"Hani!.." laung satu suara yang pastinya mengenali HaniHani menoleh mencari arah suara tersebut. Seketika kemudian Hani mengukir senyuman
"Oitt! Makin gemuk kau eh?" Gurau Hani sambil mencucuk cucuk pinggang milik Iris.
"Gemuk kau kata? Weyh, dah cukup kurus kau tau tak.." adu Iris
"Kau ni ris, aku gurau je la..lambat la kau ni" Hani membalas dengan tawanya
"Eh kau datang tak petang nanti?" Soal Iris
Hani mengangkat bahu tanda belum pasti
"Bosan la kalau pergi pon.." rungut Hani
"Adoiiiii" laung Hani kuat. Kedua belah pipi miliknya di cubit dari arah belakang dengan kuat..
Iris hanya tergelak. Gelak? Boleh dia gelak?
"Adoiii" Hani memukul tangan tersebut. Pipinya terasa pedih.
Akhirnya cubitan tersebut terlepas jua. Hani menggosok pipinya bagi menghilangkan bisa.
Merah habis pipi milik Hani.
Hani menoleh memandang tajam gerangan yang seberaninya mencubit pipi nya"Mika!!!!" Hani lantas rambut milik Mika ditarik kuat
"Wo wo wo.. relaks dude. " ujar Adam sambil mencuba meleraikan genggaman Hani pada rambut Mika
Kelihatan Mika mengetap giginya bagi menahan perit yang mencucuk cucuk di sekitar kepalanya. Entah berapa banyak rambutnya gugur kali ini.
Cengkaman di rambut Mika dilepaskan. Muka puas ditayangkan.
"Baru adil" ujar Hani puas.
"Puas sekarang?" Soal Mika bersama senyuman sinis
Hani angguk. Inilah diri mereka, persahabatan yang rapat sejak kecil menjadikan mereka mengenali satu sama lain. Tiada rahsia yang disimpan antara mereka.
Terlalu faham akan perangai masing masing hinggakan tiada perselisihan faham berlaku.
PPAP!
Hani memegang pipi kirinya yang baru di tampar manja oleh Mika
"Sakit lagi?" Soal Mika. Prihatin. Disertakan muka tak bersalah bersama riak wajah yang risau. Puihh!
"Kalau sakit pun perlu ke kau tambah lagi sakit aku ni?" Sindir Hani. Geram
Mika, Adam dan Iris tertawa.
"Aku ada buat lawak ke?" Sindir Hani lagi
"Aduh kau ni. Angin monsun tetiba datang ni asal? Period ke?" Soal Adam tanpa berlapik
Hani sudah membahang bukan kerana malu tapi sebab geram dengan mulut cabul milik Adam
"Kau jangan sampai aku rendam kau dalam mangkuk tandas" Ujar Hani mengugut
Sekali lagi mereka tertawa
"Lek ah Hani. Jangan la cepat koyak "
Ujar Iris pula"Tak ade nya nak koyak, ingat aku ni hati tisu?" Balas Hani
"Ha..macam tu la Hani aku" sampuk Mika.
Hani terdiam , seketika dia berada dalam khayalan mindanya.
"Oi..mengelamun pulak!" Ujar Adam.
"Ha? Apa dia?" Balas Hani. Sedar akan sikap khayalan nya
"Kau pergi tak petang ni?" Adam menyoal
Semua mata kini bertumpu pada Hani
"Err..tak..err..pergi..err" Hani menggigit bibirnya. Tak terkeluar jawapan dari mulutnya
"Apa yang err..tak..err..pergi nya? Mana satu ni?"
"Tak. Hani tak boleh pergi. Petang ni dia ada guest dari China" sampuk satu suara yang amat mereka kenali
"Eh..assalamualaikum mama!." Ujar mereka semua penuh hormat
"Waalaikumussalam. Maaf la ye, Hani tak dapat join korang petang ni. Ada tetamu." Ujar Puan Hana selaku mama kepada Hani
"Eh tak pe ma,.. Kitorang tak ada hal punya. " balas Adam ramah
"Heh, tak ada hal konon. Propa je semua ni ma...jangan percaya muka acah suci dia tu" Sindir Hani sambil tertawa riang.
"Hani!" ujar Mika dan Adam serentak
Hani tersengih menampakkan giginya yang sudah pasti putih. Kelibat Puan Hana sudah menghilang setelah tertawa dengan kata kata anak daranya.
"Eh ris. Kau join kan?" Soal Mika
"A'ah.. tapi minah ni pulak tak ada. Bosan weiyh nanti" ujar Iris sambil menunjukan kata katanya pada Hani
"Kah kah kah.. ketandusan dan kepupusan la kau disebabkan kereputan.
Mereput beb.. ha ha ha ha" usik Hani bersama tawa yang di buat buat jahatAdam dan Mika tersengih
"Tak pe Ris. Kitorang kan ada" ujar Adam
"Heh! Kau? Memang tak la. Game start je terus lesap" sindir Hani pedas
"Eh mana ada" bantah Adam
"Kau duduk area kitorang je nanti Ris" arah Mika. Nak dengarkan si Hani dan Adam berlawan kata memang sampai kesudah tak ada penghujungnya
"Okey la macam tu. Bagus jugak" sambut Iris senang hati.
"Apa apa pon enjoy la tengok game nanti" Sorak Hani.
"Kau sindir ke apa?" Ujar Iris
"Iya dan tidak" balas Hani mudah
"🎤Sapa makan cili dia rasa pedas, sapa rasa pedas kata aku cakap lepas..
amboi amboi amboi..amboi amboi amboi..amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi..🎤" tanpa dipinta Adam mendendangkan lagu AmboiAkhirnya mereka tertawa kuat dengan jenaka Adam.
YOU ARE READING
Wanted Girl
Romance"He might look cold and arrogant but he is my man. The one and only." - Hani "Words can't describe my feelings. If you feel it, you'll know it." - Jae il "I'm not deserved this and i know it but he's gone and surely he doesn't want to see you like t...