Wanted Girl 9 - Perasan

17 1 2
                                    


Hani mengekori langkah Jae il yang melangkah masuk ke sebuah restoran.

Melihatkan Jae il menanggalkan kasutnya, Hani mengeluh

"Perlu ke?" Soal Hani. Baginya ini merupakan perkara yang melecehkan

Jae il menjeling. "Dalam kasut kau ada mutiara ke?" Sindir Jae il

"Hish, dia ni kan. Cakap tak boleh nak elok elok. Macam ni ke dia treat perempuan? Tak romantik langsung!
Mulut pedas. Agaknya waktu kecil orang minum susu, dia teguk sos cili kot" terkumat kamit mulut Hani mengutuk Jae il

Nak tak nak, kasut di tanggalkan.
Setelah itu,mereka duduk bersila.

Hani memerhati keadaan kedai tersebut manakala Jae il sibuk memesan makanan.

"Order apa?" Soal Hani.

Jae il yang sibuk menunduk membetulkan stokingnya terhenti seketika

"Aku order apa yang aku suka lah." Balas Jae il. Senada saja bunyinya

"Saya tau..tapi apa?" Desak Hani.

"Apa yang apanya?" Begitu bijak Jae il memanipulasikan soalan

Hani mendengus geram. Mahu saja kakinya yang berada di bawah meja singgah di wajah Jae il

"Tak ada apa lah" ujar Hani bersama keluhan.

Jae il memandang wajah Hani lama membuatkan Hani tak berasa selesa

"Tolong jaga mata tu boleh tak?" Kata Hani

"Kau perasan ke?" Soal Jae il. Soalan berbalas soalan

"Siapa yang tak perasan kalau dah awak dok tenung anak dara orang depan depan?" Ujar Hani kasar

"Aku tanya, Kau Pe.ra.san Ke?" Jae il menyebut satu persatu kata kata nya tadi

"Saya dah caka--" Hani termati kata

"Kejap,kejap..apa maksud soalan awak tadi?" Soal Hani semula setelah faham maksud kata kata Jae il

"Aku rasa kau tau" balas Jae il mudah

"Tapi kala--" Kata kata Hani terhenti di situ sebaik Jae il memotong ujarannya

"Kau ingat aku nak sangat tatap wajah kau yang tak seberapa ni? Percayalah, aku lagi rela tatap muka monyet dari muka kau." Sindir Jae il pedas

Hani sudah berubah muka

"Habistu?" Soal Hani ragu ragu

"Tak ada sebab kenapa kau perlu tahu aku pandang apa. Mata aku, suka hati aku lah.. yang penting bukan pandang kau" Jae il menerangkan yang sebenarnya

Hani sudah terdiam. Perasaan malu, terhina dan sedih bercampur menjadi satu perasaan yang membawa luka lama berdarah kembali.

Ketika ini, ingatannya teralih pada Mika yang hanya memilih pasangan berdasarkan rupa paras dan bukannya hati budi.

Tak di sangka setelah lama berkawan bersama, Mika masih memilih paras rupa seseorang itu berbanding hati budi.

Sukar baginya mahu menelan semua itu namun apakan daya jika itu sudah menjadi keputusan Mika.

Petikan jari di hadapan wajahnya menyedarkan Hani dari terus lemas dalam kisah hatinya yang bertepuk sebelah tangan

"Makanan dah sampai. Tak payah nak termenung bagai" ujar Jae il. Lelaki itu memandangnya kejap sebelum meneguk segelas air

Hani hanya diam dan mengangguk.
Terasa malas mahu melawan kata.

Makanan yang terhidang langsung tak menarik fikiran Hani dari terus teringat kisah lama

Perasaan rindunya terhadap Mika bertambah tambah dari hari ke hari

Namun apakan daya, dia dan Mika tidak mempunyai jodoh bersama. Mereka ditakdirkan hanya sebagai kawan dan tak lebih dari itu

"Hani" ujar Jae il bersama deheman

Hani sedikit mendongak memandang Jae il yang duduk di hadapannya, menikmati makanan yang terhidang

"Makan" arah Jae il. Hanya sepatah perkataan sahaja di tuturkan namun berjaya membuatkan Hani menurut tanpa bantahan

Mungkin kerana Hani tidak mempunyai mood.







"KITA ke mana lepas ni?" Soal Hani sambil melangkah mendekati Jae il

Jae il diam tanda tidak berminat untuk menjawab pertanyaan Hani. Tangannya di seluk ke dalam poket seluar.

"Awak nak bawak saya ke mana lepas ni?" Desak Hani.

"Balik hotel. Mandi. Tidur." Ulas Jae il mudah.

Pertanyaan Hani tidak di ambil pusing

Jawapan yang Jae il lontarkan pada Hani berjaya membuatkan gadis itu cemberut

"Ish lah dia ni kan..jawapan tak boleh lagi bijak" bebel Hani mengutuk Jae il

Jae il memandang Hani dari tepi. Terkumat kamit mulutnya membebel. Jae il memekakkan telinga

"Dah tak payah nak bazir air liur kau bebel kat aku. Tak ada guna" ujar Jae il sekaligus menghentikan bebelan Hani padanya

Hani menjeling.

"Perlu aku ingatkan tentang syarat kita ke?" Ujar Jae il sekadar mengingatkan

"Saya tau lah! Tak payah nak cakap berulang kali..otak saya masih sihat" balas Hani siap package jelingan di berikan

Wajah Hani sudah merah menahan amarah. Jika tidak di sebabkan dirinya yang mahu tinggal di korea, dah lama lelaki di hadapannya ini di tempatkan di ICU

"Cukup cukuplah kau kutuk aku..buat tambah dosa kau je." Sindir Jae il pedas.

"U'huk u'huk" Tersedak Hani akibat terkejut dengan statement yang di keluarkan oleh Jae il

"Siapa makan cili dialah yang rasa pedas..kan?" sindir Jae il lagi beserta senyuman sinis

Berubah kelat muka Hani sebaik menerima sedas dua ayat power dari Jae il

"Err..saya masuk hotel dulu. Bye" ujar Hani saat mereka berdua berada di tempat penginapan sementara Hani

Hani menapak masuk ke dalam lobi sebelum menoleh memandang sisinya

"Kenapa awak ikut?" Soal Hani tak percaya.

"Aku nak pastikan yang kau masuk dalam bilik kau dengan selamat di bawah pengawasan aku. Kau ni bukannya boleh di percayai sangat" dihujung ayatnya seakan menyindir sahaja bunyinya

"Ttak perlu kot rasanya. Awak balik aje lah" tolak Hani

"Keputusan aku muktamad. Itu syarat ke-5" mudah Jae il mematikan kata kata Hani

Akhirnya mereka berdua melangkah masuk ke dalam lift. Jae il benar benar memastikan setiap kata kata nya di laksanakan tanpa memungkirinya

"Ddah..saya nak masuk bilik dah ni. Awak boleh balik" ujar Hani sebaik kad kekunci bilik di masukkan di celah pemegang pintu

TAP! Pintu biliknya terbuka. Hani menoleh memandang Jae il yang masih berada di situ

Jae il mengangkat keningnya tanda menunggu Hani melakukan perkara yang seterusnya iaitu masuk dan menutup pintu.

Seakan faham, Hani mengeluh. Lelah kerana terpaksa mengikut kehendak lelaki itu

"Esok sharp pukul 8.00 aku tunggu kau kat sini" ujar Jae il.

Hani angguk lantas memboloskan diri ke dalam biliknya. Figura Jae il yang bersandar di dinding berhadapannya semakin hilang sebaik pintu biliknya di tutup.

Wanted GirlWhere stories live. Discover now