Wanted Girl 4 - Debar

23 1 14
                                    

"Amboi..busy je dengan phone tu.. Chit chat dengan pakwe ke?" Soal Zety yang hendak melabuhkan punggungnya di sebelah Hani

Mug bergambar kartun dihulurkan pada Hani. Sambutan berbalas. Hani mendaratkan mug berisi jus oren itu di atas meja.

"Thanks." Balas Hani. Matanya kembali kearah telephone pintarnya

"Busy eh?" Soal Zety inginkan kepastian

Hani mengerling Zety kejap. Lantas gelengan diberikan

"Kejap eh." Pinta Hani. Sesudah itu phone di tutup setelah selesai berbual di aplikasi whatsapp

"Ada apa apa yang kau nak cerita ke?" Soal Hani pada Zety.

Bukan main laju Zety mengangguk. Teruja benar nampaknya

"Pasal apa?" Ujar Hani

"Semalam kan..aku terlanggar dengan someone ni. And kau tau tak orang yang aku bumped tu handsome as hell" ujar Zety sungguh sungguh

"eh kau ni. Handsome as hell bagai. Over la." Ujar Hani tak berminat

"Srs Hani. Handsome sangat. Ex aku pon kalah kau tau. Dahla tinggi kacak pulak tu." Zety sudah berada di puncak keangauan

"Huh..sekali gigi jongang!" Hambur Hani bersama tawa. Gambaran yang diberikan Zety padanya hanyalah sia sia

Otak Hani langsung tidak menggambarkan kata kata Zety malah jenaka yang dibuatnya

"Ish kau ni! Aku srs la" rajuk Zety

"Sorry..sorry....sorry okey?" Pujuk Hani. Zety kalau dah merajuk lepastu tak dipujuk mahu sebulan anginnya baru baik

"Okey okey! Back to the story" Balas Zety.

"Muka lelaki tu kan macam ada mix tau" sambung Zety teruja

"Ada macam kingcoco ke?" Sampuk Hani seakan mengejek

Jelingan maut dilemparkan oleh Zety
Hani menyengih. Sedar akan keterlanjurannya mengutuk lelaki yang diminati Zety

"Kalau kau jumpa dia lagi kau nak buat apa?" Soal Hani

"Aku nak couple dengan dia" balas Zety

Hani mengangguk faham. "Gatal jugak kau ye" usik Hani

Zety hanya mempamerkan riak bangga.



DINGDONG🎵

Hani dan Zety memandang ke arah pintu. Mata mereka bertentang. Seakan berlawan mata. Puan Hana dah pulang dari perjumpaan kawan kawan ke?

DINGDONG🎵

Hani bangun dari duduknya. Memandangkan dia tuan rumah, wajiblah dia yang menyambut tetamu tak diundang

Pintu dibuka. Tersembul lah wajah mulus Iris disebalik pintu

Tanpa dipelawa masuk, iris berjalan kearah ruang tamu.

"Eh kau ni. Ada apa datang sini?" Ujar Hani pada Iris. Pintu rumah dibiarkan terbuka memberi angin masuk.

"Aku ada berita gempak nak bagitau kau---

"Sampai tak boleh whatsapp?" Potong Hani.

"Tak! Berita ni kena sampai dari mulut aku sendiri.." balas Iris sambil matanya mencuri pandang ke arah Zety

Lirikan mata di hantar kepada Hani.

"Kenalkan di sepupu aku, Zety." Ujar Hani pada Iris seakan faham makna lirikan mata tersebut. Mereka berjalan ke arah sofa yang diduduki Zety

Zety senyum manis sambil menghulurkan tangan. Iris menyambut dengan senyuman

"Iris." Ujar iris mengenalkan dirinya pada Zety. Ramah saja nadanya

"Ha..berita apa yang gempak sangat tu?"
Hani menyoal pada Iris.

Iris melirikkan matanya pada Zety. Seakan faham, Zety bangun lantas menuju ke tingkat atas

"Sambung balik cepat" gesa Hani

"Si Mika kata dia dah fallen in love weyh!
Aku tercuri dengar perbualan dia dengan Adam. Srs aku terkejut. Aku rasa dia tangkap cintan dengan kau la..oyemjii" ujar Iris bersungguh sungguh sambil sempat berfangirl

"Hah?" Terkejut beruk Hani. Serasa terapung dirinya tika ini. Betulkah apa yang baru didengarnya?

"Ia weyh! Aku dengar dia cakap yang dia jatuh cinta sejak pandang pertama" tokok Iris teruja.

"Kau percaya la cakap aku. Kejap lagi mesti dia datang. Dia ada cakap dia nak datang rumah kau sebab nk jumpa kau itu yang aku rushing serbu rumah kau dulu" ujar Iris

"Biar betul ris?" Hani seakan tidak percaya dengan kenyataan sekarang

"Ia.." ujar Iris beserta anggukan.

"Maknanya --

"Kau tak bertepuk sebelah tangan lah!" Iris menyambung ayat Hani yang tergantung itu

Hani dan Iris tersenyum suka

"Aku macam tak percaya lah" ujar Hani sedikit teruja

Iris mengangguk. "Kau patut percaya. Ini kenyataan"

Hani sudah berada didalam dunianya.









"HANI!!!" jerit satu suara yang amat dikenali oleh iris dan Hani sekaligus mematikan lamunan Hani

Lantas mereka berdua terbangun dari duduk. Kelihatan Mika dan Adam berada di hadapan pintu rumahnya

Hani dan Iris mendekati mereka. Seakan mahu tercabut jantung Hani bila teringatkan kata kata Iris tadi.

Mika dan Adam tiba tiba terpana. Riak wajah mereka menunjukkan mereka benar benar terkejut.

"My angel" ujar Mika perlahan. Matanya tajam memandang ke arah Hani. Menikam jiwa Hani.

Mata milik Hani sudah membulat tak percaya. Jadi benarlah kata kata Iris tadi?

Mika mengatur langkah mendekati Hani dan Iris. Jantung Hani berdegup pantas dari kebiasaannya

Mika makin mendekat. Adam pula hanya statik pada kedudukannya.

Kaki Hani seakan terlekat. Adakah ini pengakhiran penantiannya selama ini?

"U're so beautiful" ujar Mika lagi.
Hani sudah mahu pitam akibat menerima tekanan jiwa dari Mika. Mukanya membahang merah. Adakah ini benar belaka?

Saat Mika benar benar di hadapannya, bahu kiri miliknya ditolak perlahan. Memisahkan jarak antara dia dan Iris sekaligus membuka jalan ke arah dapur

Mika sambung mengatur langkah ke arah belakangnya. Tidak sesaat pon Mika memandang ke arahnya.

"Eh?"

Wanted GirlWhere stories live. Discover now