BHM 14

1.1K 70 8
                                    

Faid gelisah di meja yang sudah digubah khas untuk majlis malam ini. Serba tak kena dia rasa. Perasannya pula bercampur baur. Ada gembira, ada takut dan yang paling penting dia rasa tak percaya.

Pandangan Faid lemparkan pada swimming pool berhampiran mereka. Seronok pula tengok air malam-malam begini. Kalau dapat berendam tentu sejuk beku jadinya ni.

Suasana romatik di tepi kolam, ditambah pula dengan lampu hiasan yang berwarna indah. Dan muzik perlahan tapi mampu membangkitkan suasana, Faid mula ingib membuka bicara.

Tahu, dinnernya kali ini adalah satu pertaruhan besar. Boleh jadi jawapan positif dan boleh juga jadi jawapan negatif. Walau apa pun jawapan yang bakal Faid terima, dia sudah bersedia. Kalau tidak hari ini, bila lagi?

Teman dinnernya itu direnung tunak. Si gadis tertunduk malu saat pandangan mata Faid menangkap matanya. Senyuman segan pula masih tak hilang dari bibir gadis itu. Tak percaya dan tak sangka apa yang diimpikannya menjadi kenyataan.

Lepas ni boleh la dia bertempik satu dunia yang Faid ini miliknya!

Sesi renung merenung terhenti bila waiter yang dibayar muncul bersama dua pinggan stik. Selesai mengucapkan terima kasih, Faid mula membaca doa.

Baru saja kepingan stik pertama nak masuk mulut, Faid diam. Wajah monyok yang berada dihadapannya diperhatikan. Si gadis di pandang bersama senyuman yang cuba di sembunyikan.

"Kenapa?" soal Faid lembut.

Pinggan stik diunjukkan ke arah Faid. Faid tergelak kecil. Tahu apa masalah yang terjadi.

"Tak boleh potong?"

"Tak pandai," soalan Faid dibalas senada.

Faid kulum senyum. Being a gentleman, Faid mengangkat pinggannya dan ditukarkan dengan pinggan yang masih beluk berusik stik di dalamnya.

"Makan la. Yang tu saya dah potong, boleh terus ngap je,"

Tak tunggu lama, kepingan stik yang sudah dipotong Faid selamat masuk ke mulut gadis comel itu. Senyuman ceria dihadiahkan buat Faid. Faid senyum suka. Senang betul nak buat dia gembira.

"Apa makan comot ni?" tegur Faid saat matanya terpandang kesan sos di bibir itu. Baru saja tangan mahu mencapai napkin, Faid lebih dulu mengelap tepi bibirnya.

"Kalau dah halal, lain cara saya lap," usikan Faid mengundang merah di wajah mulus itu. Faid tergelak sendiri. Suka lihat wajah malu-malu itu.

"Sayang, awak ready nak langkah ke alam baru dengan saya?" tanya Faid setelah suasana mula sunyi.

Senyuman di hadiahkan pada Faid sebelum dia menganggukkan kepala yakin. Faid ucap syukur dalam hati. Sambil itu sempat juga dia berdoa moga urusannya dengan si pujaan hati berjalan lancar.

"Kalau macam tu..." sengaja Faid jedakan ayatnya. Dia bangun dari duduknya dan berdiri di sisi meja.

Tak dihiraukan riak wajah pelik yang terpeta pada wajah pemilik hatinya itu. Dengan senyuman manis, Faid melutut di lantai. Di tangannya ada sebentuk cincin indah di dalam kotak baldu.

"Sayang, will you marry me?" soalan Faid buat air mata yang berlinang mula menitis. Perlahan-lahan dia berdiri menghampiri Faid yang masih melutut. Senyuman di hadiahkan buat lelaki yang dia sayangi itu.

"Faid, I..."

Faid tersenyum menunggu balasan sang kekasih. Tapi apa yang mengganggunya bila suara gadis itu makin sayup dipendengarannya.

"Sayang..." panggil Faid bila lihat wajah itu berubah pucat.

"Sayang..."

"Sayang..." laungan makin kuat, tapi tiada sahutan kedengaran.

Behind His Mask (ON HOLD)Where stories live. Discover now