"Hani! Mika dah datang ni.." laung seorang wanita yang digelar mamaTergopoh gopoh Hani mencapai barangnya. Topi dikepala dibetulkan lantas berlari anak menuruni satu per satu anak tangga
Puan Hana sudah tergeleng geleng kepala melihat kegopohan anak daranya
"Mama dah pesan jangan lari dia lari jugak. Bertuah punya anak" Puan Hana hanya menjeling kearah anaknya
"Alahai..jeling jeling pulak mama ni. Tergoda Hani" gurau Hani. Beg galas dibahunya dibetulkan sebelum menghulurkan tangannya untuk bersalaman
Pipi Puan Hana dicium lembut oleh Hani seperti biasa
"Jangan balik lewat. Awak tu anak dara" pesan Puan Hana
Hani mengangguk. Lantas kasut sarung dipakai. Mikail yang sedari tadi memerhati hanya tersenyum.
Dia sudah bersalaman sama Puan Hana sewaktu dia tiba.
Tangan diangkat hormat sebaik kelibat Puan Hana muncul di pintu rumah"Mika jaga anak dara mama ni ye. Dia ni bukannya boleh percaya sangat" sindir Puan Hana
Hani sudah menunjukkan muncungnya.
"Baik , ma. Kami gerak dulu ye" pamit Mika hormat
Sejurus itu kereta Audi milik Mika mula meninggalkan perkarangan rumah Hani
"kau ajak aku keluar hari ni ada apa?" Soal Mika.
"Saja ajak kau jalan jalan cuci mata" jawab Hani mudah sambil membuka radio dan mencari siaran kegemarannya
"Eh esok kau free tak?" Ujar Mika yang khusyuk memandu. Tangannya lincah mengawal stereng kereta.
Hani memandang wajah Mika.
"Free je. Asal?"
"Ikut aku jom tengok game"
Hani mengeluh. Sebut pasal game. Haih, perlawanan apa pulak kali ni. Masuk bulan ini sudah tiga kali dia menemankan Mika menyaksikan game yang menjadi kegilaan ramai terutama lelaki
"Bosan la. Dah la lama pulak tu" alasan di beri
Mika yang sibuk memandu memandang sekilas ke arah Hani
Faham sangat pandangan tersebut."Ala..lain kali la eh.. lain kali aku teman" pujuk Hani
Mika sudah tergelak. Topi dikepala Hani diketuk perlahan.
"Tak boleh blah la muka kau. Bertambah buruk kau tahu?" Tawa Mika
"Buruk sangat eh? " blur Hani. Cermin sisi kereta di pandang lantas dibelek belek wajahnya.
"Okey je. Apa yang tak okey nya?" Soal Hani tidak puas hati
"Okey bagi kau" usik Mika. Dia tahu Hani memang akan cemas jika usikan yang berkaitan dengan wajahnya.
Hani memulas telinga Mika. Pulas sepulas pulasnya sehinggakan telinga Mika kemerahan.
"Adudududuh..aku tengah drive ni. Auch. Oi sakitla.." berdesir Mika kesakitan
Giginya diketap menahan sakit. Tangan sebelahnya memukul perlahan tangan Hani seakan cuba menepisHani masih memulaskan telinga Mika.
Raungan lelaki itu diendahkan."Oii..dah la tu..sakit woi..aku tengah drive ni..nanti sambung la balik" ujar Mika. Di akhir ayatnya kedengaran terpaksa sahaja
Perlahan lahan Hani melepaskan telinga Mika. Wuish, merah bebenor
Hani tersenyum puas. Phone milik Mika yang berada di atas dashboard dicapai lantas dibuka. Ada password?
Tidak ada rahsia antara dia dan MikaIcon camera ditekan lantas di snapnya telinga Mika. Klik demi klik hinggalah bunyi klikkan itu bertambah. Banyak betul Hani mengambil gambar telinga Mika.
Mika sudah menggeleng tanda tidak puas hati.
"Eh kau nak buat apa tu?" Soal Mika sebaik dia terpandang sekilas ke arah Hani yang membuka aplikasi whatsapp di handphonenya
"Aku nak viralkan gambar kau.." ujar Hani sekilas bersama senyuman
"Apa pulak kali ni?" Keluh Mika
"Aku nak hantar gambar telinga kau kat group kawan kawan kita. Caption nya..... nanti kau bacalah sendiri" tawa Hani
"Ada hari aku balas. Tunggu la" balas Mika geram. Memandangkan dia sedang memandu, disabarkan diri. Jiwa ditenangkan. Dibiarkan Ayat ayat positif mengawal mindanya buat seketika.
Hani tergelak sendiri. Mika disebelahnya diabaikan.
Kereta yang tadinya meluncur laju kini makin perlahan. Tidak lama kemudian handbreak ditarik sebaik kereta sudah elok diparking.
"Dah jom." Mika merampas semula phonenya.
Hani tidak membalas malah dia membiarkannya
Beg sandangnya dibetulkan. Rambut dikemaskan sambil matanya terarah pada wajah Mika menunggu reaksi lelaki itu
"Hani! Apa kau buat niii" ujar Mika. Nada menahan geram sahaja bunyinya
"Aku buat apa. Rasanya tak de buat apa apa pon" riak muka di kawal
"Tak buat apa apa kau cakap. Habistu yang kau cakap kat group ni apa? Habis dorang gelakkan aku"
"Aku cakap apa?" Dalih Hani sengaja mahu mengumpan Mika untuk membacanya
"Telinga milik Yoda dijumpai di sekitar Kuala Lumpur. Berminat nak melihatnya. Sila PM tepi.. "
Hani tergelak besar sejurus Mika selesai membacanya. Yoda? Hahaha
Kepala Hani di siku oleh Mika. Geram betul dia dengan Hani.
"Lek la.. benda tak serius" bicara Hani mudah
Dipeluk bahu Mika dari tepi seakan memujuk.
"Sakai. Kau memang kulings tau tak" sekali lagi Mika menyiku kepala Hani
Untunglah Hani tak seperti perempuan diluar sana yang inginkan kecantikan menguasai diri. Perwatakan Hani yang biasa itu lah yang membuatkan dia mudah bergaul bersama Mika. Lagipula mereka kenal sejak kecil. Tiada yang mustahil kan :')
YOU ARE READING
Wanted Girl
Romance"He might look cold and arrogant but he is my man. The one and only." - Hani "Words can't describe my feelings. If you feel it, you'll know it." - Jae il "I'm not deserved this and i know it but he's gone and surely he doesn't want to see you like t...