BHM 13

1.3K 73 5
                                    

Ain betulkan duduk. Tak selesa walaupun dalam kereta mewah dan air-cond berfungsi dengan baik. Pandangan dilemparkan ke arah luar tingkap. Cuba membuang rasa janggal bila berdua-duaan dengan lelaki beku ini.

Tak hilang-hilang janggal antara mereka berdua. Malah makin bertambah sejak kes di butik tempoh hari.

Faid dan Ain masing-masing tak buka mulut pasal hal itu tapi cerita itu tetap tersebar dalam keluarga kecil Hanny dan Emma. Memerah muka mereka berdua bila digiat orang sekeliling. Dari mana lagi cerita itu muncul kalau bukan dari Ben.

Tapi mujur saja Ben tak beritahu adegan hindustand yang Faid cipta. Sebaliknya Ben kata Faid dan Ain ditangkap saat berlawan renung mata. Hasilnya Faid pula digiat Farhan, kononnya kerana ada rasa suka dihatinya sebab tu Faid marah Farhan beradegan hindustand dengan Ain. Faid hanya mampu geleng kepala. Karut!

"Maaf, menyusahkan awak untuk ambik saya," Ain bersuara perlahan memecahkan sunyi tapi masih jelas didengari.

Faid yang fokus memandu itu mengalihkan tumpuan seketika pada gadis disebelahnya.

"Tak apa," pendek jawapan Faid. Ain yang mendengar mencebik bibir. Aku cakap punya panjang, dia balas dua perkataan je? Ada emas ke apa dalam mulut tu?

Faid lirik ke sebelah. Ain yang mencebik dan kadang-kadang mengherotkan bibirnya dipandang dengan senyuman nipis. Kutuk aku la tu, getusnya sendiri.

Telefon bimbit Faid berbunyi nyaring menyebabkan decitan halus keluar dari bibir lelaki itu. Tanpa mengeluarkan handphone, segera dia menekan button hijau pada kekunci radio. Mujur saja dia teringat untuk on bluetooth tadi. Jadi mudah untuk dia menyambut sebarang panggilan. Masalahnya sekarang ni, panggilan itu akan automatik jadi loud speaker, maknanya Ain akan dengar butir bicara dia dengan si pemanggil.

Kalau bicara elok-elok tak apalah. Tapi dia risau kalau Farhan yang menghubunginya. Dia dengan Farhan kalau bercakap semua bahasa keluar. Dah la dua tiga hari ni dok sibuk menggiat dia dengan Ain. Makin menjadilah usikan dia kalau tahu Faid bersama Ain sekarang ni.

Faid mengeluh seketika. Nak tak nak kena angkat panggilan tu. Takut juga kalau ada benda penting yang mahu disampaikan si pemanggil.

"Hello," sahut Faid sebaik panggilan diangkat.

"Hello bos, Nizam ni. Bos, Mr. Clark, wakil pameran dari Jerman nak jumpa bos. As soon as possible katanya. Kalau boleh pukul 3 ni, dekat Haeven Cafe," beritahu si pemanggil.

Faid diam. Jam ditangan dikerling sekilas. 2.45 petang. Aduh, macam mana ni? Sudahlah Haeven Cafe itu berhampiran galerinya. Maknanya, ia berada di arah yang bertentangan dengan laluannya ini.

"Dia ada buat appoinment ke, Zam?" soal Faid sebal. Seingatnya dia tiada apa-apa temujanji penting minggu ini. Mana pula datangnya Mr. Clark ni.

"Tak ada bos. Dia bagitahu dia datang Malaysia ada hal dengan galeri seni tapi alang-alang dah ke mari tu yang dia cari bos terus tu. Katanya nak invite bos kalau minat nak pamerkan hasil fotografi bos dekat pameran seni mereka nanti," panjang lebar Nizam beri penjelasan.

Ain toleh lelaki di sebelahnya. Entah apa yang menarik minatnya untuk memandang lelaki yang nampak sedikit tegas bila berbicara soal kerja itu.

"Esok tak boleh ke Zam?" tanya Faid cuba mencari masa yang sesuai. Tak mahu menolak, sebab ini adalah peluangnya untuk melebarkan sayap seninya ke negara lain. Faid sabar menunggu balasan Nizam.

"Err bukan tak boleh bos, tapinya Mr. Clark ada di KL sampai tengah hari esok je bos. Dan pagi besok bos ada meeting dengan wakil galeri Sabah," terang Nizam perlahan. Takut juga dia kalau-kalau Faid mengamuk. Lelaki tu kan bukannya jenis bekerja last minute.

Behind His Mask (ON HOLD)Where stories live. Discover now