Selepas kegagalan kali kedua untuk mengepung Jerusalem, Richard menumpukan kembali perhatiannya kepada penguasaan persisir Syria dan kemungkinan untuk memasuki Mesir. Walaupun morak bala tenteranya rendah, Richard masih tetap dapat mengawal keadaan.
Pada suatu hari, Richard mengambil keputusan untuk menyerang Beirut yang berada di sebelah utara Ascalon. Richard melakukan serangan sedemikian dengan harapan bala tentera Salahuddin akan juga tertumpu di utara. Ini memberi peluang kepada bala tentera Richard yang berada di Ascalon dan Jaffa untuk melakukan serangan ke arah Jerusalem. Richard masih juga tidak dapat melupakan Jerusalem.Namun begitu, Salahuddin telah menghidu muslihat ini. Semasa Richard berada di utara, Salahuddin bergegas ke Jaffa dan memulakan kepungan.
Salahuddin dan bala tenteranya berjaya mengusai dengan mudah kawasan luar kubu tersebut dengan mudah dalam masa beberapa hari. Ini menyebabkan tumpuan pasukan pertahanan kota itu berada di kubu kota Jaffa. Kubu kota itu mempunyai pertahanan yang baik dan tanpa mengusai kubu kota tersebut, Salahuddin belum boleh dikira memenangi kepungan tersebut.Pasukan pertahanan Jaffa mula berkira-kira untuk menyerah diri. Berapa kali mereka mahu menyerah dengan syarat, Salahuddin menolak dan mahu mereka menyerah tanpa syarat. Mereka akhirnya akur tetapi pada masa inilah mereka mula menyedari kehadiran sebuah armada di perairan Meditranean.
Richard dan bala tentera telah berundur dari utara dan sudah berada berhampiran untuk memberi bantuan. Tidak seperti yang disangka Salahuddin, Richard tidak menggunakan jalan darat tetapi sebaliknya menggunakan jalan laut untuk mara ke Jaffa.Richard dan anak-anak buahnya melakukan pendaratan yang dramatik ke pantai berhampiran Jaffa. Baginda menggunakan senjata kegemaran baginda iaitu kapak dan busur menyerang tentera Salahuddin bersama-sama tenteranya.
Hakikatnya bala tentera Salahuddin sebelum serangan tersebut berlaku sedang sibuk menjarah kubu Jaffa. Oleh itu mereka berselerak di beberapa kedudukan di kubu tersebut. Ini memudahkan bala tentera Richard untuk mengalahkan mereka dan menghalau mereka dari kubu tersebut. Dengan tidak semena-mena, Richard berjaya mengembalikan Ascalon di bawah penguasaanya.
Tetapi Salahuddin dan bala tenteranya masih berada di luar kubu JAffa dan Salahuddin masih mahu cuba untuk menghalang penguasaan Richard. Baginda tahu masih ada bala tenteranya Richard masih dalam perjalanan dari utara untuk membantu Richard. Oleh itu Salahuddin merancang satu lagi serangan sebelum ketibaan bala tentera tersebut.
Saat itu tiba apabila baginda menyedari Richard dan hanya sebilangan tenteranya sedang membina perkhemahan dan pertahanan di luar kubu Jaffa. Salahuddin mengambil peluang ini dengan mengarahkan pasukan berkudanya untuk melakukan serangan.Richard yang mempunyai bala tentera yang lebih sedikit pada masa tersebut mengarahkan anak-anak buahnya untuk membuat formasi tembok perisai. Teknik pertahanan tradisional barat ini berjaya mengekang serangan-serangan pasukan berkuda Salahuddin.
Kegagalan ini menyebabkan pasukan berkuda Salahuddin lemah semangat dan berputus asa. Salahuddin marah dengan apa yang berlaku. Bagaimana satu pasukan kecil musuh boleh membuat pasukannya kebingungan.
Apabila melihat keadaan ini, Richard mula menunggang ke kiri dan ke kanan medan tempur dan mencabar bala tentera Salahuddin untuk cuba menyerang. Salahuddin semakin marah dan mengarahkan pemimpin-pemimpin tenteranya untuk untuk menyerang.
Tetapi mereka enggan melakukannya. Mereka sudah kehilangan semangat dan terlalu letih. Mereka meminta Salahuddin untuk mengarahkan pengawal-pengawal Mamluk baginda sendiri untuk menyerang Richard.
Apabila ini berlaku, baginda tahu baginda sudah kalah pada hari itu.
YOU ARE READING
Richard X Salahuddin: Pertembungan Dua Gergasi di Era Peperangan
No FicciónRichard X Salahuddin ialah sebuah siri non-fiksyen menceritakan pertembungan dua tokoh semasa Perang Salib Ketiga. InsyaAllah akan dikemaskini dua kali seminggu, pada hari Rabu dan Jumaat.