Pertempuran di Tanduk Hattin Bahagian 2

168 9 0
                                    

Awal-awal lagi Salahuddin telah mengarahkan anak-anak buahnya untuk membakar pohon-pohon dan semak di sekitar jalan ke Tiberias

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Awal-awal lagi Salahuddin telah mengarahkan anak-anak buahnya untuk membakar pohon-pohon dan semak di sekitar jalan ke Tiberias. Asap yang memedihkan mata serta menyesakkan nafas juga mula menyeksa bala tentera Jerusalem.

Apabila matahari berada tegak di atas kepala, bala tentera Salahduddin pun melepaskan ratusan anak panah ke arah bala tentera musuh. Kesan daripada hujan anak panah ini ialah kemusnahan yang amat dasyat kepada bala tentera Guy. Selain itu pasukan infantri tentera Jerusalem mula panik dan menyebabkan formasi mereka musnah dan tidak lagi teratur.
Harapan untuk sampai ke Tiberias sudah musnah, sekarang bala tentera Guy berusaha bertungkus lumus untuk memastikan bahawa mereka tidak terkorban di medan tempur yang kering dan berdebu itu.

Guy terdesak dan mengarahkan bala tenteranya untuk berundur ke sebuah kampung yang terletak berhampiran. Nama kampung itu ialah Hattin. Mereka berlindung di sebalik tinggalan benteng kubu purba di kaki sebuah bukit. Di sana, Guy mendirikan khemah dirajanya yang berwarna merah dan mengarahkan bala tenteranya untuk bersedia melakukan serangan selanjutnya.

Di sini, bala tentera Guy khususnya pasukan berkudanya cuba bertahan sambil melakukan serangan yang akan memberi peluang untuk mereka menyelamatkan diri dari hentaman bala tentera Salahuddin. Cubaan mereka hampir berjaya.

Setiap kali pasukan berkuda Salahuddin menggempur pasukan musuh, mereka berjaya membuat pasukan musuh berundur kembali ke kaki bukit. Tetapi tidak lama selepas itu, pasukan berkuda Guy berjaya menyerang balas dan membuat pasukan berkuda Salahuddin pula berundur.

Salahuddin sendiri kecewa dengan pasukan berkudanya.

Tidak jauh dari medan tempur itu, Salahuddin berdiri sambil memerhatikan apa yang berlaku. Bersama baginda adalah anaknya, al-Afdal.

"Kita telah berjaya mengalahkan mereka!" Jerit al-Afdal. Pasukan tentera Islam berjaya memaksa pasukan musuh berundur ke kaki bukit sekali lagi.

Tetapi Salahuddin terus mengarahkan al-Afdal untuk diam. "Selagi khemah merah itu tidak tumbang, selagi itulah kita belum mengalahkan mereka!"

Pada saat Salahuddin menghabiskan kata-katanya itu jugalah khemah merah Guy tumbang. Apabila Salahuddin menyaksikan kejadian ini, baginda turun dari tunggangannya dan terus melakukan sujud syukur. Baginda menangis kegembiraan.

Pertempuran di Hattin telah dimenangi.

Selepas pertempuran itu, Guy dan sekutu kuatnya, Reynald de Chatillon dibawa berjumpa Salahuddin. Apabila Guy memberi gelas air yang ditawarkan oleh Salahuddin kepada baginda sebelum itu, Salahuddin segera memaklumkan kepada mereka bahawa tawaran minuman itu sebenarnya hanya untuk Raja Guy dan bukannya Reynald.

Reynald yang sebelum ini telah membawa banyak kesusahan kepada umat Islam merupakan antagonis yang paling dibenci oleh Salahuddin. Baginda pernah berjanji akan membunuh pembesar Karak itu apabila bertemu dengannya. Baginda masih mengingati janjinya sendiri.

Pada hari itu juga, Salahuddin mengelar leher Reynald sebelum mengarahkan tentera-tenteranya untuk terus membawa keluar Reynald keluar dari khemah untuk dipenggal.

Kekalahan ini adalah malapetaka yang amat besar kepada Kerajaan Salib Jerusalem. Sebahagian besar jika tidak hampir kesemua kekuatan ketenteraannya telah musnah di medan Hattin. Kota Jerusalem sudah terdedah kepada penguasaan orang Islam.  

Richard X Salahuddin: Pertembungan Dua Gergasi di Era PeperanganWhere stories live. Discover now