BHM 3

1.3K 61 1
                                        

Faid leka dengan laptop di hadapannya. Setiap gambar diedit bagi menyerlahkan perinciannya.

"Your coffee, sir," suara lembut pelayan wanita Coffee House mengalihkan fokus Faid. Dia memandang si cantik yang sedang meletakkan cawan di hadapannya. Kemudian dia senyum dan mengucapkan terima kasih.

Asyik dengan kerjanya, Faid langsung tak sedar waktu berlalu. Tahu-tahu saja, dia angkat muka melihat persekitaran dan tersedar langit biru sudah berubah jingga.

Melirik sekilas ke jam di tangan, sah! Dah pukul 7.30 malam. Faid segera menekan butang icon save di sudut komputer sebelum dia meng'shutdown' komputer miliknya itu.

Latte coffee yang dipesannya tadi audah bertukar sejuk tapi dihirupnya juga. Lega rasa tekak yang kering. Selesai semuanya, dia mencapai beg laptopnya sebelum bangun dari kerusi.

"Ahh!" jeritnya perlahan sebelum terasa ada air panas di bahagian dadanya.

"Sorry... Sorry... Sorry... Saya tak sengaja," kalut si gadis memohon maaf. Dulang kecil ditangan dah diletakkan ke atas meja yang diduduki Faid tadi.

Tangannya teragak-agak mahu menyentuh bahagian yang basah itu. Sudahnya akibat kekalutan, tuala kecil yang tersangkut di bahu dilap ke tompokan air kopi pada baju putih Faid. Hasilnya...

Bukan makin bersih malah makin besar pulak tompokan kotoran di baju itu. Faid yang melihat, tergamam. Tak mampu nak ukir apa-apa riak di wajah. Baju kesayangan aku!😭

"Ain Maisarah! Masuk office sekarang," jerkahan kuat itu menyentakkan gadis itu dan Faid. Serta merta tangan yang mengelap baju Faid terhenti.

Dengan wajah menunduk, Ain berlalu ke pejabat Assistant Manager. Seakan tahu apa pengakhiran masalahnya, air mata Ain mula membasahi tubir matanya.

"Encik, saya minta maaf sangat-sangat. Bagi pihak pekerja saya, saya mohon Encik tidak ambil apa-apa tindakan pada kami," berdepan dengan Faid, serta merta suara garang tadi berubah lembut. Faid hanya menganggukkan kepalanya.

"Kami bayar ganti rugi pada Encik," melihat baju Faid yang kotor, lelaki itu menawarkan diri untuk membayar ganti rugi padanya. Faid renung bajunya sendiri.

"Tak apa Encik, saya tak kisah pun," tolak Faid. Malas mahu berbalah hanya kerana sehelai baju. Sehelai baju yang boleh dibeli lagi. Mungkin sentimental value nya berubah, tapi ahhh... Buat apa mengenang lagi cerita lama?

"Encik ke pejabat saya dulu, kita bincang," Faid kerut kening. Nak bincang apa lagi? Kan dia dah kata tak perlu.

Malas mahu bersoal jawab, Faid hanya mengangguk. Alang-alang dapat juga dia tahu apa jadi pada gadis yang menumpahkan coffee padanya. Bersama muka yang tidak beriak, Faid mengatur langkah ke pejabat yang dimasuki gadis tadi.

***

"Ada apa-apa yang awak nak cakap, Ain Maisarah" tanya lelaki berstatus Assistant Manager itu tegas. Matanya dicerunkan memandang gadis yang tertunduk lemah di sebelah Faid.

"Saya minta maaf, Encik. Saya tak sengaja," perlahan suara gadis itu kedengaran ditelinga Faid.

"Tu je alasan awak, kan? Tiap kali awak buat masalah, tiap kali tulah awak minta maaf. Lepas tu, esok lusa jadi lagi," makin meninggi oktaf suara lelaki itu. Faid hanya diam di kerusinya. Nak menyampuk, dia tahu dia tak patut. Lagi pun dari bicara si Assistant Manager, dia dapat rasakan gadis ini bermasalah. Kesian, harap muka dan nama saja cantik... Tapi perangai, hurmmm...

"Kali ni saya tak peduli. Malas saya nak ikut kehendak Manager. Kalau dibiarkan, esok lusa lingkup Coffee House ni!" serta merta kepala yang tertunduk mendongak. Air mata yang bergenang di tubir mata mula menitis. Ain Maisarah tahu apa maksud lelaki di hadapannya itu.

"Ni, notis 24jam. Mulai esok, tak payah datang kerja. Kau boleh balik!" sehelai surat diletakkan di hadapan Ain. Terkaku gadis itu. Mengambil tidak, menolak pun tidak. Dia hanya memandnag kosong surat itu.

"Tunggu apa lagi? Keluar la!" jerkahan lelaki itu mengejutkan Ain. Serta merta dia bangun, mencapai surat dan berlalu keluar. Hilang dayanya mahu memohon pertimbangan dari lelaki itu.

Melihat pintu yang ditutup dari luar, Faid kembali fokus pandangan pada lelaki di hadapannya. Dia dapat lihat lelaki itu melepaskan keluhan.

"Maaf Encik, terpaksa tengok masalah kami di pejabat ni. Tapi tulah, cuma dia sorang je yang bermasalah. Orang lain elok je buat kerja mereka. Dia je, yang... Entahlah, saya sendiri susah nak describe dia tu," Faid hanya mendengar. Malas mahu komen, dia tak kenal siapa mereka, jadi dia tak ada hak nak menghukum.

"Jadi, baju Encik..."

"Saya dah kata tadi, tak perlu ganti rugi," potong Faid. Riak wajah lelaki itu berubah.

"Tapi encik, baju Encik kotor. Baju mahal pula tu," dalih lelaki itu. Faid menggeleng.

"It's just a stain," keluh Faid. Apa yang dia ni nak sangat ganti baju aku ni, fikirnya.

"Saya cuma tak mahu reputasi Coffee House ni buruk sebab hal pekerja saya tadi," terang lelaki itu. Faid gelak sinis dalam hati.

Reputasi Coffee House ni buruk sebab kau sebagai Assistant Manager. Mana ada undang-undang yang membolehkan majikan memarahi atau menghukum pekerja depan orang lain? Tapi lelaki ini? Bukan setakat menjatuhkan reputasi Coffee House tapi menjatuhkan reputasinya sendiri sebagai ketua.

"I don't spread rumors, if you afraid about it," beritahu Faid sinis. Lelaki itu terdiam.

Faid bangun, malas mahu berlamaan di situ. Dia ada kerja lain yang perlu di selesaikan. Dia ada orang tua yang sedang menunggunya di rumah untuk makan malam. Dia perlu cepat.

"If there's nothing more, I shall make my way," ucap Faid dingin. Laju dia melangkahkan kaki keluar dari bilik lelaki itu.

Elok saja Faid sampai di keretanya, dia perasan gadis tadi berdiri di tepi pintu kereta. Mana pula dia tahu ni kereta aku?

"Ehemm" Faid menegur dengan deheman. Ain yang menunduk mengangkat wajah. Serta merta wajahnya berubah rona.

Faid angkat kening tanya kenapa. Riak wajah masih lagi tegang tanpa senyuman. Mahal sungguh senyuman lelaki bernama Durar Faid ni.

"Sa... Sa... Saya... Saya nak minta maaf," tergagap-gagap Ain menuturkan kata. Air mata masih mengalir macam hujan dipipi mulusnya.

Faid mengeluh perlahan. Kesian pula dia tengok gadis itu.

"Tak apalah, baju je pun. Bukan kena kulit aku pun," balas Faid dengan nada suara dingin. Ain getap bibir.

"Tapi sumpah, saya tak sengaja!" beritahu Ain sekali lagi. Faid menggeleng perlahan.

"Aku tahu kau tak sengaja. Tak payah risaulah, aku tak ambik apa-apa tindakan pun. Lagi pun, it's just a stain. Esok basuh, bersihlah,"

Faid perasan Ain tersenyum nipis. Air mata di pipi dilap kasar dengan tapak tangan.

"Terima kasih Encik," ucap Ain sambil menundukkan kepalanya. Faid kerut kening, dah macam duduk jepun pula rasanya.

Ain melepaskan keluhan kecil tapi masih mampu didengari Faid. Faid renung gadis dihadapannya itu.

Sedar dipandang  Faid, Ain terus berhenti mengelamun. Dia mengukir senyuman hambar sebelum meminta diri. Faid hanya memerhatikan langkah gadis itu yang menjauh.

Pelik, bisik hati kecilnya sendiri.

***

1066 words!

Please vote, comment & promote ye.. 😘

Till then,
TBC

Behind His Mask (ON HOLD)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang