Hani melangkah perlahan ke arah Puan Hana yang leka menyediakan sarapan pagi.
"Selamat pagi ma" ujar Hani sambil memeluk Puan Hana dari arah belakang
Puan Hana sedikit terlompat kesan daripada terkejut..
"Ya tuhan, terkejut mama! Nasib aja mama kamu ni tak ada sakit jantung tahu tak.." bebel Puan Hana sambil memukul perlahan bahu Hani berkali kali
Hani menepis lembut tangan Puan Hana lantas menggosok bahunya yang terasa sedikit bisa
"Dah mari duduk makan.." pelawa Puan Hana. Hani mengangguk pantas. Bab makan memang laju
Puan Hana menyedokkan Hani mihun goreng ke dalam pinggan lantas menyerahkan pada Hani
"Wah..mihun!!" Teruja Hani. Excited macam dah lama sangat tak jumpa mihun
Puan Hana hanya tersenyum "mama tahu kamu mesti rindu makanan Malaysia kan?"
Hani angguk setuju. Setelah itu, Hani mula menjamah mihun
"Mana Jae il? Pergi panggil dia..kita makan sekali" Puan Hana melilaukan matanya mencari kelibat Jae il
"Vave havi vavu" dengan mulut yang penuh mihun Hani berusaha menjawab
Puan Hana memukul bahu anak perempuannya yang tak ada serupa perangai perempuan itu
"Eish kamu ni! Makan tu cuba beradab sikit" marah Puan Hana
Hani mengunyah mihunnya sebelum tangannya menggapai laju gelas berisi jus lantas diteguknya laju
"Pergi panggil Jae il cepat" arah Puan Hana
Hani menunjukkan muka malas. Nak tak nak, Hani bangun juga lantas bergerak ke luar rumah
"Ish melampau betul lah dia ni..nak makan pun kena pelawa. Apa dia ingat dia tu anak raja agaknya nak kena panggil dia makan bagai..keterlaluan tahu! Elak aku ganyang dengan batu lesung aje mamat tu" Hani membebel panjang sambil mencari Jae il
"Mana dia ni? Merayau je tahunya..kalau aku merayau bukan main marah. Dia pikir aku ni bibik dia agaknya nak kena panggil makan..ish" Hani tak berhenti membebel dan merungut
"jae il!! Awak kat mana? Mama panggil makan" jerit Hani
Diam. Tiada sahutan.
"Jae il!!! Janganlah main sorok sorok! Saya malas nak mencari awak. Saya janji lepas makan kita main sorok sorok eh.." pujuk Hani. Kedengaran seperti ayat kurang siuman saja
Hani mengeluh. "Apa lah yang aku buat ni" rungut Hani perlahan sambil menendang kuat pasir halus dihadapannya
Habis berdebu tanah jadinya. Hani leka memerhatikan pasir dihadapannya yang berdebu. Otaknya ligat memikirkan mihun buatan Puan Hana yang semestinya sedap
"Ada apa kau panggil aku?"
Hani mendongak memandang hadapan
"Mama panggil makan..awak kemana hah? Saya jerit tak menjawab..awak ada masalah pendengaran eh?" Selamba Hani menyindir
Jae il menilik jam tangannya
"Dah jom masuk" arah Jae il. Soalan Hani tadi dibiarkan
Jae il melangkah masuk kedalam rumah tanpa rasa bersalah malah lelaki itu siap menayangkan wajah biasa
"Jebon betul! Bukan nak berterima kasih.." kutuk Hani sebelum dia juga turut melangkah memasuki rumah
Dengan riak biasa, Hani mengambil tempatnya semula. Makannya yang tergendala tadi disambung semula tanpa menghiraukan orang dihadapannya
"Ha, jae il.. mari makan" pelawa Puan Hana mesra
Jae il menunduk hormat sebelum tersenyum manis
"Kamu tak makan mihun ke?" Soal Puan Hana bimbang
Belum sempat Jae il mahu menjawab, Hani terlebih dahulu menyampuk
"Ceitt, Mengada! Ada beza ke tekak orang Asia ni ma? Setahu Hani, semua sama je..bukannya boleh check in ICU pon kalau makan mihun, kan ma?" Sindir Hani padu
Jae il tersengih sinis "well..kau pasti aku ni orang Asia tulen? Hmm?"
Hani mengherotkan mulutnya,menyampah dengan statement Jae il
"Asal pulak saya tak pasti"
"Hish..sudah sudahla tu bergaduh..depan rezeki ni tahu tak..tak baik" nasihat Puan Hana melihatkan perbalahan dihadapannya
Hani diam begitu juga Jae il.
Puan Hana pantas mencedokkan Jae il sepinggan mihun lantas diberikan pada lelaki itu. Hani yang memerhati menjeling kearah Jae il
"Terima kasih" ucap Jae il penuh hormat
Puan Hana tersenyum manis sambil mengangguk. Mereka bertiga kemudiannya makan dengan penuh berselera
"Jae il..macam mana keadaan sekarang?" Tiba tiba Puan Hana menyoal Jae il
Hani diam dan mendengar.
Jae il angguk " not bad. Tapi masih dalam pengawasan kami"
"Agaknya memang ambil masa lah ni?"
"Ye, Puan." Sahut Jae il
Hani yang tidak tahu apa apa berasa musykil.
"Mama cakap pasal apa ni?" Soal Hani
Puan Hana menggeleng "pasal kerja"
"Pasal kerja? Srsly,ma?" Soal Hani musykil. Matanya tajam menikam sepasang mata milik Jae il seakan menyuruh lelaki itu menjelaskannya
"Dah, sambung makan. Jangan nak sibuk hal orang" arah Jae il tegas
Hani menurut dalam keterpaksaan. Manakala Puan Hana sudah tersenyum melihat wajah anaknya yang masam menurut perintah Jae il
Puan Hana merasakan perubahan dalam diri anaknya iaitu menurut arahan. Kini anaknya itu tidak banyak membentak dan melawan jika di beri arahan.
Puan Hana suka melihatkan perubahan itu. Siapa je yang tak suka melihat anak sendiri berubah kearah kebaikan.
YOU ARE READING
Wanted Girl
Romance"He might look cold and arrogant but he is my man. The one and only." - Hani "Words can't describe my feelings. If you feel it, you'll know it." - Jae il "I'm not deserved this and i know it but he's gone and surely he doesn't want to see you like t...