Wanted Girl 7 - Pisah

18 1 0
                                    


Aplikasi Instagram ditutup setelah puas meng'stalk Mika.Bahagia sungguh dia bersama Zety. Pelbagai gambar dan ig story dilakukan Mika menunjukkan mereka pasangan bahagia

Hani duduk termenung di Starbuck. Beg tariknya yang banyak di tilik.

"3 bulan lebih" di hujung ayatnya Hani mengeluh lemah

Wajah Puan Hana yang nampak bersemangat di pandang.

"Kejap lagi kita check in luggage" ujar Puan Hana sambil menilik jam di pergelangan tangannya

Hani angguk.

"Hani!"

Hani dan Puan Hana mendongak mencari suara tersebut. Lambaian tangan dari arah jauh meyakinkan Hani itu adalah Iris

"Assalammualaikum aunty" hormat iris menyalami tangan Puan Hana

Puan Hana hanya angguk sambil tersenyum

"Hani..jangan lupa chat dengan aku tau. Nanti aku rindu. 3 bulan bukannya sekejap weyh" adu Iris

"Tak payah risau. Aku ingat kau punya la. Kau kan kawan tersengal aku" jenaka Hani

"Terima kasih la atas pujian tu." Balas Iris

Puan hana hanya menggeleng melihat perangai mereka berdua

"Ris..kau jagakan kawan kawan kita ok?" Arah Hani

Iris mengangguk.

"Dah dah lah tu drama nya. Kembang tekak mama. Macam lah terus menetap kat sana" gurau Puan Hana

Tertawa mereka bertiga.

"Okeylah Iris. Aunty dengan Hana nak check in barang dulu. Kirim salam dengan orang tua kamu ya, iris" ujar Puan Hana

Iris angguk kemudian memeluk Hani lama.

"Jaga diri kat sana tau." Pesan Iris

"Ya..tau la aku jaga diri." Balas Hani

"Dah dah..tak yah nak sedih sangat. Aku gerak dulu. Assalammualaikum" pamit Hani sambil menarik beg rodanya yang besar.

Lambaian terakhir dari Iris disambut oleh Hani sambil tersenyum sedih.





HANI memegang lehernya yang terasa sengal. Di urut perlahan bersama rengekan kecil

"Ma..kita tunggu siapa kat sini?" Ujar Hani apabila melihatkan Puan Hana yang terjenguk jenguk mencari sesuatu

"Cari pemandu kita la"

"Kenapa tak naik bas?" Soal Hani.

Soalan dibiarkan tak berjawab

"Ha tu!" Ujar mama.

Hani memandang ke arah sebuah kereta canggih

Driver kereta tersebut keluar dan membantu mengangkat barang kami yang berat.

Tundukkan hormat diberikan.

Setelah itu, kereta mula meluncur laju di atas jalan raya.

Hani memandang ke luar tingkap cuba membandingkan keadaan di negara ini

"Nanti sampai hotel Hani cari contact Park Jae il okey? Mama dah suruh mereka tinggalkan contact dia kat bilik Hani"

Hani memandang mamanya

"Mama nak pergi mana?"

Puan Hana senyum

"Mama ada kerja kat kawasan pendalaman. Mama tinggalkan Hani di bandar Seoul dengan Park Jae il. Ok sayang?"

"Hah?" Tercengang Hani

"alah..hani tak biasalah." Adu Hani

"Its okay dear. Jae il tu baik orangnya. Trust me. Lagipula Hani yang cakap nak ada peneman di korea kan? So mama dah tunaikan hajat kamu tu.. Jaga diri nanti ok. Jangan nakal nakal" pesan Mama

"Mama pon. Cepat la habiskan kerja dan teman hani kat Seoul ok?"

Puan Hana angguk

"Oh ya. Kalau Hani degil dan nakal waktu mama tak ada, terus mama bawak Hani balik Malaysia. Biar tak sempat jalan jalan kat sini" ugut Puan Hana

"Ala..mama ni. Ok ok. Hani dengar cakap" putus Hani

Puan Hana tersenyum puas.

Hani kembali menatap pemadangan luar tingkap. Kebanyakkan orang sini lebih gemar berjalan kaki. Patutlah kurus rakyat nya

"Ma..Wifi?"

Puan Hana mengangkat keningnya

"Pocket wifi? Mama dah sediakan. Itu pulak yang di risaukannya" bebel Puan Hana

Hani tersengih.

"Ofc ma. Macam mana nk chat ngan Iris kalau tak ada wifi. Betul tak ma?"

Puan Hana menggeleng. Ada sahaja jawapan dari anak daranya itu.

Kereta tiba tiba berhenti. Hani menjenguk ke luar tingkap. Hotel yang besar tersegam indah di hadapannya

"Ingat! Cari Park Jae il. Jangan lupa pesan mama." Ujar Puan Hana pada Hani yang sibuk menarik beg rodanya.

"Ma..daftar atas nama siapa?" Soal Hani

"Atas nama kamu" balas Puan Hana.

Setelah sesi berpelukan selesai, Hani melambaikan tangannya ke arah kereta yang mula meluncur laju meninggalkannya

Hani memasuki hotel tersebut. Setelah mendapat kunci biliknya, hani meluru masuk ke dalam bilik dan mencari kad yang di nyatakan Puan Hana

Hani mengambil kad putih yang berada di atas meja solek.Tertera nama Park Jae il di atasnya

"Urmm..park Jae il ya? "

Hani mencapai phonenya setelah pocket wifi di hidupkan

Aplikasi Line ditekan. Untung puan Hana ada memesan padanya untuk mendownloadkan aplikasi tersebut.

Kata Puan Hana, untuk berurusan dengan orang sini hanya melalui Line ataupun Kakaotalk. Seperti Malaysia kita menggunakan Whatsapp

Setelah nombor park Jae il di savekan, Hani mencari namanya di Aplikasi Line

"Akhirnya. Jumpa pon" bisik Hani

Hani menaip perkataan "hello" sebagai permulaan sesebuah perbualan

Memandangkan Hani tidak tahu bercakap dalam bahasa mereka, terpaksalah di hentam sahaja english nya. Berterabur tak menjadi masalah jika mereka faham apa yang kita nak sampaikan

Tunggu punya tunggu message nya tidak berbalas.

"Busy kot" duga hani.

Wanted GirlWhere stories live. Discover now