Wanted Girl 16 - Keliru

12 0 0
                                    


Hani mencuri lihat jam tangannya. Sudah setengah jam dia berdiri kaku di hadapan bangunan tempat penginapannya dan waktu itu jugalah tertayang figura Jae il yang baru meluru ke arahnya

"Janji chapati betul!" Sindir Hani tepat pada Jae il. Lelaki itu hanya mendengus kasar

"Aku bukan macam kau, bangun tengahari buta..aku ada kerja dan kau perlu tau itu" Jae il menyindir semula pada Hani

Hani menjelirkan lidahnya, mengejek "sekurang kurangnya saya menepati masa. Janji saya ditepati, bukan macam awak..janji di chapati"

"Suka hati kaulah nak cakap apa.."

Hani menjeling Jae il kejap. Dilihat lelaki itu sepertinya runsing akan sesuatu

"Awak tak sihat ke?" Hani berasa khuatir melihat wajah gusar Jae il

Jae il tidak menjawab, soalan Hani dibiarkan sepi. Fikirannya benar benar terganggu.

"Dah berapa lama kau kat sini?" Tiba tiba Jae il mengutarakan soalan tersebut

"Err..sebulan,kenapa?"

"Tstt..hanya dalam sebulan kau boleh cetuskan masalah.." perlahan Jae il menuturkannya seakan menyindir. Hani yang mendengar terjeda seketika

"A..apa yang saya cetuskan..?" Gugup Hani menyoal

Jae il menggeleng."aku seorang yang amanah dan taat. Jadi kau lupakan apa yang aku cakap tadi."

Hani diam. Fikirannya cuba mentafsir maksud lelaki itu. Apa salah dia dan apa masalah yang telah dia lakukan?

Tanpa dia ketahui apa apa dia dituduh sebagai pencetus masalah. Adakah ini hanya permainan Jae il yang mahu mengenakannya?

"Awak bergurau?" Penuh berhati hati Hani bersuara seakan takut mahu mendengarkan jawapan yang bakal diterimanya

"Kau rasa aku bergurau?" Jae il menayangkan pandangan tajam khas buat Hani yang berada di sisinya

Hani tunduk menekur lantai. Dia benar benar keliru. Apa salah yang telah dia lakukan?

Sesekali terdengar Jae il berdehem kasar. "Kau nak ke mana hari ini?" Soal Jae il

Hani mendongak sedikit menatap wajah Jae il. "Tak tahu" perlahan dan tidak bermaya Hani menjawab

Jae il berdecit perlahan. Kedua dua tanganya diselukkan kedalam poket seluarnya

"Awak.." ujar Hani sambil menundukkan kepalanya memandang sepasang kaki milik Jae il

Jae il tidak memberikan sebarang respon hanya sepasang matanya menatap tepat wajah Hani

"Apa salah saya?" Lemah Hani menyoal. Kata kata Jae il sebentar tadi benar benar merosakkan moodnya sekaligus menjatuhkan semangatnya.

Jae il tidak menjawab. Matanya masih melekat pada wajah Hani.

"Jawab, Jae il" rayu Hani

"Tak..tak ada salah" Jae il membalas dalam nada malas

"Bohong!" Sedikit tinggi suara Hani membuatkan orang yang lalu lalang memandang mereka

"Kalau kau tahu aku bohong, jadi jangan tanya atau aku akan terus berbohong pada kau" keras Jae il bersuara

Hani mengeluh lemah. Dia perlu cari tahu mengenai semua ini. Lagi lagi bila hal ini di kaitkan dengan namanya. Ya,dia perlu!

"Saya naik bilik dulu.." Hani berpusing memasuki lobi hotel lantas menaiki lift sebelum menuju ke biliknya

Sementara Jae il hanya melihat langkah Hani yang sudah hilang dari pandangan.

"Kau tak perlu tahu semua ini..dan ini adalah arahan yang aku terima" Jae il berkata perlahan.

Telefon milik Jae il berdering lantas lelaki itu mengangkat panggilan yang di terimanya

Serius sahaja muka Jae il ketika mendengarkan kata kata si pemanggil

"iya iya..aku datang sekarang" hanya itu yang Jae il balas. Lelaki itu kemudiannya membuka langkah seribu untuk berjumpa dengan si pemanggil






--- ---

Hani mengetuk perlahan telefonnya seakan menunggu panggilan. Keluhan dilepaskan perlahan seiring dengan deruan nafasnya

Tidak betah untuk menunggu, Hani membuat video call. Panggilannya bersambung dan terpampang lah senyuman miliknya

"Hai ma...i miss u so much" Hani menyangkan wajah sedihnya bersama lambaian mesra

"Alahai anak mama ni..rindu mama ye? Kenapa baru sekarang nak vc mama?" Soal Puan Hana menunjukkan riak gembira

"I thought u're busy settle down your works" ujar Hani dalam nada serba salah

Kedengaran suara Puan Hana gelak di talian

"Ma...bila nak teman Hani kat sini?"

"I am sorry my dear.. i can't.."

Hani mengeluh lemah

"tapi mama dah janji kan nak teman Hani kat sini" Hani mengingatkan semula kata kata Puan Hana sebelum meninggalkannya bersendirian di Seoul

"hurmm..how's Jae il? Are u okay with him? Did u bother him ? "

Hani memberi riak bosan "okay je..tak ada yang tak okay"

"Are u sure? Your face express well my dear" sakat Puan Hana

"Yes ma, i am very sure..Now, can we not talk about him?"

"So, anak mama ni nak cakap pasal apa?" Ujar Puan Hana melayankan karenah anaknya

"Hani nak tanya, mama ada sembunyikan sesuatu dari Hani ke?" Soal Hani ingin tahu

Puan Hana hanya menggeleng perlahan.

"Kenapa? Kamu rasa mama ada sembunyikan sesuatu dari kamu ke?"

Kali ini Hani pula menggeleng "Tak. Hani saja tanya."

"My dear..mama nak kena uruskan fail kerja. Can we talk later?" Puan Hana mempamerkan wajah manis

"Sure ma..bye" Hani melambai kecil sebelum menamatkan video callnya

Wanted GirlWhere stories live. Discover now