"Kau nak tak pergi Ewha Womens University?" Soal Jae il pada HaniHani mengangkat bahunya.
"Aku tak suruh kau angkat bahu" sindir Jae il
"ish..terpulang pada awaklah. Saya ni ikut je" balas Hani malas
"Jom.."
"Jauh ke?" Hani menyoal
"Tak..kita memang dekat dengan kawasan Universiti ni.."jawab Jae il terus
"Apa keistimewaan universiti tu sampaikan kita nak pergi sana?"
"Nanti kau tengok" putus Jae il
Mereka berjalan lebih kurang tujuh minit untuk tiba di hadapan Ewha Womens Universiti
Ayat pertama yang meluncur dibibir Hani ialah "subhanallah..lawanya"
Jae il sudah tersenyum."universiti ni memang open untuk pelawat kunjungi. Universiti ni jugak terkenal dengan struktur pembinaannya apatah lagi akademiknya" terang Jae il
"Wow! Siap ada muzium universiti lagi" teruja Hani
"Dalam tu ada semua sejarah mengenai universiti ni.." Jae il memberi info
"Cafe pon?"
Jae il mengangguk. "Yup..public cafe"
"Siap ada kedai saguhati..wow wow wow" Mata Hani membulat teruja. Excitednya bukannya main extreme!
"Dah jom ronda kawasan universiti ni" ajak Jae il
Dengan perasaan teruja Hani mengikut langkah Jae il
Sejak tadi Hani tidak lokek dengan senyuman..gembira benar dia.
"Awak..ada tak kemasukan pelajar Malaysia?"
Jae il mengangguk "ada. Tak silap saya 2 orang wakil dari Malaysia yang dihantar kerajaan untuk belajar di sini" Jelas Jae il
Hani berasa bangga dengan tiba tiba tanpa sebab "maknanya mereka boleh bertutur dalam bahasa korea lah ye?"
Sekali lagi Jae il angguk "sebelum di hantar belajar di sini, kerajaan telah hantar wakil ini untuk belajar bahasa dan adat korea selama 6 bulan..dan semasa di sini juga mereka akan menerima kelas bahasa bagi memperbaiki pertuturan"
Hani melopong mendengarkan penjelasan dari Jae il
"Mana awak tahu semua ni?"
"Dari kawan terdekat" balas Jae il
"Dasyatnya..." Ujar Hani. Sejujurnya, Hani berasa kagum terhadap pelajar tersebut
Keterujaannya memang tidak boleh dikawal. Setiap sudut universiti itu pasti ada gambarnya berselfie sebagai kenangan
"Sunyi je universiti ni..bagus betul la" puji Hani. Suasana nya memang sunyi dan tenteram walaupun pelawat sentiasa berkunjung datang.. Mereka juga seakam faham kawasan tersebut merupakan kawasan yang memerlukan privasi.
"Dah puas?" Ujar Jae il.
Hani menggeleng
"Kita dah buat tiga round dekat Universiti ni tahu tak..masih tak puas lagi? " soal Jae il tidak percaya dengan jawapan Hani. Jae il dah naik muak dengan tempat tersebut
Bukannya boleh masuk dalam Universiti pon..setakat kawasan luar dia pun dah menjadikan Hani sebegitu teruja
Agaknya kalau lah si Hani ni diberi peluang untuk masuk kedalam universiti tersebut, alamatnya memang berkempen lah mereka disitu semalaman
Jae il menggeleng lemah.
"Ok ok..jom kita ke tempat lain" balas Hani mengalah. Kesian pula pada lelaki itu. Dah la sanggup temankan dia disitu
Jae il tersengih "kau marah ke?"
"Tak." Geleng Hani cuba menafikan.
"Kau masih ada dua bulan lebih stay kat korea kan? Jadinya kau boleh je datang sini bila bila masa" ujar Jae il memujuk
"Ye..tau" Hani membalas sambil matanya memerhatikan keadaan sekeliling
"Lepas ni aku bawa kau pergi makan"
Hani mengangguk sambil melangkah bersama Jae il. Setakat ini, semua tempat yang Jae il bawa memuaskan hati. Begitu juga dengan makanan yang sedap dan menyelerakan. Mungkin sebab itu juga, Puan Hana mempercayai Jae il seratus peratus
Hani menoleh ke arah Jae il yang berada di sisinya dari tadi. Ditilik wajah lelaki itu tanpa kata. Entah mengapa dia terbayangkan wajah Mika bersilih ganti dengan wajah Jae il.
Segara dia menggelengkan kepalanya yang agak weng itu. Terteleng teleng kepala Hani jadinya
"Apasal pulak aku boleh terbayang muka dia nih" Hani mengadu perlahan pada dirinya. Gusar wajahnya ketika itu.
"Rindu mungkin" Hani melongo tak percaya. Jae il menunjukkan wajah biasa saat menuturkan ayatnya.
Dia dengar luahan Hani tadi dan pasti itu penyebab gadis itu sentiasa termenung.
"Tak mungkin" yakin Hani membalas kata kata Jae il. Siap ditayangkan wajah berkeyakinan tingginya.
Jae il tertawa kecil. "Ego" ujar Jae il seakan mengkritik diri Hani.
Hani menjeling tajam. "U know about me nothing"
Jae il mengangkat kedua dua tangannya tanda mengalah "kalau kau rasa nak luahkan sesuatu yang terbuku, datanglah cari aku bila bila.."
Tanpa sedar Hani mengangguk. Jae il menyeluk poket kirinya mengeluarkan sehelai kertas kecil seperti resit sebelum menyerahkan pada Hani
Hani menyangkan muka keliru "kenapa dengan resit tu? Nak claim dekat saya ke?" Huluran Jae il tidak disambut Hani. Pelik gadis itu dengan perilaku Jae il
Jae il memandang resit yang berada di tangannya sebelum menggeleng. Buat seketika Jae il terdiam sebelum kembali mengukir senyuman janggal. Perilaku lelaki itu seperti sudah terbiasa. Dia seakan tidak sedar perbuatan spontannya tadi
"tak ada apa..aku dah terbiasa buat benda ni" perlahan Jae il berkata.
Dia kemudiannya tertawa kecil sambil menggeleng memandang resit tersebut sebelum memasukkan semula resit tadi kedalam poketnya
"Dah terbiasa?" Hani tertarik dengan kata kata Jae il tadi. Macam ada sesuatu dalam ayat Jae il sebentar tadi
Jae il mengangguk
"maksud awak?" Hani bertanya penuh musykil
"Tak ada maksud" Jae il membalas mudah, cuba mengubah topik tersebut
Hani mengeluh "haih..lecehlah awak ni. Dah bukak cerita lepastu tak nak habiskan ceritanya"
Sekali lagi Jae il tersenyum kecil melihat Hani yang patah semangat untuk bertanya
"Cepat..kat depan tu kedai makan" Jae il meluruskan jari telunjukknya ke arah hadapan.
"Itu kan kedai serbaneka" ujar Hani saat matanya menangkap arah jari telunjuk Jae il
"Ha betul la tu..tapi kedai makannya belakang kedai tu" jelas Jae il
"Belakang?"
"Kau tengok dan lihat sahaja" arah Jae il.
Mereka mempercepatkan langkah bersama menuju ke arah kedai tersebut.
"Tak sabarnya nak makan" ujar Hani penuh teruja
Jae il tersenyum sinis sambil kepalanya menggeleng perlahan.
"Kau kalau makan apa pun memang suka. Semuanya kau lahap cuma tolak batu dengan kayu aja kan?" Perli Jae il
Hani memekakkan telinganya. Jika dia balas sudah pasti dia yang akan terdiam semula.Setuju tak?
YOU ARE READING
Wanted Girl
Romance"He might look cold and arrogant but he is my man. The one and only." - Hani "Words can't describe my feelings. If you feel it, you'll know it." - Jae il "I'm not deserved this and i know it but he's gone and surely he doesn't want to see you like t...