Pintu bilik yang tertutup dikuak Emy perlahan. Tadi selesai saja kemas bilik kerja abangnya yang bagai dilanda garuda itu, segera Emma hubungi Faizrul. Minta tolong bawa anak mereka balik.
Sampai rumah, segera doktor peribadi di hubungi. Kata doktor, Faid kurang rehat dan mungkin stress. Sebab itu dia demam. Dah boleh jadi psikologinya terganggu. Ada sesuatu yang mengganggu mindanya sehingga Faid dihantui memori lalu. Doktor minta supaya Faid berehat dan tidak diberikan sebarang tekanan.
"Ughh," desahan lembut yang keluar dari bibir Faid membuatkan mata Emy beralih ke arah katil. Dulang yang dipegang diletakkan di atas meja sisi sebelum dia perlahan-lahan melabuhkan duduk di sisi abangnya.
"Bang..." panggil Emy perlahan. Lengan abangnya digoyang perlahan.
Terpisat Faid jaga. Sakit dikepala menyebabkan dia sukar membuka matanya. Sinar lampu yang menyuluh mata, meyilaukan lagi pandangan. Mata dikelip-kelip beberapa kali sebelum pandangannya kembali normal.
"Dik, pukul berapa dah ni?" tanya Faid memerhatikan adiknya di sisi.
"Nearly 9 pm. Bangun la bang, makan ni," ajak Emy. Faid mengangguk lemah.
Perlahan-lahan, badannya di bangunkan dari katil. Lenguh-lenguh di badannya membataskan pergerakan Faid. Emy yang memandang, segera bangun dari duduknya dan membantu abangnya.
"Ma masak bubur. Makan ni. Kejap lagi boleh makan ubat," arah Emy persis menyuruh anak kecil. Faid tidak membantah. Diturutkan saja arahan adiknya itu. Mangkuk berisi bubur di ambil dari tangan adiknya sebelum dia mula menyuap sendiri.
Emy perhatikan abangnya. Ada persoalan yang belum berjawab di fikirannya. Hanya Faid saja yang punya jawapan. Tapi nak bertanya, Emy tak ada pula caranya.
"Pandang abang macam nak telan? Kenapa?" tanya Faid perlahan.
Bukan Faid tak tahu adiknya dari tadi memandang dia. Dah macam pesalah dah rasanya, makan pun diperhatikan orang.
Melihat tiada jawapan dari adiknya, Faid angkat muka dari makan. Dia pandang wajah adiknya yang jelas terpeta riak serba salah. Faid angkat kening sebelah bertanyakan kenapa.
"Err..." melihat pandangan abangnya, Emy jadi gugup tiba-tiba. Belakang telinga yang tidak gatal di garu. Habit semula jadi seorang Emilia.
"Apa?" desak Faid.
Emy gigit bibir bawah. Matanya di alihkan memandang ke arah bubur abangnya yang sudah kosong.
"Ab... Abang dah habis makan? Nak lagi?" tanya Emy gugup. Faid geleng kepala. Mangkuk bubur di tangan di letakkan kembali ke dalam dulang di meja sisi.
Air dalam gelas di capai bersama panadol sebelum di masukkan ke dalam mulut.
Kemudian sekali lago Faid talakan pandangannya kepada Emy.
"Abang tak nak tambah, abang dah kenyang, abang dah makan ubat. Sekarang Emy bagitahu abang, apa masalahnya?" soal Faid tegas. Emy telan liur. Tahu tak ada cara nak lari dari soalan si abang.
Emy tahu waktu ini la apa yang difikirkannya tadi terjawab, tapi Emy tak sampai hati nak soal abangnya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan abangnya yang tidak sihat itu. Dah la doktor kata abangnya tertekan, takkan la dia nak tambahkan lagi tekanan pada abangnya ini.
"Diniy Emelia Mohd Faizrul, termenung apa pula ni?"
Tersentak Emy disergah Faid. Emy memuncung. Ish abang ni, tak ada gaya orang sakit langsung. Elok pula dia marah orang.
"Spill, apa yang ada dalam fikiran Emy tu. Kemain abang tengok Emy pandang abang macam nak telan. Apa masalah?"
Emy lepaskan keluhan. Dia pandang abangnya dengan wajah serba salah.
"Tadi masa abang meracau, abang sebut nama 'dia', abang masih tak boleh lupakan 'dia' ke?" straight foward soalan Emy. Tak ada pusing-pusing, tak ada corner-corner.
"Ha? Emy biar betul. Mustahil la abang sebut nama dia. Emy salah dengar kot," bangkang Faid.
Tak... Tak mungkin nama itu yang disebutnya. Mustahil! Dia bukan siapa-siapa dalam hidup Faid. Dulu mungkin ada tapi tidak kini.
"Betul la abang. Kalau tak percaya tanya mama. Mummy pun dengar. Kak Ain pun sama," mndengar nama akhir yang disebutkan Emy, Faid segera memandang adiknya itu.
"Ain? Dia ada?" wajah Faid berubah keruh tiba-tiba. Tapi tidak pula Emy sedari.
"Ada. Tadi masa dekat ofis abang meracau teruk. Kami semua berlari ke bilik abang, risau apa-apa jadi. Habis semua barang atas meja abang sepahkan. Lepas tu, last sekali abang sebut nama Syuha," adu Emy. Faid mendiamkan diri.
Adiknya diperhatikan dengan helaan nafas panjang.
"Entah la dik," Faid balas pendek. Bukan berahsia tapi Faid memang tak tahu. Apa yang mengarahkan mindanya untuk mengingati peristiwa lalu. Peristiwa yang dah dia buang dan tanam dalam-dalam supaya tak terjumpa kembali.
"Abang, jangan macam ni. Abang tau kan adik, mama, papa sentiasa ada untuk abang. Jangan pendam sendiri, kongsi dengan kami. That's what family for..." pujuk Emy.
Dia dapat merasakan ada benda yang tidak Faid ceritakan dengan jelas. Abangnya tak pernah berahsia dengannya. Macam mana opennya Emy dengan Faid begitu juga sebaliknya.
Faid geleng kepala. Tak rasa apa yanhmg berlaku padanya beberapa hari lali salah satu trigger factor pada kenangan lamanya yang kembali menghantui.
"Abang tahu kan, hal abang dengan Kak Syuha tu punca abang depress dulu. Adik tak nak benda tu berulang. Adik sayang abang," Emy peluk erat pinggang abangnya. Faid senyum nipis. Kepala Emy diusap lembut.
"In shaa Allah abang tak ada apa," balas Faid lembut.
Kepala rasa memberat tiba-tiba. Ini la salah satu sebab dia tak suka bercerita tentang perempuan dari kenangan lamanya itu. Sekejap saja kepalanya akan sakit. Ikut kata doktor, Faid terlalu memikirkan hal itu sehingga munculnya tekanan.
"Dik, abang nak rehat," Faid merebahkan diri ke tilam perlahan-lahan. Emy mengangguk lemah sebelum bangun dari katil si abang.
Selimut yang melitupi badan Faid diperkemaskan Emy. Bersama helaan berat, Emy capai dulang dan berlalu keluar.
Biarlah abangnya menenangkan fikiran yang berkecamuk itu.
Memdengar pintu bilik yang di tutup rapat, mata Faid kembali celik. Silinh bilik direnung tunak.
"Syuha... Syuha... After all of this year, you still give the impact to me," keluh Faid lemah.
Tangan di bawa naik ke dahi. Macam-macam hal bermain di fikirannya saat ini.
Tentang Syuha dan yang paling mengganggu fikirannya adalah...
Ain.
Agak-agaknya Emy cerita ke siapa Syuha dalam hidup Faid? Ain tahu ke rahsia yang paling hendak Faid simpan kalau boleh seumur hidupnya itu?
Arghhh, stress!
***
Olla, I'm back..Setelah lama menyepikan diri, baru la nak mengupdate..
Harap2 masih ada yang sudi menunggu ye..
Maaf la lama menghilang. Writer block sgt kuat. Tulis tulis, blank.. End up sy delete chapter tu.. Tu yg lambat jadinya.. Hehehe..
Moga terhibur ye..
Feel free to ⭐ and 🗨
Till then, TBC..

YOU ARE READING
Behind His Mask (ON HOLD)
RomanceDurar Faid. Siapa tak kenal lelaki ini? Anak pemilik syarikat terkemuka di Malaysia. Tapi dia langsung tak ambil peluang. Dia bekerja sendiri sebagai seorang freelance photographer. Gambar hasil karyanya memang cantik. Dia berjaya mempunyai galeri s...