"Kalau you rasa you tak nak sakit, lupakan apa yang you ucap pada I, Ain,"
"But... Why?" soal Ain tergagap. Terkedu bila luahan perasaannya dibalas dingin oleh lelaki itu.
"We're not in the same boat, Ain. We can never be together," tegas lelaki itu. Matanya mencerlung memandang wajah comel milik Ain. Wajah yang sudah berubah rona menjadi mendung. Semendung langit diluar saat ini.
"Sebab saya anak orang miskin? Sebab saya belajar tak pandai? Atau sebab saya tak menarik perhatian awak?" soal Ain bertubi-tubi.
Keluhan berat kedengaran. Lelaki itu raup wajahnya kasar.
"No! It's not the reason," tegang suara itu membalas.
"Then, tell me," arah Ain. Lelaki itu sekadar menundukkan wajahnya.
"Tell me! Tell me, Faid!" marah Ain. Suaranya sudah naik seoktaf. Tidak dia peduli kawasan rekriasi yang masih dibanjiri pengunjung. Yang dia tahu, dia mahukan alasan. Dia mahukan sebab!
"Atau sebab saya Nurul Ain? Perempuan hina dari kampung yang awak beli dengan harga RM 47 500? Kan?"
"For God sake! Stop talking nonsense, Ain!" amarah Faid juga naik setakuk bila mendengar bicara Ain.
Ain tersenyum sinis. Langsung tidak dia takut dengan amarah yang ditunjukkan Faid. Dia pandang lelaki itu dengan pandangan tidak mengerti.
"Apa masalah awak sebenarnya, Faid?" nada suara Ain mula perlahan. Dia pandang Faid yang masih statik di tempatnya. Mata Ain mula berkaca.
"Awak layan saya baik-baik, selama beberapa bulan ni hanya untuk sakitkan hati saya ke, Faid?" soal Ain dengan nada yang jelas kecewa.
Faid mengeluh perlahan. Ain dah salah faham. Bukan itu maksud layanannya selama ini. Faid mengaku dia layan Ain dengan baik sebab...
sebab dia rasa Ain patut dilayan macam dia layan orang yang rapat dengan dia. Bukan sebab nak beri harapan palsu atau hancurkan hati Ain.
"Ain..."
"Awak call saya pagi-pagi hari ajak jumpa. Awak pick up saya kat rumah seawal 7 pagi. Ajak saya breakfast, bawak saya ke taman. Biar saya confess perasaan saya, and tup-tup ini hasilnya? Wow!! I'm impressed!" sinis tutur Ain memotong bicara Faid.
"Ain, I..."
"Tak perlu jelaskan apa-apa lagi Faid. Saya patut sedar siapa saya. Apa layaknya saya nak berganding dengan awak. I can never be someone special for you either in your mind or in your heart," air mata yang terasa bertakung, dikesat dengan ibu jari.
Ain segera berpaling.
"Ain..."
"Saya nak balik," pamit Ain senada.
"I hantar," ajak Faid. Ain geleng kepala lemah.
"I can take care of my own self. Don't worry, Faid. Thanks for everything. I will not disturb you anymore," serentak dengan itu Ain melangkah berlalu dari taman rekreasi itu. Meninggalkan Faid termangu sendiri.
Faid yang memerhati belakang Ain yang mula menghilang meraup rambutnya kasar.
"Arghhh!" getusnya geram.
Why it have to be this hard?!! Why can't the unhappy memory leave me forever?!!
Faid terduduk lesu di tepi tasik.
I'm sorry Ain... I'm so so so sorry...
***
"Sampai bila nak lari dari masalah? Sampai bila nak lari dari realiti?" soalan Nizam dibiarkan berlalu bersama angin. Faid masih bersandar lemah di sofa ruang tamu rumah sewa Nizam.

ANDA SEDANG MEMBACA
Behind His Mask (ON HOLD)
RomansaDurar Faid. Siapa tak kenal lelaki ini? Anak pemilik syarikat terkemuka di Malaysia. Tapi dia langsung tak ambil peluang. Dia bekerja sendiri sebagai seorang freelance photographer. Gambar hasil karyanya memang cantik. Dia berjaya mempunyai galeri s...