Wanted Girl 19 - Menyusahkan

13 0 0
                                    


"terangnya bulan malam ni" puji Hani. Dia mendongakkan kepala melihat langit yang terang.

Dibawah pancaran bulan, Hani menjatuhkan pandangan ke arah laut yang berombak.

"Andai sahaja waktu ini bersama orang tersayang" Hani mengeluh perlahan. Dia rindu sahabatnya yang berada di Malaysia

"Kau tak sejuk ke?" Tegur satu suara dari arah belakang. Hani tidak menoleh, sudah yakin suara tersebut milik Jae il

Tak lama itu, Jae il melabuhkan punggungnya berlapikkan sepasang selipar bagi mengelakkan pasir pantai melekat di seluar tracksuitnya

Mereka masing masing mendiamkan diri, seolah mendalami perasaan sendiri.

"Apa yang kau fikirkan sekarang?" Soal Jae il memandang pada Hani yang setia memandang laut dihadapannya

"Saya fikirkan tentang ketenangan jiwa. Macam mana nak hadapi perasaan sendiri kalau ianya disakiti. Bagaimana rasanya kalau dicintai dan bukannya mencintai" tenang Hani menuturkan

Jae il membuang pandangan kearah laut
Dia hanya diam seakan cuba memahami situasi Hani

"Apa yang awak buat kalau awak disakiti?" Hani memandang sisinya sekilas

Jae il menguak rambutnya kebelakang

"Aku? Entahla..tengok keadaan. Mungkin aku travel takpun tidur" balas Jae il

Hani mengangguk mengerti.

"Lagi bagus kalau waktu kau disakiti, kau dekatkan diri dengan sang pencipta" sambung Jae il

Sekali lagi Hani angguk. "Awak pernah bercinta?"

Jae il diam seketika "siapa yang tak pernah bercinta"

"Putus?"

Jae il mengangguk lemah.

"Curang?" Hani mengorek rahsia Jae il. Bukan mudah nak dapat peluang sebegini

Jae il memandang Hani. "Rasanya kau tak perlu tahu pasal apa kami putus"

Hani mengeluh perlahan. Ingatkan dapatlah korek rahsia tapi hampeh

"Engkau?"

"Saya? Saya mencintai tapi tak dicintai"
Hani tersenyum saat menuturkannya. Entah mana datang semangatnya untuk tersenyum.

Seketika kemudian keadaan kembali sepi. Hanya terdengar bunyi ombak dan angin yang menderu perlahan

Hani menjeling sekilas ke arah Jae il yang leka berSMS. Laju jarinya menaip setiap perkataan.

"Hani" panggil Jae il namun kepalanya masih menghadap telephon

Hani yang mendengar segera mengalihkan pandangannya sebelum menjawab panggilan Jae il

"Jom balik..ada orang nak jumpa kau" Jae il mendongakkan kepalanya saat berkata sedemikian

Hani lantas mengangguk dan terus bangkit dari duduknya. Di tepuk perlahan bahagian belakangnya bagi membuang pasir yang melekat





HANI melangkah masuk ke dalam rumah tumpangan diikuti Jae il yang berada di belakangnya

Baru sahaja Hani mahu ke tandas, dia di kejutkan dengan kedatangan orang yang paling dia rindui

"Mama!" Hani lantas mendapatkan Puan Hana bagi mendakap erat melunaskan rindu

"What are u doing here ma?" Soal Hani setelah sesi berpelukan tamat. Tangan Puan Hana dicium penuh hormat

"Ini rumah mama..kamu tu buat apa datang sini?" Soal Puan Hana semula

Hani menoleh memandang Jae il. "Jae il yang bawa Hani ke sini"

Puan Hana memandang Jae il seakan meminta penjelasan

"Cik Hani minta saya bawa berjumpa Puan. Jadi saya tunaikan seperti dalam perjanjian" jelas Jae il hormat

Puan Hana tersenyum "anak saya ada menyusahkan kamu ke Jae il?"

Hani menganga. Puan Hana menanyakan soalan tersebut dihadapannya? Seakan tak percaya

"Menyusahkan itu perkara biasa Puan tapi tak adalah sampai saya tak mampu nak kawal" ujar Jae il. Sesudah itu, Puan Hana dan Jae il tertawa mesra

Hani mengutuk dalam hati

"Betul lah itu Jae il..setegas tegas si Hani, tegas lagi kamu kan?" Akhirnya, mereka tertawa lagi bersama. Sementara Hani sibuk mengumpul dosa kecil.

"Eh lupa pulak. Kamu dah makan? Hani?"

"Dah lapik perut tadi dengan Jae il" balas Hani

Jae il mengangguk setuju

"Oh ya? Mama baru ingat nak masakkan untuk kamu" ujar Puan Hana

"Tak apalah ma, simpan skill mama untuk besok pagi ok?" Cadang Hani

Puan Hana tersenyum "iyalah..dah malam ni, pergi tidur"

"Ma, Hani tidur luar ke?" Soal Hani siap disertakan wajah polos

"La..bilik mama tu kecik je sayang. Faham faham lah ya" jawab Puan Hana dengan wajah serba salah

"Tak..tak apa, Hani ok..Jae il kan ada" ujar Hani siap dikaitkan nama Jae il

Lelaki itu sudah memandang pelik

"Aaa, baguslah macam tu..Jae il boleh awasi anak mama yang manja terlebih ni" kata Puan Hana sambil mencubit manja batang hidung Hani

Jae il yang menjadi pemerhati mereka hanya tersenyum tawar.

"Well..anak mama ni kan memang suka menyusahkan. Terutama lagi bila dengan Jae il..kan Jae il kan?" Sinis Hani melemparkan kata katanya. Seakan menyindir pun ada

Jae il yang sedar akan maksud Hani mula menguntum senyuman sinis

"Dah dah la tu..mama nak ke bilik. Rest well ok my dear" pinta Puan Hana lantas menuju ke biliknya setelah memberi kucupan di dahi anaknya

Dan tinggal lah dua orang manusia yang saling berbalas pandangan dan senyuman

"Menyusahkan? Well, awak belum rasa betapa susahnya nak awasi saya." Hani berdecit perlahan

"Tsk..dari awal kau dah menyusahkan aku" balas Jae il

"Oh ya? Baguslah macam tu"

"Oh ya? Kau bangga dengan diri kau?" Jae il mengejek kata kata Hani dengan sindiran

"Kalau iya pun kenapa? Ada masalah?" Jawab Hani siap jelingan diberikan

"Patutlah kau tak dicintai..malah kau dibenci" mudah Jae il membuat kesimpulan. Setelah itu dia beredar ke luar rumah meninggalkan Hani yang kelu dan terpinga pinga

"Tapi betul ke apa yang dia cakap tadi tu..ke dia sengaja nak mainkan aku?" Hani berasa musykil. Tapi kata kata Jae il tadi benar benar memberi impak buat dirinya.Mungkin sebab itu juga Mika tidak menyukai dirinya. Mungkin kan?

Wanted GirlWhere stories live. Discover now