Salahuddin, Guy de Lusignan dan Reynald de Chatillon

214 10 0
                                    

Apabila Raja Baldwin meninggal akibat penyakit kustanya yang tenat, takhta Jerusalem beralih kepada anak saudara lelakinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apabila Raja Baldwin meninggal akibat penyakit kustanya yang tenat, takhta Jerusalem beralih kepada anak saudara lelakinya. Baldwin V masih seorang kanak-kanak apabila baginda ditabalkan. Oleh itu seorang pembesar bernama Raymond dilantik menjadi penjaganya dan juga sebagai pemangku tugas raja.

Walaubagaimanpun pemerintahan Baldwin V berakhir dengan singkat. Baginda meninggal dunia tidak lama selepas itu dan jawatan takhta sekali lagi menjadi tanya tanya dan punca konlflik antara pembesar dan bangsawan Jerusalem.

Munurut tradisi tradisi, ibu kepada Baldwin V iaitu Sybilla sepaturnya menjadi Ratu Jerusalem. Walaubagaimanapun ada sekumpulan bangsawan dan pembesar Jerusalem yang tidak mahu Sibylla menjadi pemberintah. Sebaliknya, mereka mahu adik Sibylla bernama Isabella ditabalkan sebagai ratu.

Namun begitu, Sybilla dan suaminya Guy de Lusignan bertindak lebih pantas untuk mendapatkan pengiktirafan Patriach Heracles, Ketua Biskop Jerusalem. Akhirnya Sibylla ditabalkan sebagai Ratu Jerusalem manakala Guy sebagai Raja Jerusalem atas kapasitinya sebagai suami Sibylla.

Guy yang tahu bahawa baginda dan kerajaan baginda belum boleh dapat menangani musuh sehebat Salahudin, terus memeterai perjajian damai sementara dengan Salahuddin. Raja Jerusalem sanggup membayar 60,000 benzant emas untuk memastikan perjanjian damai itu dimeterai.

Walaubagaimanapun beberapa tahun selepas itu, perjanjian damai sementara itu dilanggar oleh seorang pembesar Frank yang dikenali Reynald de Chatillon.
Reynald de Chatillon merupakan penguasa kastil Karak. Dia telah berkhidmat dengan Kerajaan Salib Jerusalem sejak Baldwin IV berkuasa dan merupakan seorang pahlawan yang amat hebat dan digeruni.

Selain itu, Reynald juga merupakan orang yang sangat dibenci oleh umat Islam di Syria. Reynald telah beberapa kali terlibat dalam pertempuran dengan bala tentera Islam dan pernah mengancam untuk mencuri jenazah Rasullah di Mekah. Ini berlaku apabila Reynald melancarkan serangan laut di persisir Laut Merah. Dia menjadikan kapal-kapal yang membawa penziarah dan pedagang sebagai sasaran. Pada masa inilah ada kedengaran berita angin mengatakan bahawa armada ini akan menuju ke tanah suci Mekah untuk mencuri jenazah Nabi Muhammad (S.A.W).

Untuk menghalang Reynald dan anak-anak buahnya daripada terus berleluasa, Al-Adil menghantar satu armada yang dipimpin oleh panglima berbangsa Armenia bernama Lu'lu' untuk memburu armada-armada musuh ini. Lu'lu' berjaya menangkap mereka dan mereka pun dihukum bunuh. Tetapi Reynald sendiri gagal ditawan.

Pada awal tahun 1187, penguasa Karak itu keluar dari kubunya di Karak dan menyerang karavan orang Islam yang sedang dalam perjalanan dari Kaherah ke Damaskus. Tindakan ini sekali lagi melanggar perjanjian damai sementara yang telah dipersetujui sebelum ini.

Salahuddin bertindak balas terhadap perlanggaran ini dengan menggerakkan bala tenteranya di Syria. Pergerakan ketenteraan ini lebih besar daripada apa yang telah dilakukan sebelum ini. Salahuddin mahu menentang Kerajaan Salib Jerusalem habis-habisan.

Seterusnya... Pertempuran Hattin...  

Richard X Salahuddin: Pertembungan Dua Gergasi di Era PeperanganWhere stories live. Discover now