SLURRPP!
Jae il memandang Hani. Terkebil kebil matanya memandang Hani
"Kau boleh jadi duta iklan maggie" ujar Jae il. Setelah itu menyambung semula makannya yang tergendala
Hani menyengih. Kepala di dongakkan menghirup udara segar. Mereka kini duduk bertinggung di tepi bangunan sambil cuba menghabiskan maggie cup.
Orang lalu lalang langsung tak di hiraukan. Malah ianya tidak menjadi penghalang mereka menikmati maggie cup tersebut
"Huarhh..kenyang" ujar Hani setelah selesai menjamu maggie
"Jadi, ucapkanlah apa yang patut" sindir Jae il
Hani sengih menunjukkan giginya
"Taulah." Balas Hani cuba melindungi silap sendiri
Mereka berdiri dari duduk. Kaki yang terasa kebas di pukul pukul manja
"kau nak ke mana pulak lepasni?" Soal Jae il pada Hani.
"Urm, saya nak cipta kenangan manis dengan orang sini. Kat mana tempat yang sesuai?" Hani memandang wajah Jae il yang sedang memikirkan jawapan bagi soalannya tadi
Jae il menilik jam tangannya sebelum memandang Hani.
"Jom. Kita ke tadika" balas Jae il mudah
Dan dengan itu, mereka berjalan ke stesen bas yang membawa mereka ke kawasan tersebut
Setelah hampir 10 minit berada di dalam bas, akhirnya tiba juga ke pengakhiran mereka.
Sekali lagi mereka berjalan beriringan.
"Wah..cantiknya tempat ni" puji Hani ikhlas.
Matanya membulat menunjukkan betapa dia sedang teruja
"Wah..balai polis.." ujar Hani teruja tahap maksimum
"Kau baru first time nampak balai polis ke? Kat malaysia tak ada ke?" Soal Jae il seakan menyindir
Hani memberi jelingan pada Jae il
"Cepat sikit jalan, tadika kat depan tu" arah Jae il sambil menunjukkan ke arah sebuah bangunan agak besar.
Langkah mereka dilajukan sehinggalah tiba di hadapan bangunan tersebut
"Tak apa ke kita masuk? Bukan sekarang ni waktu persekolahan ke?" Soal Hani penuh berjaga jaga. Riak risau juga terpancar di wajahnya. Takut pula di label menganggu waktu pembelajaran budak.
"Masuk saja lah. " jawab Jae il. Dengan mudahnya dia melangkah masuk sementara Hani berasa ragu ragu sama ada mahu atau tidak mahu memasuki bangunan tersebut
"Apa lagi yang kau tunggu tuh?" Nada Jae il sedikit kuat memandangkan jarak antara nya dan Hani jauh
Sepantas kilat Hani sudah berada di sisi Jae il.
Hani melihat figura seorang wanita muda datang menghampiri mereka.
Kemudian terdengar suara milik Jae il berborak dengan gadis tersebut menggunakan bahasa mereka iaitu bahasa korea
Di sebabkan tidak mengerti, Hani mulai bosan. Bukan main lama Jae il dan gadis tadi berbual hingga lupa orang disebelahnya
"Hani. Kenalkan ini guru bahasa.
Park Jae hyi" ujar Jae ilHani angguk.
"Kenapa nama awak dengan dia sama?" Soal Hani pabila terperasankan persamaan nama Jae il dan Jae hyi
"Ni kakak aku" balas Jae il
Mulut Hani melongo. Matanya bergilir gilir memandang Jae il dan Jae hyi
Patutlah tadi Jae il tidak kesah jika menganggu sesi pembelajaran budak tadika.
Rupa rupanya ada udang di sebalik batu. Cieett..
Tersedar akan lamunannya, Hani menunduk hormat. Setakat hari ini, itu sahaja yang diketahuinya bagi tradisi orang korea
"Ireumeun mwowaeyo?" Soal Jae Hyi pada Hani
Hani sudah menganga. Lidahnya beku. Otaknya mengecut.
Wajah Jae il dipandang lantas mendekatkan diri pada Jae il
"Awak..apa yang kakak awak ni carutkan?" Soalnya pada Jae il yang setia berada di sisinya
Mendengarkan kenyataan Hani membuatkan dua beradik itu ketawa besar.
Jae il menggeleng bersama senyuman.
"Apa nama adik?" Ujar Jae hyi dalam pelatnya. Walaupun bunyi sedikit pelat dan tak boleh mengalahkan Jae il yang lancar bertutur Bahasa Melayu namun Jae hyi tetap berusaha bertutur
Terasa bangga Hani menjadi rakyat Malaysia. Kagum atas sifat tidak berputus asa milik Jae hyi
"Saya Hani Kayla..panggil Hani" balas Hani sopan
Jae hyi mengangguk faham.
"Mari masuk ke dalam kelas bersama." Pelawa Jae hyi ramah.
Hani dan Jae il akhirnya memasuki ke dalam kelas tersebut bersama.
Teruja benar Hani melihatkan kanak kanak comel dihadapannya. Rasa mahu di peluk satu per satu
"Awak..comelnya..geram nya saya, rasa nak peluk aja.." luah Hani pada Jae il bersungguh sungguh
"Aku tau aku comel. Kalau geram tahan atau sabar.. Masih tak halal untuk kau peluk aku..btw, thanks atas pujian tu" balas Jae il penuh selamber dengan gaya tangan yang diseluk ke dalam poket
Hani menganga. Lain yang dikata lain pula lelaki itu tafsirkan
"Saya tak kata awak lah..saya kata budak budak ni" jawab Hani cuba memperbetulkan tafsiran Jae il
"Mengaku je lah kau puji aku tadi. Tak payah nak cover cover" sindir Jae il
"Saya. Tak. Puji. Awak. Langsung.! Awak yang salah faham" terang Hani. Siap di tekankan kata katanya agar biar lebih jelas dipendengaran Jae il.
"Habistu yang kau cakap,
awak comelnya geramnya saya rasa nak peluk aja..
haa..tu apa?" Ejek Jae il. Siap gaya suara pon di tirunyaHani menepuk dahinya. Susah betul nak terangkan pada lelaki yang syok sendiri ni
"Jae il! Tak payah lah nak sakat si Hani tu" ujar Jae hyi yang berada berdekatan situ
Hani senyum sumbing. Kakak Jae il mem'back up nya.
Sekurang kurangnya dia ada geng baru iaitu Jae hyi.
"Hani..mari kenalkan diri dekat budak budak ni" panggil Jae hyi sambil mengarahkan nya memperkenalkan diri
Hani terdiam
"Kenalkan diri dalam bahasa korea ke?" Soal Hani
Laju Jae Hyi mengangguk. Hani menelan pahit air liurnya. Kepalanya menoleh memandang Jae il yang sedang mempamerkan senyuman menjengkelkan seakan mencabar Hani untuk bertutur dalam bahasa korea
"Cabar aku, eh? Kau belum kenal siapa Hani yang sebenarnya. Ini Hani lah" bebel Hani perlahan sambil menepuk - nepuk perlahan dadanya.
Cukup hanya dia sahaja yang dengar
Ianya seakan penguat semangat untuk dirinya
YOU ARE READING
Wanted Girl
Romance"He might look cold and arrogant but he is my man. The one and only." - Hani "Words can't describe my feelings. If you feel it, you'll know it." - Jae il "I'm not deserved this and i know it but he's gone and surely he doesn't want to see you like t...