Wanted Girl 18 - Jakun

8 0 0
                                    


"Kita nak kemana ni?" Soal Hani pada Jae il yang berada di tempat pemaduan

Sudah sejam kereta ini meluncur laju diatas jalanraya. Sudahlah pergi secara mengejut. Waktu itu dia sahaja yang tahu betapa rushingnya mengemas beg pakaian.

Jae il tidak menjawab, dia hanya fokus pada pemanduannya. Dibuat seolah Hani tidak wujud disitu

Hani merungut kecil sebelum memandang cermin kereta. Dapat dilihat laut biru yang luar terbentang seolah tiada penghujungnya.

"Subhanallah" laju ayat itu meniti di mulut Hani

Tidak membuang masa, camera dibuka lantas diambil pemandangan yang indah tersebut.

Hani tersenyum puas hati dapat mengambil setiap sudut yang berlainan sekaligus memperoleh hasil yang cantik

"Biru betul lautnya kan, awak" ujar Hani. Senyuman masih dibibirnya

"Apa kat Malaysia tak ada laut biru? Bukan ke laut memang biru?" Jae il menyoal semula. Kedengaran seperti menyindir

"Tch..memang lah ada. Tapi tak sebiru laut kat sini. Lagipula, laut kat Malaysia kebanyakkannya berkeladak warnanya." Komen Hani terus

Jae il menggeleng "kau mengutuk negara yang kau tinggal? Patutnya kau banggakan negara engkau sendiri. Kalau macam ini lah sifat kau, apa maksud lagu negaraku yang kau nyanyikan waktu sekolah dulu? Huh? "

"Kau nak cakap itu rutin harian dan kewajipan waktu sekolah? Macam tu?" Sambung Jae il. Bebelannya sudah mula tanpa sebab

Hani membungkam "saya tak maksudkan macam itu pun. Betul apa yang saya cakapkan tu. Ianya fakta tahu!" Jawab Hani. Dihujung ayat, nadanya sedikit meninggi

"Aku tahu ianya fakta. Tapi cuba kau bayangkan yang kau kutuk ibu negara kau sendiri depan aku yang kononnya tak pernah ke Malaysia. Apa tanggapan aku kalau kau cakap macam tadi?"

"Sudah pastinya aku tak akan ke Malaysia dah kalau kau ceritakan keburukan nya..betul tak?" Panjang Jae il berhujah.

"iyalah..saya salah dan saya faham sekarang. Awak betul. Saya salah" perlahan nada Hani. Malas mahu memanjangkan isu yang tak penting

Sejujurnya Hani tidak faham dengan lelaki ini yang begitu sensitif dan emo mengenai sesuatu perkara. Contohnya, perbalahan tadi tu.

"Aku bukan nak lawan siapa betul siapa salah..tapi--

"iya iya saya faham. Tolong stop dengan hujah awak tu. Saya penat nak dengar..dan saya tak suka mendengar lagi lagi kalau ianya dari awak" potong Hani pantas. Tak mahu gegendang telinganya berdesing mendengarkan bebelan Jae il

Jae il menjeling sekilas sebelum menggeleng.

"Degil. Kepala batu. Keras kepala. Ha, eloklah tu..sesuai sangat dengan kau" sindir Jae il

Hani mengejek kata kata Jae il dengan menjelirkan lidahnya. Ditayangkan muka tak bersalah tahap maksimum

Kereta yang dipandu mula perlahan saat memasuki sebuah kawasan pendalaman. Kemudian, kereta dimatikan enjin tanda mereka sudah tiba ke destinasi

Hani lantas keluar dari kereta untuk merenggangkan badannya yang terasa sakit kerana duduk terlalu lama

"Wahh..laut sebelah sebelah je? Waa" Hani melompat kecil setelah sedar rumah kampung yang indah itu bersebelahan dengan laut biru yang dia nampak sewaktu dalam perlajanan tadi

"Oi! Angkat beg engkau ni..tak payah nak teruja tahap beruk nampak air." Sindir Jae il pedas. Siap disamakan Hani dengan Beruk. Sama ke?

"isy! Mengganggu je tau..spoiler tahu tak!" Balas Hani meninggi. Geram melihat Jae il menayangkan gaya flip hair walaupun rambutnya pendek

"Sengaja lah tu nak panggang hati aku.." rungut Hani

Langkah diatur mendekati bonet kereta lantas mencapai beg galasnya yang berisi pakaian.

"Mana bilik?" Soal Hani sewaktu sudah melangkah masuk dalam rumah tersebut. Rumah tumpangan mungkin

"Bilik ada satu. Dan dah ada orang check in sebelum kita. Jadinya, tak ada bilik. Tidur di sini" arah Jae il

"tidur atas lantai? Biar betul?" Hani menganga tak percaya semua ini

"Kau nampak aku tengah buat lawak ke?" Muka toya Jae il lemparkan

Hani menggigit bibirnya "toto mana?"

"Ada kat dalam almari hujung tu. Nanti kau baring kat sana. Aku kat hujung sana." Terang Jae il. Jae il menunjukkan tempat pembaringan Hani yang berada di depan almari manakala Jae il berbaring di hujung berdekatan pintu masuk. Kedudukan mereka jauh terpisah bagi mengelakkan sebarang fitnah.

"Awak..siapa yang check in bilik tu?" Soal Hani ingin tahu

"Nanti kau tahu" Mudah Jae il membalas. Dia sibuk mengemas apa yang patut sebelum berlalu pergi kearah kawasan dapur yang sedikit kecil namun lengkap dengan kemudahan seperti alatan dapur, peti sejuk, tempat memasak dan sebagainya

Manakala Hani, sibuk memikirkan pemilik bilik tersebut

"Entah entah mama kot? Tapi tak mungkin..kalau nak jumpa mama mesti Jae il dah cakap..bukan ke aku dah pesan,kan? Jadi tak mungkin la" Hani membuat kesimpulan mudah

"Macam mana kalau dia tu lelaki jugak? Apa aku nak buat? Lari? Atau minta Jae il carikan rumah tumpangan lain? Uhm..bahaya bersedudukan dengan orang yang bukan muhrim" bebel Hani perlahan. Otaknya ligat memikirkan perkara yang tidak penting.

"Tapi tak kanlah Jae il nak buat benda tak senonoh. Dia kan Islam. Tak mungkin lah. Tapi dia kan lelaki..err" Hani sudah merapu ke arah lain. Segera kepalanya diketuk menggunakan kedua tapak tangannya bagi memulihkan cara pemikiran yang lebih waras

"Dah kenapa dok ketuk kepala tu? Mereng?" Jae il menyindir saat melihat perlakuan Hani yang aneh

"Tak..mata ni hah tiba tiba nampak burung pusing pusing atas kepala. Tu yang saya ketuk kepala kot kotlah salah pandang" dalih Hani

Jae il berdecit penuh lagak. "Kalau iya pon nak membongak, bukan itu caranya cik Hani" lantas Jae il berlalu keluar dari rumah tersebut dan melangkah ke arah keretanya.

"Biarlah aku nak membongak ke apa. Apa masalah dia entah dari tadi dok menyindir. Annoying betul" bebel Hani penuh amarah.

Wanted GirlWhere stories live. Discover now