"Awak..."seru Hani perlahanJae il tidak membalas, sekadar memerhati tindak tanduk Hani
"Saya...." hani mendongakkan kepalanya memandang tepat kearah Jae il
"Urmm..saya nak balik" ujar Hani tiba tiba. Hasil lukisan di tangan nya di letakkan diatas meja. Kanak kanak perempuan itu tadi sudah duduk menyambung lukisan lainnya
"Balik?" Soal Jae il keliru. Pelik dengan kata kata Hani yg tidak jelas. Nak balik??..Balik Malaysia ke maksudnya?
"umm..saya nak amik angin dekat luar pulak..jalan jalan" terang Hani lanjut setelah melihat wajah Jae il berkerut seribu
Jae il mengangguk faham...."jom"
Setelah mereka melambai tangan ke arah Jae hyi dan kanak kanak di tadika tersebut, Hani dan Jae il meneruskan perjalanan mereka berjalan jalan di sekitar kawasan tersebut
"Honestly saya rindu pulak dkat Malaysia." Ujar Hani
"Kalau waktu waktu macam ni saya still lagi keluar dengan Iris." Sambung Hani
Jae il hanya mendengar.
"Kau tak vc dia?" Soal Jae il memberi idea
"Dah..tapi tak angkat. Busy mungkin" jawab Hani sedikit hampa
"Mungkin" ujar Jae il sambil membuat gaya bahu terangkat. Malas mahu ambil tahu dengan lebih lanjut
"Eh?"
"Apa eh eh ?" Sindir Jae il
"Alahai..marah ye?" Soal Hani
"Ada aku cakap macam tu?" Seperti biasa..soalan berbalas soalan
"Semalam awak baik je. Kan bagus kalau awak baik macam semalam. Walaupun semalam pon awak tak adalah baik sangat" pujian bercampur sindiran dilemparkan
"Semalam adalah semalam. Kau masih ingat 5 syarat utama aku?"
Hani menjulingkan kedua matanya ke atas. Annoying..."kenapa?"
Jae il menggeleng "tak ada apa. Saja tanya"
Hani mengecilkan matanya seakan mencari maksud kata kata lelaki itu
"Dah tak payah nak tenung aku macam tu. Hari ni kita makan angin."
"Makan angin? itu aja? Bosannya aduhai." keluh Hani
"Keputusan aku muktamad. Itu syarat kelima" balas Jae il
"Eleh..berlagak dengan syarat dia tu..ingat aku heran? Tak apa, nanti kalau aku dah tau selok belok sini, jangan harap kita boleh bersemuka lagi" kutuk Hani perlahan
"Sudah sudah la tu mengutuk aku..even aku tak dengar, tuhan tu maha mendengar..sekadar mengingatkan" ujar Jae il yang berada selangkah di hadapannya
Hani menjelirkan lidahnya dari arah belakang Jae il
"Sikit sikit aku yang kena balik. Dia dok kenakan aku tak ada pulak kaitkan dengan dosa dan pahala semua" bebel Hani melepaskan rasa yang terbuku
Hani hanya mengikut jejak Jae il memandangkan Jae il lebih pakar mengenai kawasan tersebut
"Kau ada nak beli apa apa kat sini?" Soal Jae il sedikit kuat memandangkan dia berjalan di hadapan
Jae il berasa hairan kerana tidak menerima sebarang jawapan lantas dipusingkan tubuhnya ke arah belakang
Membulat mata Jae il saat melihatkan ketiadaan Hani dibelakangnya. Dipandang sekeliling mencari keberadaan Hani
Muka Jae il sudah menunjukkan riak cemas. "Hani!!" Laung Jae il tidak peduli pandangan orang sekeliling terhadapnya
YOU ARE READING
Wanted Girl
Romance"He might look cold and arrogant but he is my man. The one and only." - Hani "Words can't describe my feelings. If you feel it, you'll know it." - Jae il "I'm not deserved this and i know it but he's gone and surely he doesn't want to see you like t...