Durar Faid.
Siapa tak kenal lelaki ini? Anak pemilik syarikat terkemuka di Malaysia. Tapi dia langsung tak ambil peluang. Dia bekerja sendiri sebagai seorang freelance photographer. Gambar hasil karyanya memang cantik. Dia berjaya mempunyai galeri s...
"Ain, untuk hari ni kita photoshoot baju pengantin ye," ayat yang keluar dari bibir Hanny buat Ain berpaling 180 darjah ke arah wanita elegen itu.
"Baju pengantin? Ain ke modelnya, auntie?" tanya Ain serba salah. Nak menolak sebenarnya, tapi kalau dah terpaksa dia turutkan jugalah.
"Iya sayang, Weeding Dreams baru tambah satu lagi idea baru. Baju pengantin plus size. So ni kira promotion la ni," beritahu Hanny lagi.
Weeding Dreams merupakan butik pengantin miliknya dan Emma. Anak kepada EmNy Couture.
Perlahan-lahan Ain angguk kepala tanda setuju.
Suka tak suka kena buat Ain. Kau dibayar gaji untuk ini. Redha je la.
FAID betulkan letak duduk kameranya. Background yang dipilihnya itu pasti akan menaikkan busana pengantin yang akan di gayakan para model sebentar lagi.
Faid tersenyum kepuasan melihat hasil kerjanya itu. Dia duduk seketika melepaskan lelah sementara menunggu model siap di hias.
"Id, we can start now," laung Emma dari jauh. Faid hanya menganggukkan kepala dan menunjukkan simbol ok pada mamanya.
Sebaik saja Faid angkat muka dari kamera, dia beku seketika. Bagai tak percaya dengan gadis yang berdiri di hadapannya saat ini. Tergamam dia melihat keindahan Ain yang ditatariaskan. Simple tapi sangat menawan hati lelakinya.
"Ehem.." Faid berdehem sendiri bila tersedar dia merenung Ain yang sudah bersedia di hadapan backdrop yang disediakan Faid tadi.
Faid memulakan tugasnya. Tersenyum nipis dia di belakang kamera bila perasan Ain sudah tidak kaku seperti dulu. Mudah saja gadis itu bergaya di depan kamera. Kalau duli, setiap kali fotografi, Faid ada la orang pertama yang akan menegur Ain. Kaku dan langsung tak menarik bila berposing. Agaknya berkat sergahan lelaki itu, Ain kini makin pandai bergaya.
Bermacam-macam gaya Ain lakukan dan semuanya ditangkap oleh kamera milik Faid. Sampaikan gambar Ain ternganga mendengar penerangan mummy Hanny turut Faid rakam kemas dalam kamera miliknya.
Entah kenapa, terbit senyuman di wajah kacak itu melihat kelincahan Ain bergambar.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.