Wanted Girl 17 - Biawak Berpantun

16 0 0
                                    


Lirikan mata milik Hani terarah pada wajah Jae il yang begitu khusyuk memotong kecil daging salai dengan cermat.

Makanannya tidak terusik dek kerana khayal memikirkan benda yang tak pasti

"Kau kenapa tenung aku?" Kasar Jae il menyoal sambil mengunyah daging yang di potongnya tadi. Jae il pandang tepat ke arah Hani

Hani geleng dan senyum. "Makanlah..maaf buat awak rasa tak selesa"

Jae il menjongketkan keningnya "kau tak jujur"

Hani terpinga "bila masa pulak?"

"Mulut kau tak berani nak menyoal tapi mata kau lebih berani menyoal untuk mencari kebenaran.." jelas Jae il lagi

Hani mencapai gelasnya sebelum dikacau menggunakan straw.

"Saya tak faham" Hani menyedut minumannya. Tekaknya kering tanpa sebab.

"Pandangan mata kau seolah menyoal aku tentang segalanya..stop doing that, aku benci nak jawab semua soalan kau dengan menipu" arah Jae il meneruskan suapannya yang tergendala sebentar

Hani diam. Mungkin lelaki di hadapannya ini boleh memahami ciri fizikal seseorang melalui pandangan dan kelakuan

"Awak...boleh awak tunaikan permintaan saya?"

Jae il tidak menjawab hanya pandangan lembut diberikan. Kunyahannya diteruskan walaupun ada gangguan dari Hani. Dari tadi lelaki itu terganggu untuk makan dengan mulut banyak Hani namun dilayankan sahaja

"Saya nak ke tempat mama..boleh kan?" Hani mengutarakan soalannya

Bunyi sudu dan chopstick milik Jae il berlaga membuatkan suasana berdesing seketika. Keadaan sepi selepas Hani mengutarakan ujarannya.

Jae il meletakkan sudu dan chopsticknya perlahan sebelum berdehem perlahan.

Posisi duduknya dibetulkan. Pandangan kosong dilemparkan kepada Hani

"Ada apa kau nak kesana?"

"rindu mama" hanya sekadar alasan. Hani seorang yang bijak mengatur percaturan.

Jae il menjongketkan keningnya. "Kalau rindu kau voice call je lah..tak pun call"

"Tak mahu..awak, boleh la ye.." pinta Hani dengan suara sayunya

Lelaki itu menjeling bosan."aku tak janji"

"Maknanya jadilah ye?" Teruja Hani menyoal

"Aku tak janji" ulang Jae il seakan menyuruh Hani memahaminya

Hani anggguk faham namun senyuman tidak pudar dari bibirnya. Matanya bersinar seakan menerima satu kejayaan yang cemerlang

Bagi Hani, ini adalah peluangnya untuk mengetahui segalanya. Peluang keemasan hanya datang sekali jadi manfaatkannya adalah jalan yang terbaik buat Hani

"Nanti inform saya bila nak gerak tau.." Hani bertepuk tangan kejap akibat terlalu gembira dan teruja. Wajahnya berseri seri dengan senyuman yang tak pudar dari tadi

Jae il tidak menghiraukan kata kata Hani malah dia meneruskan makannya. Makan lebih penting dari segalanya..











"AWAK oh awak..awak! Wak!" Nada Hani meninggi cuba memanggil Jae il yang berada dihadapannya

"Awak! Saya panggil ni kan.." ujar Hani apabila sedar Jae il tidak menyahut

Jae il menayangkan muka suci "kau panggil aku ke tadi tu? Aku dengar kau panggil Biawak" mudah Jae il bersuara

"Laaa..biawak tu bukan sejenis awak ke? Pandai awak buat lawak.." sindir Hani

"Aku buat lawak? Tang mana lawak aku tu? Boleh kau carikan untuk aku?" Jae il menyindir semula

Hani berdecit "menyampah betul kalau cakap dengan dia ni" bebel Hani kusut.

Jae il mengulum senyuman mahalnya

"Kau nak apa tadi?" Jae il menanyakan semula bila mengingatkan Hani mungkin ingin menanyakan sesuatu

"larh..tadi tu saya cakap dengan awak ke? Saya rasa saya ckap dengan kaum biawak Jae il.." Hani menyindir semula dengan muka masamnya

Jae il tersengih sinis "oh baguslah dah dapat kawan baru ya? Lepasni tak adalah aku kena pekakkan telinga bila mulut kau berceloteh." Sindiran berbalas

"Eleh..awak jeles?" Sakat Hani

Jae il ketawa kecil yang disertakan pandangan tak percaya

"Aku masih normal untuk berkawan sesama manusia memandangkan aku ni bukannya seorang yang loner" pedas Jae il membalas

"Loner? Mentang mentang la saya dekat negara asing, its okay...
ada lori ada bas,ada hari saya balas!" Tegas Hani sambil melontarkan senyuman senget. Siap dijual lagi pantun kepada Jae il

"Bersahur dikedai Mak Esah , Ada nampak aku kesah?" Pantun berbalas. Tak disangka Jae il agak pantas dalam membeli pantun walaupun pantunnya kosong.

Hani memonyokkan mukanya. Serabut benar dia dengan lelaki ini.

" Jae il..." seru Hani dalam nada terkawal

"Jom duduk kat taman situ nak tak?" Sambung Hani bila Jae il tidak memberi reaksi panggilannya tadi. Siap jari telunjuk di arahkan pada taman yang berada di seberang jalan

Lelaki itu memandang wajah kosong Hani seakan memikirkan cadangan Hani tadi. Tanpa kata, Jae il menukar arah ke seberang jalan. Hani yang sedar hal itu mula tersengih gembira

Mereka mengambil tempat di kerusi panjang berhadapan dengan tasik kecil yang menjadikan suasana di taman itu nyaman dan indah

Hani menarik dan melepaskan nafasnya secara perlahan seakan mengambil penawar ketenangan

"Segar rasanya kan awak" ujar Hani gembira sambil memandang ke arah Jae il yang duduk disebelahnya

"Uhmm" balas Jae il
Matanya melilau melihat keadaan sekeliling

Hani perasan akan itu. Dia mengulum senyuman. Dia pasti lelaki di sebelahnya kini melarikan pandangannya darinya

"Awak tak berani nak ber'eye contact dengan saya eh?" Sakat Hani membuatkan Jae il terpinga

"Buat apa pulak aku nak ber'eye contact dengan kau?" Soal Jae il balik

"Eleh, tadi tu apa? Siap larikan pandangan awak dari saya" jelas Hani

Jae il yang sedar perilakunya tadi kembali tersengih sinis

"Tsk..kau ni memang kuat perasan!" Ujar Jae il mengejek

Kali ini Hani pula tersengih manis

"Memang saya kuat perasan sampai saya perasan yang awak dah terjatuh cinta kat saya..betul tak?" Kata Hani penuh yakin. Siap dikerdipkan kelopak matanya berulang kali

Jae il terpinga seketika. 'Sah! Mereng perempuan ni' bisik Jae ik

"Saya tahu yang saya cantik, famous, bijak..alah senang cakap saya ni full package lah --

"Kau jangan nak merepek kat sini. Merapu tak habis habis!" Potong Jae il sambil mengerutkan keningnya

Hani tersengih "i know that u love me so much"

Jae il menganga. Pening dia melayankan perangai mereng Hani

"Kau tak ada ciri perempuan yang aku suka. Jadi silalah berhenti merapu kerapu siakap kau tuh" Terang Jae il tak berminat

"Tak semestinya awak akan dapat ciri perempuan yang awak nak tu.." ujar Hani

Jae il tidak membalas kata kata Hani. Dia tidak berminat nak membalas kata

"Kenyataannya sekarang, U love me!" Sakat Hani gembira

Jae il mendengus dan mengusutkan rambutnya. Kemudiannya dia menggosok kedua dua belah telinganya menunjukkan dia tak berminat nak mendengar

Gembira. Ya, Hani gembira dapat melihat wajah kusut Jae il. Serve u right,dude!

Wanted GirlWhere stories live. Discover now