Wanted Girl 6 - Kesian

19 1 12
                                    


"Hani" panggil satu suara dari arah belakangnya

Tanpa menoleh, Hani melajukan langkahnya. Makin laju langkahnya, makin kuat laungan namanya

Langkahnya terhenti bila lengannya di tarik. Tertoleh Hani dibuatnya

Dengan muka yang tawar, Hani memandang wajah di hadapannya

"Kenapa lari?" Soal Mika

Hani geleng. "Mana ada aku lari. Aku kejar masa. Lepas ni aku ada hal" ulas Hani.

Mika memandang wajah Hani dalam seolah mencari kebenaran atas kata kata Hani

Tak lama kemudian Mika mengeluh.

"Kau dah lama tak lepak dengan aku" ujar Mika hampa

Melihatkan wajah Mika yang hampa, Hani cuba melembutkan hatinya. Tak sanggup melihat Mika sebegitu rupa

"Hurgh..kau nak borak pasal apa?" Ujar Hani. Green light sudah diberi.

Mika tersenyum riang.

"Aku nak tanya kau pasal Zety. Boleh kan?" Ujar Mika

Mood Hani kembali rosak saat nama Zety meluncur laju di bibir Mika

Hani angguk malas. Mika pula sudah tersengih

"Aku nak ajak dia jadi awek aku la. Kau rasa macam mana?"

Muka hani berubah kelat. Seakan tertelan serbuk kopi.

"Bbb..baguslah. Aku gembira kalau kau gembira" tipu hani

"Tapi kau tak rasa terlalu cepat ke?" Duga Hani

"lebih baik cepat bertindak sebelum orang lain sambar dia dulu" tawa Mika dihujungnya

"Kau rasa kan..Zety suka tak kalau aku lamar dia?" Soal Mika tanpa sedar kata katanya membakar jiwa Hani

Hani diam sejenak.

"siapa je yang tak suka kena lamar dengan kau.." Hani cuba menceriakan suasana. Wajah mendungnya cuba di lindung.

Mika tertawa gembira. Tangannya naik membelai rambut Hani.

"Thanks. Kau tak ada cerita nak share dengan aku?" Duga Mika

"Tak. Rasanya tak ada apa pun. Aku macam selalu." Balas Hani

"Habistu..tang mana yang busy nya?" Soal Mika

"Busy tu sebab aku yang sibuk busykan diri" balas Hani perlahan.

"Ha?..apa dia?"

"Tak ada apa. Aku busy sebab kebelakangan ni Mak cik kau suruh aku tolong jaga butik dia." Kata Hani.

"Ouh..patutlah" Ujar Mika sambil terangguk angguk

"Lupa pulak nak bagitau. Malam ni ada makan makan kat rumah aku. Datang tau. " pelawa Mika

Hani angguk

"Tengoklah dulu macam mana. Tak janji" jawab Hani mudah.

Mika sudah berubah muka. Terkejut dgan jawapan Hani, biasanya gadis itu pasti menghadirkan diri jika keluarganya mengadakan acara makan makan

"Ada masa senggang aku datang. Ok?" Ujar Hani seakan memujuk.

Bahu kiri Mika ditumbuk Hani kuat.

"Kau tak boleh macam ni. Kau dah nak ada awek. Nanti cemburu pulak dia kalau kau asyik lekat dengan aku" nasihat di beri Hani pada Mika

"Ala..Zety faham punya. Kita kawan memang rapat" balas Mika

"Tak semua perempuan macam aku, Mika. Lain orang lain caranya. Lagi lagi si Zety tu. Dia anak manja. Kau kena tahu itu" kata Hani lagi

Mika diam sejenak. Kepalanya di sandarkan pada bahu Hani. Kemanjaan Mika pada dirinya membuatkan hatinya makin berdarah sakit. Pilu sahaja hatinya tika itu







WAJAH Hani cemberut habis. Kaki di hentak melampiaskan marah

"Kalau aku tau ada adegan tadi, confirm aku tak datang. Dah la di pinggirkan" rungut Hani.

"bebelkan apa tu hani..?" Ujar Puan Hana melihatkan anak daranya merungut

"Bebelkan apa yang terbuku dalam hati ma" jawab Hani

"Kenapa balik seorang diri je?" Soal Puan Hana.

"Yang sorang lagi tu pergi dating. Hari bahagia dia" balas Hani penuh dengan nada cemburu

"Hurmm..Hani, Mama ada perkara nak bincang sikit ni" Nada Puan Hana agak berubah sedikit

"Ada apa ma?" Balas Hani senada

Dilabuhkan punggunya disebelah Puan Hana

"Macam ni, mama nak bawa Hani pergi Korea"

"Ha? Korea? Holiday trip ke ma?" Duga Hani bersama semangat tingginya. Macam kena sgat timing tu,kan? :')

"Tak. Mama ada kerja kat sana.
Kita akan menetap di sana for a while" sambung Puan Hana

"Ha? Berapa lama?" Soal Hani terkejut

"Dalam 3 bulan lebih macam tu. Hani setuju tak nak ikut mama?" Puan Hana seakan mengharap anaknya itu menemaninya ketika dia berada di sana

Hani diam. Reaksi nya kini bercampur baur

Kalau dia pergi, macam mana dengan Mika? Adam? Iris?

"Kalau hani ikut nanti Hani kebosanan lah ma" ulas Hani

"Tak perlu risau. Mama ada upah someone untuk bawa anak mama pusing korea selama 3 bulan" balas Puan Hana.

"Zety? Dia tahu ke ma?"

"Mama just cakap mama ada kerja luar."

"Dia tinggal sini la ye?" Soal Hani lagi

"Kita pergi minggu depan. Jadinya Zety duduk sinilah. Ke nak bawak dia sekali?" Duga Puan Hana. Sengaja mahu melihat reaksi Hani.

bukan main laju hani menggeleng tidak setuju.

"Okeyla ma. Hani ikut. Pastikan Hani ada teman di sana" Hani bangun dari duduknya dan berjalan meninggalkan Puan Hana di ruang tamu

Masuk sahaja biliknya, Hani baring di atas katilnya.

"Korea? Apa yang ada kat sana?" Ujar Hani seorang diri

"Tapi bagus jugak. Boleh lah ubatkan hati yang lara ni"

Aplikasi Whatsapp dibuka. Lantas nama Iris di cari.

Wanted GirlWhere stories live. Discover now