Wanted Girl 12 - Gaduh

12 1 0
                                    


Hani mengeluh lelah. Terpintal pintal lidahnya akibat cuba bertutur dalam bahasa Korea.

Berbelit usah di cakaplah.

"Susah lah bahasa awak ni" adu Hani pada Jae il yang sedari tadi menggelakkan Hani yang gagal bertutur dengan baik

"Kalau aku boleh belajar bahasa kau, kenapa tidak kau?" Soal Jae il semula

Hani mengeluh.

"Hani, cuba lagi" arah Jae hyi

Hani menjadi gugup bila kanak kanak itu tekun memandang ke arahnya

"Err..macam mana nak ucap tadi? Tak ingat" ujar Hani sambil menyengih

"Annyeonghaseyo.." ujar Jae hyi dalam antonasi penuh ceria

Hani mendengar dengan teliti

"Ennyeongha..haeyo" ujar Hani penuh bangga kerana dapat menuturkannya walaupun sedikit gagap

Tanpa di duga, seisi kelas gelak tanpa henti. Jae hyi siap menepuk nepuk tangannya seolah Hani baru menyelesaikan pertunjukkan

Hani mengelipkan matanya. Muka nya menujukkan riak blur. Dipandang wajah Jae il yang setia menggelakkannya

"Saya ada salah cakap ke?" Soal Hani. Matanya terarah pada Jae hyi

Tanpa menunggu, Jae hyi mengangguk dalam tawanya yang berbaki

"Err..malunya" bisik Hani lantas menekup mukanya yang membahang

Dilihat kanak kanak dihadapannya tergelak comel atas kesilapan yang di lakukan.

Muka Hani usah dikata, merah habis menahan malu

"Dah dah la tu gelakkan saya" Ujar Hani sambil memukul perlahan bahu Jae il

Jae il gelak. Gelak. Dan gelak

Kecil besar sahaja pandangannya terhadap Jae il

Akhirnya, mereka berhenti menggelakkan Hani setelah Jae Hyi meredakan keadaan.

"Hani,..bagus kerana kamu mencuba.." puji Jae hyi ikhlas

"Tapi, masih banyak perlu di betulkan" sambung Jae hyi

Hani menyerotkan mulutnya ke tepi sambil mengangguk

Pandangannya bertaut dengan Jae il sebelum jelingan di hantar tepat pada lelaki itu

Hani menjulingkan matanya apabila menerima senyuman bermakna dari
Jae il

"Apa senyum senyum?" Kasar Hani menyoal

Jae il sekadar menayangkan muka kosong "apa aku tak boleh nak senyum?"

Soalan berbalas soalan.

"Heh..heh..heh.." ejek Hani sambil lagaknya menayangkan muka paling hodoh

"Alahai..kau buat muka macam tu pun tetap cantik" puji Jae il beserta senyuman

Hani terkesima. Jae il baru memuji dirinya cantik. Wow!

Wajahnya membahang merah menahan malu yang menjengah datang

Jae il tertawa sinis "Tadi tu bukan pujian. Sekadar kata manis untuk hinaan..Harap maklum" Jae il mempamerkan wajah tak bersalah

Membulat mata Hani. "U're too much!"

"Too much? Heh,u owe me an explanation sweety" balas jae il mudah

Hani melakukan aksi menarik dan menghembus nafas sedalam yang boleh bagi mengawal kesabarannya.

"Saya malas nak berbalah dengan awak..MALAS" perlahan nada Hani mengucapkannya. Siap di tekan nadanya di hujung ayat

"Good girl.." puji Jae il sekadar membawa maksud tersirat

"yahhh!! Help me to handle them." Arah Jae hyi sedikit menjerit kegeraman. Agaknya dari tadi dok memanggil namun Jae il dan Hani sibuk berbalah kosong hinggakan tidak mendengar suara milik Jae hyi meminta bantuan

"Tu..kakak aku panggil kau. Pergi tolong dia" arah Jae il mudah

Hani menganga "ha? Saya? Dia tak suruh saya la..Dia suruh awak!"

Nampaknya pergaduhan bakal bermula lagi.

"Apa?..Aku? Heh! Dia panggil kau la. Pergi la tolong dia. Buat la kerja amal sikit" arah Jae il lagi

Hani mendengus kasar

"Awak kalau tak ----

"Help me! Both of u!!" Keras nada Jae hyi mengarah dan memotong kata kata Hani. Geram dengan karenah mereka berdua yang bergaduh seakan anak kecil

Mahu atau tidak, kedua dua mereka membantu Jae hyi menguruskan kanak kanak itu.

Hani membantu kanak kanak itu menulis dalam sebutan alphabet

"Wahh..pandainya" puji Hani pada kanak kanak lelaki yang berada di sisinya. Rambut kanak kanak itu di usap lembut

"Dia tak faham" sampuk Jae il sebelum mengatakan sesuatu kepada kanak kanak itu dalam bahasa korea

"Apa yang awak cakap kat dia?" Sibuk Hani menanya

"Aku cakap apa yang kau cakap"

"Tapi kenapa macam panjang sangat ayat awak tadi" soal Hani tidak berpuas hati

"Dah memang panjang. Takkan aku nak pendekkan jadi macam budak budak wicet?" Sindir Jae il

Hani angguk mengerti. Lebih kepada mengalah sebenarnya. Ikutkan banyak lagi soalan nak di ajukan tapi melihatkan jawapan buruk yang diberikan Jae il padanya membuatkan semuanya tergantung.

"Penat betul la hari ni.." adu Hani

"Apa yang kau penatkan? Aku rasa kau tak buat banyak kerja pon"

"Penat berbalah dengan awak." Semudah ABC Hani menjawab

Jae il menjeling.

Hani menepuk tangan saat melihat lakaran kanak kanak perempuan itu. Kreatif teramat

"cantiknya.." puji Hani sambil jarinya menyentuh lakaran tersebut

Lakaran yang menggambarkan sebuah keluarga yang erat hubungannya.

Jae il hanya memerhatikan Hani yang seakan berada di dunianya sendiri.

"Awak....

Wanted GirlWhere stories live. Discover now