Wanted Girl 14 - Menjawab

11 0 0
                                    


Hani mencapai topi nya yang nyaris terjatuh. "Nasib tak jatuh" ujarnya perlahan

Hani merenung langit yang luas terbentang dihiasi bintang bintang yang terang menyinari waktu malam

"Malam yang tenang di korea" Hani menghembuskan nafasnya sambil tersenyum manis

Kawasan hotel itu dipandang. Sudah seminggu dia menginap di situ jadi tidak ada masalah jika dia mahu berjalan di sekitar kawasan itu

Hani sudah tahu selok belok kawasan tersebut. Pasti tidak akan tersesat.

Kedai kedai serbaneka masih terbuka walaupun hari sudah gelap. Lampu jalan yang terang menjadikan Hani lebih berani. Ianya seakan menerangi jalan Hani

"7 eleven? Hmm..menarik" Hani memuji saat terlihat kedai 7eleven di kawasan tersebut

Diteruskan langkahnya memerhati kawasan sekeliling. "Wah..cantiknya baju ni"

Hani tertarik pada sehelai baju agak style. Warna pastel terhadap baju itu menaikkan lagi keanggunan si pemakai

Hani sudah berkira kira mahu membeli sebelum Hani sedar akan sesuatu

"Err..nak cakap macam mana eh?"

"Mmm..cakap je la dalam inggeris. Tak salah pon kan..biar aku cuba dulu" Hani berkata kata pada dirinya

"Excuse me!..i want this" ujar Hani sopan sambil menghulurkan baju tersebut

Hembusan nafas kelegaan Hani lepaskan "nasib dia faham."

"How much?" Soal Hani apabila mahu membuat bayaran

Pemilik kedai tersebut menunjukkan angka 12 dan 3 angka kosong kepada Hani berserta senyuman. Seakan faham Hani tidak mahir berbahasa.

Hani lantas mengangguk

"12000 won" ujar Hani sambil menghulurkan wang tersebut kepadanya

Dia kemudiannya melipat dua duit tersebut. Hani tahu sebab mereka berbuat sedemikian. Mereka melipat dua duit tersebut untuk memastikan duit tersebut benar dan bukannya cetakan palsu

Itupun berkat info dari Jae il yang baik hati memberitahunya mengenai itu.

"Thank you" ucap Hani

Pemilik kedai itu hanya senyum

"Huh! Berjaya dalam percubaan pertama..hebat jugak" Hani memuji diri sendiri. Sedang asyik berbangga dengan diri sendiri, Hani mengaduh kesakitan

Bahu kirinya diusap perlahan. "Uah..kuat betul impak dia" bebel Hani berbisik pada dirinya

Hani kemudiannya mendongak memandang orang yang melanggarnya.
Seorang lelaki yang menayangkan muka tak bersalah di sertakan kening terangkat sebelah dengan kedua tangannya diselukkan kedalam poket seluar

Gaya yang agak biadap. Hani memandang maut terhadap lelaki tersebut

Tidak lama itu, Hani mengukir senyuman yang manis bak gula

"tak sangka aku ni halimunan.." ujar Hani berkata kepada dirinya sendiri

Lelaki itu kemudiannya berdecit "kau perli aku?"

"Eh?? Awak boleh nampak saya?" Hani meluncurkan soalan kurang wayar kepada lelaki tersebut

"Jangan buat soalan kurang bijak kau la..apa kau ingat aku ni buta?" Soal nya

Hani tertawa sinis "lahai..saya ingat yang saya ni halimunan.." jawab Hani mudah

Dia kemudiannya berdehem perlahan "sekadar pembetulan En Jae il, saya tak cakap yang encik ni buta..
cuma,iyalah..saya sangkakan saya ni halimunan..itu sahaja" jelas Hani beserta senyuman

Lelaki yang melanggarnya itu adalah Jae il. Wajarlah Hani bertutur dalam bahasa melayu

Jae il merenung Hani tajam seakan mahu menelannya hidup hidup. Grrr

"Saya tahu muka saya ni baru tumbuh jerawat..tapi rasanya tak perlulah En Jae il merenung muka saya sebegitu sekali..
Takut pulak jerawat kat muka saya ni tergoda dekat Encik lepastu dia pindah ke muka Encik pulak" selamba Hani menuturkannya

Jae il ketawa kecil "takut jerawat tergoda? Ke takut engkau yang tergoda?"

"Saya tergoda? Heh..dengan muka yang" Hani memberhentikan kata katanya. Dia kemudiannya menggaru kepala yang sedia gatal.

"Kalau saya teruskan cakap dah kira menghina ciptaan tuhan, betul tak?
Jadi..konklusinya, saya langsung tak tergoda dengan awak..full stop." Sambung Hani penuh rasa yakin

Jatuh cinta terhadap Jae il..Hani langsung tak pernah terdetik untuk fikirkannya.

Rasa cintanya masih lagi berbaki buat Mika walaupun dia tahu yang Mika tak akan memilihnya sebagai teman hidup. Cukup pertalian antara mereka sekadar rakan karib

"Kenapa kau tak inform aku yang kau nak keluar?"

Hani mengeluh "lupa"

"Lupa? Itu aje yang kau boleh cakap? Wah wah wah..dah lama hidup?" Balas Jae il

"Lama la jugak..dah nak masuk 23 tahun hidup kat muka bumi ni" Hani membalas kata kata Jae il

Jae il menghembuskan nafasnya kuat. Seakan melepaskan geram dan marah melalui saluran pernafasan. Nasib saja tak keluar asap yang menunjukkan dirinya yang berapi ketika itu

"Dah jom balik. Kau dah beli apa yang kau nak kan? Jom balik hotel" ajak Jae il cuba berlembut.

Hani mengangguk perlahan. Mereka berjalan beriringan menuju ke tempat penginapan.

"Jae il..awak pernah tak suka dekat someone" lembut Hani menyoal ketika mereka berjalan

Wajah Jae il dipandang dari tepi. Lelaki itu hanya mempamerkan riak biasa

"Semua orang ada perasaan. Tapi tak semua orang boleh dapat apa yang dia suka..sama jugak kalau kau beli kasut..

Kau suka dengan kasut tu sebab ianya limited edision..sayangnya kasut yang kau nakkan sangat tu tak ada size kau. Apa yang kau akan buat? Takkan nak memberontak seakan anak kecil.. nak tak nak kau kena terima yang ianya bukan rezeki kau.." Terang Jae il

Hani angguk faham. Hani sedar yang Jae il memang suka mengaitkan sesuatu dalam kata katanya..sama seperti sebelum ini ketika dia menyoalkan tentang rasa jagung rebus

Jae il membalas dengan mengaitkan soal negeri. Hani suka mendengar apabila Jae il berkata kata. Ini kerana lelaki itu bijak dan petah dalam mengulas sesebuah ayat..

"Kenapa kau tanya?" Kali ini Jae il pula menyoal.

Hani tidak menjawab. Dia kemudiannya menundukkan kepala memandang jalan. Batu batu kecil disepaknya perlahan.

"Kenapa saya tanya? Uhm, saya pun tak tahu kenapa saya tanya" Ulas Hani

"Tipu" bisik Jae il perlahan beserta decitan.

Hani memandang sekilas ke arah Jae il sebelum menyepak batu kecil sedikit kuat

"iya..saya tipu" Hani mengaku tanpa gusar

"Aku tau" balas Jae il tak berperasaan

"Dan awak tak perlu tau" pantas Hani bersuara kembali

"Aku pun tau yang itu."

"Baguslah" jawab Hani

"Tapi aku tau yang kau akan ceritakan semuanya dekat aku jugak nanti..
Dan pastinya aku tunggu detik itu" yakin Jae il berkata

Wanted GirlWhere stories live. Discover now