BHM 5

1.3K 63 1
                                        

"Kau kena lari Ain. Kalau kau terus tinggal kat sini, kau mangsa mereka," asak Mak Yam. Ain diam menggigit bibir.

"Tak boleh Mak Yam. Jauh ke mana pun Ain pergi, Ain tetap akan jadi mangsa samseng tu, sebab Zup dah letak Ain sebagai cagaran," tangis Ain.

Dia sudah buntu mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapinya. Selain membantu Mak Yam diwarung, dia ada juga buat kerja lain. Tapi berapa sangatlah yang dia dapat dalam tempoh seminggu. Nak minta pertolongan Mak Yam? Tak sampai hati pula. Lagipun Mak Yam bukan ada kedai makan besar pun, setakat warung tepi jalan sahaja.

"Apa lagi jalan yang ada Ain? Esok, samseng tu datang sini, Ain nak buat apa?" pertanyaan Mak Yam buat Ain terasa lemah. Esok! Minda Ain kosong. Apa yang akan terjadi esok? Akan ada Superman atau Batman yang akan menyelamatkan dia ke? Atau apa yang ada cuma dia menjadi mangsa kezaliman manusia?

"Ain yakin Allah ada untuk hamba-Nya, Mak Yam. Ain dah berusaha, selebihnya biarlah DIA yang tentukan," Ain bersuara tenang. Mak Yam geleng kepala sebelum mengusap lembut kepala Ain yang ditutupi tudung.

Kesian kau, nak. Menjadi mangsa kebencian manusia. Aku doakan kau dilindungi Allah walau di mana kau berada, nak.

"KELUAR!! Keluar!!" suara nyaring dari depan kedai makan Mak Yam buat Ain kecut perut. Dia tahu siapa yang ada di depan itu sekarang ini. Kumpulan samseng yang datang minggu lalu. Ain jenguk kepala ke depan.

Pelanggan yang lain rata-rata bangun meninggalkan meja mereka. Mana taknya, si samseng ni muncul dengan parang di tangan. Pendek nafas Ain dibuatnya.

"Amoii, sudah keluar ka? Manyak cantik ini hari looo," Chen 'Bos' mereka bersuara sebaik saja Ain datang ke depan.

"Ini saja yang saya ada. Bagi saya masa, saya cari duit lagi," mohon Ain. Chen capai sampul yang dihulur. Isi dalam sampul dikeluarkan dan duit dikira laju.

Chen gelak sinis.

"Amoii, RM2500 saja ka? Ini bukan setakat bunga, daun pun lu belum bayar maa," Chen kipas-kipaskan duit itu di hadapan Ain. Dia kemudian berjalan mengelilingi Ain bersama pandangan tajam. Tubuh Ain dipandang atas bawah.

"Saya tahu tapi tolong bagi saya masa. Seminggu mana cukup nak cari duit," rayu Ain. Dalam hati sempat dia berdoa, moga ada ihsan dalam lelaki ini untuk dia.

"Aiyoo! Wa sebenarnya, banyak kesian sama lu. Yang pinjam duit itu Kapai tapi lu yang kena bayar. Apa pasal? Lu bukan bini dia maa... Lu cuma cousin dia saja. Tapi sebab dia letak nama lu sebagai cagaran, wa terpaksa cari lu," Ain hanya diamkan diri. Takut dengan semua yang bermain difikirannya saat ini.

"Ini macam la. Wa takde kejam sangat tak mahu bagi lu masa. Lu pun sudah bayar walau sikit. Wa bagi lu sampai bulan depan. Kasi settle habis semua hutang dia, lu selamat. Kalau tak, wa terpaksa amik lu lohh," Ain hanya mampu menganggukkan kepalanya. Walaupun dia tahu satu bulan mungkin tak mengubah apa-apa, tapi sekurang-kurangnya dia punyai masa.

"Ingat, hutang itu Kapai bukan sikit woo.. Lu sudah bayar RM2500, jadi ada lagi RM47500 lu kena cari. Ini kali wa takda naikkan bunga, sebab wa kesian sama lu," telan air liur Ain mendengarnya. Ya Allah, sampai RM50000 Zul berhutang? Dia buat apa dengan duit tu?

Ain hanya mampu menganggukkan kepalanya. Mindanya mula berfikir, mana dia nak dapatkan duit sebanyak tu dalam tempoh 1 bulan? Dia bukannya anak orang kaya.

"Lu jangan lupa, lagi 1 bulan wa mari wa mau duit wa," Chen buat isyarat supaya pengikutnya bersurai. Beluk sempat keluar dari warung, Chen menoleh memandang ke arah Ain semula.

"Oh ya, lupa wa nak cakap. Itu Kapai ada dalam hospital. Patah tangan kot. Nasib baik takla mati," dan kemudian dia terus berlalu.

"Nanti!" entah datang dari mana satu suara mematikan pergerakan Chen dan pengikutnya. Seorang lelaki berdiri tegak di pintu kedai bersama pandangan tajam. Ain kenal lelaki itu, dia kan...

Behind His Mask (ON HOLD)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang