Introduction

3.5K 84 4
                                    

Aku, Durar Faid bin Abdullah. Aku anak kepada pemilik Syarikat FE Snd. Bhd, Datuk Mohd Faizrul dan salah seorang pemilik butik muslimah Datin Nur Emmalynn. Rasa macam familiar nama tu? Memang la, parent aku dah muncul dalam cerita diorang sendiri (Mr. Bisexual) & cerita ayah angkat aku (BeNny : Him & Her).

Ada yang pelik kenapa nama aku di binkan Abdullah bukan Mohd Faizrul? Kalau nak tahu sila baca Mr. Bisexual. Ada jawapan kenapa dan mengapa kat situ. Hehehe...

Aku, walaupun mama dengan papa ada syarikat sendiri tapi aku lebih selesa dengan kerja aku sekarang. Aku, freelance photographer. Tapi aku bukan buat suka-suka je, aku buat ni sambil jana pendapatan sekali. Aku ada studio dan galeri sendiri. Walaupun tak besar, tapi cukup untuk aku kata aku bangga dengan pencapaian aku.

Aku ada adik perempuan. Namanya Diniy Emelia. Cerita adik aku ada di story ayah angkat aku je (Budak ni tak popular, tak macam abang dia.. Hahaha). Emy ni muda 6 tahun dari aku sebab tu dia punya tahap manja, perghh indescribable. Memang manja sangat budak kecik ni! Tapi aku sayang dia walaupun manja dia tahap petala.

Kalau nak diikutkan aku memang serba cukup. Ada kerjaya, family, duit (alhamdulillah), rupa (yang ni orang cakap, aku tak perasan sendiri ye...). Tapi satu je yang masih belum complete. Aku tak ada pasangan hidup.

Bukan aku tak nak, tapi ada sebab disebaliknya. Hurmm, nak cerita kat sini tak best pula. Korang baca la cerita ni, nanti Cik Author akan bagitahu.

Ok la, aku nak pergi ambil gambar dulu. Jumpa lagi nanti.

Tu cik heroin dah keluar, pergilah berkenalan ye... Bye!

***

Eh, mana Faid? Hilang lagi la tu..

Hi, nama saya Ain Maisarah. Panggil je Ain, simple. Saya anak tunggal. Ayah dan ibu dah meninggal dunia masa saya umur 11 tahun. Sejak tu, saya tinggal dengan mak cik.

Hidup menumpang ni bukannya best pun. Dilayan macam orang gaji, adalah. Tapi saya bukannya kaki menurut, macam Cinderella. Ada masanya saya melawan, dan hasilnya... Lebam satu badan. Hehehe..

Sebabkan sekolah setakat tingkatan 5, kerja pun tak mampulah saya memilih. Saya kerja di Coffee House berdekatan dengan Galeri Seni seorang hamba Allah yang kerek tu.

Tapi disebabkan perangai saya yang menggelabah, selalu saja saya dimarahi pengurus. Kadang-kadang sampai give up nak kerja. Tapi kalau duduk rumah, lagilah jadi mangsa mak cik.

Saya ni gadis biasa-biasa je. Bentuk badan, tak tahulah menarik ke tidak sebab tak pernah tahu macam mana potongan badan ideal. Hehehe... Saya cukup sifat (alhamdulillah), dan dihadiahkan dengan kecacatan yang cantik (lesung pipit). Spec mata jenis ugly betty. Ini bukan sebab ikut trend tapi memang ini je yang sesuai nak tutup wajah biasa-biasa ni.

Sepupu saya si Zahra tu dah nak kahwin. Sebabkan dia lagi muda dari saya so dekat rumah semua orang panggil saya 'nerd andartu'. Huh, kecik hati tau! Mentang-mentang la umur saya dah dekat 28 tahun.

Sejak jumpa dengan Mr. Hero ni, hidup saya yang kelam kabut bertambah tak centre. Tapi saya dapat rasa yang dia tunjukkan tu bukan diri dia yang sebenar. Dia berlindung disebalik satu topeng wajah.

Erm, boleh ke saya nak tengok disebalik topeng wajah dia tu? Mampu ke saya tahan kesakitan disebalik topeng tu? *sigh**sigh*

***

529 words.

Ok ke introduction ni??

Harap-harap mampu tulis yang terbaik untuk cerita ni..

Erm.. Stay with me, k..

Apa-apa pun, please comment & vote sbgai sokongan untuk saya ye..

Terima kasih.. 😘

Behind His Mask (ON HOLD)Where stories live. Discover now