"Eh?"Mika meneruskan langkahnya kearah belakang Hani
Hani dan Iris turut menoleh. Mata mereka terus membulat besar. Tidak percaya akan apa yang dilihatnya
"Takkanlah..." Iris menganga tidak percaya. Matanya membulat melihat langkah Mika
"Zety?" Bisik Iris dalam soal. Seakan mahu pengsan tika ini
Hani menahan rasa.
Dilihat Mika yang mendekati sepupunya itu."Great to see u again, angel" ujar Mika lembut
Zety tersenyum suka. Manakala Hani tersenyum perit. Sakit rasanya setelah menaruh rasa pada orang yang salah.
Namun di gagahkan juga agar senyuman terus terukir di wajahnya"Btw, what are u doing here?" Soal Mika. Baru sedar kepelikkan itu
"Im Hani cousin" ujar Zety ramah
Mika menoleh ke arah Hani dengan wajah terkejut dan tak percaya
"Kau tak pernah bagitau aku pon yang kau ada sepupu secantik ni?" Ujar Mika bergurau sambil tertawa kecil
"Tak ada gunanya pun kalau aku bagitau" bisik Hani perlahan. Cukup perlahan hinggakan Iris sahaja yang dapat mendengarkannya
"So..boleh cakap melayu la ni?" Duga Mika mesra sahaja layanannya
Zety mengangguk. Mika tersenyum riang.
Tidak di sangka orang yang di angaukan semalaman wujud di hadapannya.
"I zety..u?" Panggilan terus ditukar oleh Zety
"I Mika" balas Mika cuba mengikut rentak Zety
"Oi merpati sejoli. Tak payah buat drama free kat sini. Sakit mata aku tau tak" gurau Adam.
Tertawa mereka melainkan Hani dan Iris
"Hani.. ini la lelaki yang aku cerita pada kau tu" ujar Zety bangga cuba mengingatkan Hani tentang kisah yang dia ceritakan semalam
"Kalau aku tau orang yang kau maksudkan tu Mika..pasti aku akan amik serious tentang hal ni" bisik hati Hani
Lambat lambat Hani mengangguk. Matanya memerhati gelagat Mika dan Zety. Sepadan.
Ya, mereka amat sepadan. Sedangkan dia? Bunyi remukan hati seakan kaca yang bertaburan di lantai.
"Aku tak tau pulak yang aku salah info. Maaf beb. Srs aku tak tau." Ujar Iris rasa bersalah menyelubungi dirinya.
Rasa bersalah kerana sudah menyampaikan perkara yang tidak betul dan membuatkan Hani menaruh harapan tinggi terhadap Mika
"Tak apa la ris. Benda dah jadi. Pengajaran untuk aku jugak untuk tidak menaruh perasaan pada seseorang" Pilu saja nada Hani
SEJAK mereka bercinta, acap kali Mika melawat ke rumah ini. Hani tau punca kedatangan Mika. Jika dulu lelaki itu sering datang kerumah ini kerana dirinya namun sekarang semuanya disebabkan Zety.
Sejak itu jugalah hubungan persahabatan antara nya dan Mika seakan renggang. Hani sedar akan semua itu. Sedih? Sudah mula menjadi penemannya.
"Hai Hani" sapa Mika mesra. Tersenyum manis seperti biasa
Hani mengangguk. Kerusi ditarik lantas melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan Mika.
Roti bakar di capai. Jem strawberry juga dicapai. Disapukan pada permukaan roti yang keperangan setelah di bakar
Mulut dikunci. Tak ada hati nak berbual dengan Mika pagi ini. Moodnya melayang dan rasa sakit hati yang terpaksa ditanggung sendirian masih lagi terluka
"Jemput la makan Mika. Aunty ada bakar roti tu lebih" ujar Puan Hana ramah.
Mika pantas menolak dengan alasan sudah kenyang.Matanya mengerling anak daranya pula.
"Baru bangun?" Soal Puan Hana musykil dengan sikapnya yang mendiamkan diri
Hani mengangguk malas.
"Ya allah! Cuba lah hang ikat rambut tu betul betul" bebel Puan Hana sambil mendekati Hani dari arah belakang.
Ikatan rambut anaknya dileraikan lantas disikat menggunakan jari nya. Akhirnya ikatan ekor kuda terhasil
"Kan kemas sikit penampilan tu. Haih la anak dara sorang ni" bebel Puan Hana
Hani hanya diam sambil mengunyah roti bakar di dalam mulutnya
"Mana Zety? Tak turun turun lagi?" Soal Puan Hana lantas diatur langkah ke ruang belakang rumah
Hani mengangkat bahu. Pandangan Mika yang terarahnya padanya diabaikan.
"Kau tak sihat ke Hani?" Soal Mika prihatin
"Tak" mudah Hani menjawab
"Demam?" Duga Mika
Hani angguk mengiakan.
'Kalau aja kau tau aku sakit sebab kau..' bisik hati Hani
Mereka kembali diam. Sunyi sahaja ruang dapur itu. Tidak seperti dulu, mahu riuh rumah agam ini dengan usikan antara mereka
"Morning Sweetheart" tegur satu suara yang lunak. Pastinya Zety
Lantas Mika tersenyum manis
"Lets go" ujar Zety teruja
Mika angguk setuju.
"Hani kitorang pergi dulu okey? Bye" pamit Zety lantas menarik tangan Mika
Sesudah itu, Hani menjelirkan lidahnya. Terjuih juih lidahnya mengejek.
"Ha dah kenapa terjuih lidah hang tu?" Tegur Puan Hana sekaligus menyentakkan Hani. Riak terkejut cuba di kawal.
"Tak ada apa la ma. Saja buat senaman lidah" balas Hani lantas menuju ke sinki
Puan Hana tergeleng melihat perangai anaknya yang kecundang beberapa hari ni
"Ma..Hani nak keluar dengan Iris. Hani pergi dulu tau..assalamualaikum" pamit Hani. Pipi Puan Hana di cium sekilas sebelum berlalu pergi.
Salam di jawab di dalam hati. Puan Hana hanya memandang anaknya hinggalah kelibat Hani hilang
YOU ARE READING
Wanted Girl
Romance"He might look cold and arrogant but he is my man. The one and only." - Hani "Words can't describe my feelings. If you feel it, you'll know it." - Jae il "I'm not deserved this and i know it but he's gone and surely he doesn't want to see you like t...