera yang baginda percayai seperti Keukburi.

Pada mulanya Guy mempunyai jumlah tentera yang sedikit. Tetapi lama-kelamaan baginda disertai oleh bala tentera segenap ceruk rantau Eropah dan Syria. Baginda juga mendapat bekalan daripada penyertaan bala-bala tentera ini. Perairan di sebelah barat Acre yang luas menjadi jalan utama untuk bala tentera tambahan dan bekalan ini sampai kepada bala tentera Guy.

Perairan itu juga memainkan peranan buat bala tentera Salahuddin. Melalui jalan laut itulah Salahuddin menghantar kapal-kapal untuk membekalkan makanan kepada pasukan pertahanan Acre dan juga menjadi metod komunikasi antara mereka. Sehinggakan apabila jalan laut tersebut dikawal dengan ketat oleh bala tentera musuh, Salahuddin mengarahkan kapal bekalan menyamar sebagai kapal musuh. Penyelam-penyelam yang berani pula menjadi penghantar mesej kepada pasukan pertahanan Acre apabila jalan laut disekat.

Sepanjang kepungan yang mengambil masa hampir dua tahun itu, pertempuran antara bala tentera Salahuddin dan bala tentera Salib berlaku di darat dan di laut. Ada ketika Salahuddin memenangi pertempuran tetapi tidak berjaya mengambil kesempatan untuk menamatkan terus kepungan. Bala tentera Guy pula terus menerus mendapat bekalan dan tentera tambahan sambil mengukuhkan kedudukan.

Walaupun Salahuddin mempunyai kelebihan jumlah tentera, baginda sendiri terpaksa membahagi bala tenteranya serta perhatiannya antara dua medan. Di sebelah utara Syria, ancaman dari bala tentera Salib yang dipimpin oleh Maharaja Empayar Suci Roman iaitu Frederick Barbarossa semakin membelengu baginda. Ini menyebabkan baginda memberi amaran kepada kubu-kubu baginda di sana untuk bersedia serta menyediakan bala tentera untuk menghadapi maharaja German tersebut.

Selain itu Laut Meditranean yang menjadi nadi perdagangan di kawasan tersebut juga menjadi ancaman kepada jajahan Salahuddin. Kerajaan baginda sendiri iaitu Mesir terdedah kepada serangan-serangan kapal-kapal tentera Salib dari Eropah dan Syria.

Tetapi keadaan bala tentera Salib yang dipimpin Guy juga dibelengu masalah dan cabaran tersendiri. Apabila isteri Guy iaitu Ratu Sybilla mangkat semasa kepungan, kedudukan Guy sebagai Raja Jerusalem mula dipertikai. Guy yang menjadi raja kerana mengahwini Sybilla yang merupakan waris Jerusalem dikatakan tidak layak lagi menjadi raja selepas kemangkatan isterinya. Ini menyebabkan bala tentera Salib berpecah belah. Ada yang menyokong Guy untuk meneruskan tugasnya dan ada pula yang menyokong seorang lagi pembesar tentera Salib iaitu Conrad untuk menjadi Raja Jerusalem yang baru.

Selain itu, masalah wabak (yang telah menyebabkan kematian Sybilla dan anak-ananknya) mula merebak di seluruh kem dan menyebabkan kematian yang tidak sedikit.
Pada bulan Mei 1191, Salahudin sedikit lega apabila mendapat khabar bahawa Frederick Barbarossa telah mangkat. Walaupun telah memenangi banyak pertempuran serta mengalahkan kerajaan Islam yang menghalang kemaraannya, baginda akhirnya mati lemas semasa merentas sebuah sungai yang mengalir deras. Walaupun bala tentera baginda masih meneruskan perjalanan ke Syria, tahap moral mereka rendah dan jumlah keseluruhan mereka sudah berkurangan.

Tetapi Salahuddin masih menanti kehadiran dua lagi raja Eropah yang menyahut panggilan Perang Salib iaitu Raja Phillip dari Perancis serta Raja Richard dari England. Ancaman kedua-dua raja itu tidak pernah lari dari mindanya.

Richard X Salahuddin: Pertembungan Dua Gergasi di Era PeperanganWhere stories live. Discover now