Sultan Salahuddin mengambil keputusan untuk membayangi pergerakan bala tentera Raja Richard. Semenjak pembunuhan beramai-ramai pasukan pertahanan Acre oleh Raja Richard, Sultan Salahuddin mengintai peluang untuk melancarkan serangan balas terhadap bala tentera Raja Richard.
Walaubagaimanapun, Raja Richard sudah menduga bahawa bala tenteranya tidak akan dibiarkan untuk berjalan ke selatan dengan tenang. Baginda awal-awal lagi memastikan bahawa bala tenteranya bergerak secara berdisiplin dalam formasi yang rapat. Mereka akan berbaris perlahan ke selatan dengan menggunakan jalan pantai. Sebelah kiri mereka akan terdedah dengan serangan musuh manakala sebelah kanan mereka adalah Laut Meditranean.Richard telah mengarahkan armadanya untuk berlayar mengikuti pergerakan bala tentera di darat. Armada tersebut akan membawa bekalan ubat-ubatan dan berlabuh apabila masa sesuai untuk menghulurkan bantuan. Apabila bala tentera di darat berhenti rehat, armada itu akan berlabuh dan mengambil tentera-tentera yang cedera.
Richard memberi arahan yang jelas kepada anak-anak buahnya, mereka hendaklah kekal dalam barisan walau apapun yang berlaku. Pergerakan dan formasi rapat mereka akan memberi perlindungan. Richard tahu jika pasukan mereka berpecah, mereka akan diratah oleh bala tentera Salahuddin.Sultan Salahuddin dan bala tenteranya menyerang sebaik sahaja bala tentera Raja Richard bergerak keluar dari Acre. Serangan-serangan kecil dilakukan untuk memaksa bala tentera musuh berpecah.
Walaubagaimanapun tentera-tentera musuh tidak berganjak dari formasi mereka.
Tentera-tentera Salahuddin pula menggiatkan serangangan. Ada riwayat menceritakan bahawa seorang kesatria tentera salib kelihatan seperti landak akibat anak-anak panah yang hinggap di baju zirahnya.
Namun begitu, Richard dan Salahuddin tahu bahawa keadaan ini tidak akan kekal lama. Pertempuran besar pasti akan berlaku tidak lama lagi.
Pada satu ketika, Richard menjemput wakil Salahuddin untuk berbincang mengenai perdamaian. Ketika itu kedua-dua bala tentera sedang berkhemah agak jauh antara satu sama lain. Salahuddin menghantar adiknya al-Adil untuk terlibat dalam perbinangan itu. Baginda sempat berpesan kepada al-Adil untuk melengah-lengahkan perbincangan tersebut. Kedua-dua pasukan sedang berehat dan Salahuddin mahu supaya masa dipanjangkan supaya pasukan bantuannya tiba. Al-Adil pun pergi ke perkhemahan Richard dan bertermu dengan Raja England itu.
Namun begitu, ketika al-Adil sedar bahawa perbincangan itu sendiri adalah muslihat Richard, ianya sudah terlambat. Richard sebenarnya mahu perbincangan itu dilaksanakan supaya bala tentera Salahuddin tidak bersedia untuk mengejar pasukannya. Muslihat Richard berjaya, bala tentera Richard bergerak lebih awal dan meninggalkan bala tentera Salahuddin.
Bala tentera Salahuddin pun mengejar dan mula melakukan serangan kecil sekali lagi. Kali ini pasukan yang berada di belakang perbarisan musuh menjadi sasaran. Pasukan pemanah berkuda Salahuddn menyerang dengan bertali arus sehinggakan ketua pasukan kesatria Hospitaller tidak tahan (Pasukan kesatria Hospitaller telah ditugaskan untuk mengawal pasukan belakang perbarisan itu).
Dua kali Ketua Pasukan Hospitaller menunggang ke depan perbarisan untuk bertemu Richard. Tetapi dua kali permintaan ketua Hospitaller itu untuk melancarkan serangan ditolak.
Barisan hadapan bala tentera Richard baru sampai di ladang yang berada di luar kota Jaffa apabila Richard menyedari apa yang telah berlaku. Pasukan Kesatria Hospitaller yang berada di belakang bala tentera telah melancarkan serangan tanpa kebenaran. Richard tidak mempunyai banyak pilihan, baginda pun mengarahkan supaya serangan dilakukan.
Pertempuran besar berlaku antara tentera-tentera Richard dan Salahuddin. Serangan rempuhan berkuda kesatria-kesatria Richard tangkas menewaskan tentera-tentera Richard. Berkali-kali rempuhan ini berjaya menjadikan bala tentera Salahuddin kelam kabut dan juga mengorbankan ramai daripada mereka.
Ternya tentera-tentera barat lebih hebat dalam pertempuran jarak dekat seperti ini. Sultan Salahuddin menyedari hakikat ini dan lantas mengumpul semula bala tenteranya. Arahan untuk berundur dilaungkan. Mereka nyaris-nyaris ditewaskan dengan jumlah korban yang lebih besar jika tidak dengan tindakan pantas Salahuddin itu.
Sekali lagi Salahuddin tertewas dan Richard berjaya meneruskan perjalanan mereka ke Jaffa. Jerusalem semakin dekat kepada Richard.
YOU ARE READING
Richard X Salahuddin: Pertembungan Dua Gergasi di Era Peperangan
Non-FictionRichard X Salahuddin ialah sebuah siri non-fiksyen menceritakan pertembungan dua tokoh semasa Perang Salib Ketiga. InsyaAllah akan dikemaskini dua kali seminggu, pada hari Rabu dan Jumaat.