11 Fakta tentang Richard The Lionhearted

128 5 0
                                    

Kali ini kita akan menyentuh tentang Richard The Lionheart dan 11 fakta yang mungkin kita tidak tahu tentang musuh Sultan Salahuddin ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kali ini kita akan menyentuh tentang Richard The Lionheart dan 11 fakta yang mungkin kita tidak tahu tentang musuh Sultan Salahuddin ini. Saya tidak akan tulis pos yang sama untuk Sultan Salahuddin kerana kemungkinan besar maklumat tentang baginda sudah banyak di luar sana.

1. Ayah Richard iaitu Raja Henry II merupakan raja England pertama dari Dinasti Plantegenet di England. Henry II merupakan raja England yang aktif dalam meluaskan empayar England sehingga ke Perancis. Ini antara penyebab hubungan Henry II dan raja Perancis ketika itu iaitu Raja Louis VII tegang.

2. Selain isu tanah jajahan England di Perancis. Hubungan England - Perancis juga tegang kerana Henry II telah mengahwini bekas isteri Louis iaitu Eleanor. Eleanor ialah ibu kepada Richard dan merupakan individu yang bertanggungjawap membesarkan Richard. Oleh itu pengaruhnya terhadap Richard amat besar. Bagindalah yang mempengaruhi kecenderungan Richard untuk menjadi seorang pahlawan dan pejuang dalam perang salib. Semasa masih berkahwin dengan Louis, Ratu Eleanor sendiri telah turut serta dalam Perang Salib Kedua bersama bekas suaminya itu.

3. Richard tidak sepatutnya menjadi raja England. Baginda merupakan putera ketiga Henry II dan Eleanor. Abang paling sulung baginda, Geoffrey meninggal ketika usia yang muda, manakala abang kedua baginda iaitu Henry (The Young King) sempat menjadi raja England (pemerintahan bersama dengan ayahandanya Henry II) sebelum meninggal dunia pada umur 28 tahun. Selepas kemangkatan abangnya itulah, baru Richard menjadi waris takhta England.

4. Richard telah beberapa kali memberontak dan berperang melawan ayahandanya sendiri. Kali pertama bersama adik beradiknya dan kali kedua bersama raja Perancis yang baharu iaitu Philip. Pemberontakan kali pertama gagal dan menyebabkan Ratu Eleanor dikurung akibat sokongannya kepada anak-anaknya.

5. Hubungan Philip dan Richard menjadi sumber kepada tanggapan yang mengatakan bahawa mereka berdua merupakan pasangan homoseksual. Ini terjadi apabila satu manuskrip lama yang mengatakan bahawa mereka tidur sekatil. Ini ditafsir sebagai hubungan homoseksual oleh orang ramai. Walaubagaimanapun, pengkaji sejarah baru-baru ini mengatakan bahawa manuskrip sejarah itu merujuk kepada persepakatan antara dua raja tersebut dan bukannya secara literal.

6. Richard menjadi raja England selepas kemangkatan Henry II. Semasa majlis pertabalan baginda, beberapa orang ketua masyarakat Yahudi datang ke pertabalan baginda walaupun telah dilarang. Pengawal-pengawal di pintu masuk istana telah menghina dan memukul orang-orang Yahudi ini. Menyangka bahawa ini adalah arahan daripada Richard pembunuhan dan pemusnahan harta orang Yahudi mula dilakukan oleh masyarakat di seluruh England. Hanya apabila Richard menitahkan larangan barulah pembunuhan ini berhenti.

7. Richard adalah antara kerabat diraja Eropah yang pertama menyahut panggilan Perang Salib Ketiga tetapi yang terakhir untuk berangkat ke timur. Sebelum sampai di Acre (pertempuran/kepungan pertama Perang Salib Ketiga), baginda telah pun menakhluk Cyprus. Cyprus ialah sebuah pulau yang dipimpin oleh seorang raja Kristian dan merupakan kedudukan yang penting dalam strategi peperangan jangka panjang di timur.

8. Richard telah bertempur 3 kali dengan bala tentera Salahuddin semasa Perang Salib Ketiga. Baginda memenangi ketiga-tiga pertempuran tersebut. Walaubagaimanapun, baginda tidak berupaya melakukan kepungan terhadap Jerusalem walaupun sudah menghampiri Jerusalem sebanyak dua kali. Pada kedua-dua kali tersebut, bala tentera baginda hanya berada belasan batu dari tembok Jerusalem. Ini menyebabkan Richard gagal mencapai objektif utama baginda di timur iaitu menjajah kembali Jerusalem.

9. Richard telah ditawan dan menjadi tebusan kepada Maharaja Empayar Suci Roman (German) iaitu Maharaja Henry VI semasa dalam perjalanan pulang ke England. Baginda telah berusaha untuk mengelakkan tangkapan dengan menyamar sebagai penziarah biasa tetapi barang kemas yang baginda gunakan telah menyebabkan penyamaran baginda gagal. Ini menyebabkan baginda berada dalam tawanan selama setahun lebih sebelum tebusan dibayar dan baginda dibebaskan.

10. Setelah kembali dari dari timur dan dibebaskan dari tahanan, baginda mula memerangi Raja Philip yang telah cuba untuk mendapatkan kembali jajahan baginda di Perancis. Raja Richard sempat memulakan pembinaan sebuah kubu dan kastil yang terhebat pada zamannya yang dinamakan Château Gaillard. Kastil tersebut dibina dengan kos yang tinggi dan dalam masa yang amat pantas iaitu hanya dua tahun. Kastil batu seperti itu biasanya disiapkan dalam masa sepuluh tahun.

11. Richard mangkat akibat kecederaan yang dialaminya di bahu. Semasa melakukan sebuah kepungan di sebuah kastil, baginda keluar meronda medan tempur tanpa mengenakan baju zirah. Seorang budak lelaki yang ingin membalas dendam terhadap kematian bapa dan abang-abangnya mengambil kesempatan untuk memanah menggunakan busur silangnya. Percubaan kali pertamanya gagal dan Richard ketawa sambil bertepuk tangan melihat anak panah yang sipi. Tetapi percubaan seterusnya berjaya membuah anak panah menembusi bahu kiri Richard. Pembedahan yang gagal menyebabkan kecederaanitu menjadi kelemayuh dan baginda mangkat beberapa hari selepas itu.

Nah, itu dia 11 fakta berkenaan Richard yang mungkin kita tidak pernah dengar. Jika ada komen dan pembetulan tentang fakta-fakta di atas, sila komen di bawah atau PM saya.

Richard X Salahuddin: Pertembungan Dua Gergasi di Era PeperanganWhere stories live. Discover now