Richard X Salahuddin ialah sebuah siri non-fiksyen menceritakan pertembungan dua tokoh semasa Perang Salib Ketiga. InsyaAllah akan dikemaskini dua kali seminggu, pada hari Rabu dan Jumaat.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hampir seratus tahun selepas Perang Salib Pertama berakhir, Kerajaan-kerajaan Salib yang wujud semakin berkembang dan pesat membangun. Walaubagaimanapun, kerajaan-kerajaan Islam di sekeliling juga tidak ketinggalan.
Zangi, seorang atabeg (gabenor untuk Kerajaan Seljuk Turki dan juga pengasas kepada Dinasti Zangid) telah mengambil inisiatif untuk menyerang salah satu negeri Salib iaitu Edessa. Atas usahanya, beliau berjaya menakhluk Edessa.
Berita ini menggemparkan masyarakat Kristian di Syria dan luar Syria. Penakhlukan Edessa bermakna wilayah-wilayah dan negeri-negeri Salib lain di Syria akan terdedah kepada penakhlukan umat Islam.
Paus Eugene II di Rom terus mengisytiharkan Perand Salib Ketiga untuk mendapatkan kembali Edessa. Kali ini ini, tidak seperti sebelum ini, kerabat diraja Eropah turut serta. Jika sebelum ini bangsawan-bangsawan Eropah yang mengetuai bala tentera Salib, kali ini Raja Conrad III dari Empayar Suci Roman dan Raja Louis VII dari Perancis membawa bala tentera masing-masing untuk.
Dua orang raja Eropah ini adalah pemimpin-pemimpin yang sangat berpengaruh pada zaman mereka dan pemergian mereka ke Syria membawa ketidakstabilan geopolitik di Eropah. Maharaja Byzantine sendiri, Manuel tidak menyenangi keberangkatan bala tentera Salib yang baharu ini ke Syria. Apatah lagi mereka akan melalui wilayah baginda kerana ingin mengikut jejak bala tentera Salib pada Perang Salib Pertama.
Walaupun tidak disenangi, Conrad tiba terlebih dahulu di pintu kota Constantinple dan dibenarkan oleh Manuel untuk melalui kotanya untuk ke Asia Kecil. Apabila berada di Asia Kecil , Conrad bertindak melulu dengan mara lebih jauh tanpa menunggu Louis. Tindakan ini membawa kerugian besar kepada bala tentera baginda apabila digasak dengan teruk oleh bala tentera Kerajaan Seljuk Rum di kawasan tersebut.
Louis dan bala tenteranya tiba tidak lama kemudian dan dua bala tentera Salib itu pun bergabung. Kali ini bala tentera Salib ini mara dengan bersama-sama dan berjaya mengatasi bala tentera Seljuk Rum dengan lebih baik. Walaubagaimanapun apabila bala tentera Salib melalui pergunungan Cadmus, malapetaka menimpa mereka apabila bala tentera Seljuk Rim berjaya menyerang kelemahan pada pergerakan mereka semasa melalui pergunungan yang sukar tersebut.
Selepas itu, pergerakan bala tentera Salib juga menjadi semakin sukar kerana dibayangi bala tentera Seljuk Rum sepanjang perjalanan. Kesukaran ini menyebabkan bala tentera Salib meneruskan perjalanan ke Syria menggunakan jalan laut.
Apabila mereka tiba Syria nanti, mereka mendapati Edessa bukan lagi menjadi matlamat besar mereka. Sasaran mereka ialah Damaskus.