Wanted Girl 3 - Angau

34 2 9
                                    


"Eh Mika! Tunggu aku lah!" Jerit Adam.

Mika makin melajukan langkahnya.

"Pulangkan balik aku punya phone!" Arah Adam sambil cuba mengejar langkah besar Mika

"Kau ingat ini drama industan ke? Hoi!
Bagi la balik. " ujar Adam kebengangan disebabkan phonenya dilarikan oleh Mika. Entah hantu bolywood mana entah sampuk mamat tu tika ini smpai nk buat adegan kejar mengejar

Seketika Mika menoleh kearah belakang, mencuri lihat Adam yang termengah mengah mengejarnya

"Padan muka!" Ejek Mika sambil tersengih kearah Adam yg cuba mengejarnya

BBUK!

Mika sudah jatuh terduduk. Sakit punggungnya akibat menerima ciuman percuma dari jalan raya

Kedengaran Adam sudah terbahak bahak mengertawakannya

Mika mengeluh kasar lantas dia cuba bangun.

Serasa pinggulnya kebas.

"KAU NI BU ----

Ayatnya tergantung sepi. Niatnya yang mahu memaki gerangan tersebut terus terbantut.

Terasa hilang segala kesakitannya melihatkan sang gadis yang cukup lawa dan pastinya bukan berasal dari sini jika melihat kulitnya yang putih dan pemakaiannya

"Mika!" Adam berlari anak menuju ke arah Mika

Mika menoleh sesaat dan kembali memerhatikan gadis dihadapannya

"Are you okay? Im so sorry..it was my fault.." ujar gadis tersebut bersama lunakkan suaranya.

Mika terdiam. Adakah ini cinta pandang pertamanya?

Cirit kau lah!

"Its okay miss..it was his fault" ujar Adam bagi pihak Mika memandangkan Mika seumpama mayat hidup disitu

Gadis itu tersenyum manis. Sekali lagi Mika terpana.

Ungkapan 'lawanya' sudah menjadi kaset dalam mindanya. Dok berulang ayat yang sama

"Err..we got to go. Excuse us" pamit Adam hormat.

Adam merampas semula phonenya yang berada dalam genggaman Mika

Dilihat Mika seakan manusia tak bernyawa.Adam menarik lengan Mika jauh dari tempat perlanggaran tadi

"Woi! Angau eh?" Usik Adam

Mika angguk kemudian dia menggeleng.

"Dah la..kita dah lambat" Ujar Mika melarikan diri dari di usik oleh Adam

"Tukar topic? Huh, melayu sangat!" Sindir Adam

Mika memekakkan telingannya.








"HANI!" Laung mama kuat.

Hani yang berbaring diatas katilnya itu terduduk. Terkejut dengan laungan tarzan dari Puan Hana

Hani turun dari katilnya lantas mengatur langkah ke bawah

Hani berlari saat menuruni anak anak tangga

"Ma?" Tegur Hani

"Hani mai sini." Panggil Puan Hana dari ruang tamu

Hani mendekati Puan Hana yang rancak berbual dengan...

"Eh siapa tu?" Bisik Hani

Tiba tiba badan milik Hani terasa dipeluk kuat seakan melepaskan rindu
Hani terpinga.

"oh my Hani! Ingat aku lagi tak?" Soal orang itu setelah pelukan dilepaskan

Laju sahaja perkataan tak, mahu meluncur dari bibir Hani. Namun ditahan, karang tak pasal pasal di cop tak ada adab

"Oh dear..ni aku la Zety" ujar gadis yang menggelarkan dirinya Zaty

"Zety?.." otak Hani cuba membuka kotak ingatannya yang sudah berhabuk

...

...

...

"Aaaaaa! Ety? Ya Allah! Lama nya kau tak balik sini! Hampir lupa aku tau tak" ujar Hani teruja

Barulah kini ingatannya pulih. Zety merupakan sepupunya dari Canada Dahulu mereka terlalu rapat hinggalah Keluarga Zety harus berpindah ke Canada menetap terus di sana

"Baru ingat?" Soal Zety menyakat

Hani menyengih.

"Kau la..dah lama sangat tak balik Malaysia. Mentang mentanglah dah duduk negara asing." balas Hani

"Dah dah..nak berborak pergi naik bilik. Anak dara dua orang ni kalau dah berjumpa riuh la rumah ni alamatnya" ujar Puan Hana bersama senyuman

"Mak Long..Zety naik bilik dengan Hani dulu ye" pamit Zety lantas mereka menuju ke arah bilik Hani

"Berapa lama dah kau tak balik sini?"soal Hani pada Zety yang melompat lompat diatas katilnya

"Almost 6 years." Mudah Zety menjawab dengan wajah cerianya

"Ada yang roboh jugak katil aku tu" sindir Hani

Zety tergelak. Lompatan diberhentikan

"Aku ada hadiah buat kau" ujarnya

Hani diam memerhati Zety berjalan ke arah beg tangannya

Ditarik keluar kotak hadiah yang cantik terhias ikatan reben diatasnya

Zety menghulurkan kotak hadiah tersebut kepada Hani

Hani menyambut dengan riak kosong

"Apa ni?" Soalan kurang bijak terkeluar dari bibirnya

"Bukakla" ujar Zety

Hani membuka kotak tersebut. Terpampanglah gaun putih yang labuh dihiasi manik manik mahal.

"Lawanya" puji Hani ikhlas

"Well.. u know me" bangga Zety

"Tapi...err aku tak pakai benda alah semua ni.Skirt pun aku jarang pakai inikan pula gaun." ujar Hani jujur.

Perwatakan antara Hani dan Zety amat berbeza. Zety merupakan gadis yang menjaga kulit dan muka

Sedangkan Hani, tidak gemar menunjukkan kecantikkannya. Hani jarang mengenakan skirt mahupun gaun pada tubuhnya. Hanya jika dia mahu barulah dia memakainya.

Zety adalah anak manja memandangkan dia anak tunggal. Di sebabkan itu juga Zety sedikit manja jika bergaul bersama rakan.

Melihatkan gaya Zety sahaja boleh mengenal pasti Zety adalah seorang yang cantik sekaligus menjadi idaman jejaka di luar sana.

"Eh mengelamun pulak dia ni!" Gerutu Zety

"Err..kau ada cakap apa apa ke tadi?" Soal Hani semula. Mengelamun punya pasai la ni

"Aku cakap, kau simpan baju ni. Tiba saatnya kau pakai. Tak pun kalau ada dinner kau boleh pakai gaun ni.. Okey?" Zety mengulang kata katanya

Hani tersenyum manis.

"Urmm..okeyla macam tu. Thanks for the gift" Hani setuju akan cadangan Zety

"Not a big deal.." balas Zety lantas mereka tertawa sama.

Tang mana lawak nya pon tak tahu la. Biasalah tu..

Wanted GirlWhere stories live. Discover now