BHM 9

1.3K 64 6
                                        

Faid memandang si cantik manis yang asyik bergaya di hadapan kamera. Senyuman menggoda yang diberikan langsung tak dibalas Faid. Sebaliknya lelaki itu hanya fokus dengan kamera di tangan.

"Come on, Jue. Apa benda posing macam tu? You think you pose for Victoria Secret, aren't you? Ini pakaian muslimah Jue, senonohlah sikit," marah Faid akhirnya. Sedari tadi dia bengang dengan gaya-gaya yang dilakukan gadis itu. Seakan mahu menggoda, bukannya nak bekerja.

Jue yang mendengar suara keras Faid mula menarik muncung. Benci betul la. Setiap kali nak goda Faid mesti dia kena marah balik. Lelaki ni ada ilmu penahan goda ke apa? Ke dia gay?

"You berangan apa pula tu? Please la Jue, you nak kerja ke nak main?" makin tinggi oktaf Faid. Sudahlah hari ini dia terpaksa batalkan meetingnya dengan pemilik galeri terkemuka UK gara-gara sesi fotografi ini. Mujur saja Charles, pemilik galeri itu boleh bertimbang rasa. Kalau tak, habis la peluang dia untuk menebarkan sayapnya ke antarabangsa.

Semua gara-gara Jue. Konon terlalu sibuk dengan bermacam sesi fotografi sampaikan tiada masa untuk sesi fotografi dengan model butik yang lain. Kalau ikutkan Faid, sudah lama dia suruh mama dan mummy tukar pada model lain tapi disebabkan kontrak, terpaksalah diturutkan saja.

"Jue, Faid, take 10," arah Emma. Faid yang mendengar terus pandang mamanya dengan riak tak percaya. Jue tersenyum riang.

"Ma..." keluh Faid panjang. Tadi baru je take 10, ni dah take 10 lagi? Baru 3 keping gambar yang jadi dah berehat, pukul berapanya sesi pengambaran ni nak selesai?

"Faid, don't stress out. Relax dear," pujuk Emma menghampiri si bujang.

"Macam mana Faid tak stress. Ambik gambar one or two shot, then you gave her a break. Bila nak habisnya macam ni, ma?" keluh Faid. Kamera ditangan diletakkan di atas meja laptop sebelum dia melabuhkan duduk di kerusi. Emma ikut turut perlakuan anaknya. Dilabuhkan duduk pada kerusi bertentangan Faid.

"Mama tengok Faid kalau kerja dengan Jue, mesti baran lain macam. Kenapa?" tanya Emma aneh. Faid lepas keluhan.

"Dia mengada-ngada, ma. Ma tengok je la tadi. Posing mengalahkan model Victoria Secret. Ingat dia model bikini ke apa?" bebel Faid geram. Jue yang sedang duduk bergelak ketawa dengan crew yang lain dipandang sebal.

"Faid, could you please be more gentle towards her. If you keep yelling and scolding her, she will keep her atittute like that. Mama perasan dia memang sengaja nak tarik perhatian Faid," Ergghh, rengus Faid sendirian.

"Ma please, tell her to be profesional. I'm not in the mood to play around. Ini waktu bekerja, ma. Kalau dia rasa dia model terkemuka, dia pasti tahu apa patut dia buat. This is not one of it!" bebel Faid sebal.

Menyampah dengan gelagat Jue yang tak habis-habis cuba nak mengorat dia. Dari mula jadi model di butik ini hinggalah sekarang. Tak silap Faid, Jue dah mempunyai kekasih sekarang tapu entah apa penyakit dia, masih lagi nak menggatal menggoda Faid.

Belum habis sebal Faid, dengar pula tawa mengilai dari Jue. Faid dan Emma berpaling melihat apa yang mencuit hati gadis itu. Selamba saja Jue memukul lengan salah seorang krew pengambaran mereka. Malah dengan gediknya, Jue tersenyum malu-malu di situ.

Faid mencebik.

"Itu ke dipanggil model muslimah? Dasar attention seeker," bicara Faid selamba sebelum berlalu ke pantri. Gatal pula tekaknya melihat perlakuan Jue itu. Harus dibasahkan segera dengan air, kalau tak ada pula isi perut yang terkeluar nanti.

Emma hanya memerhatikan langkah si bujanh dari belakang. Hai la anak, kenapa kerasa sangat hatimu terhadap kaum berlainan jantina? Takkan la kamu macam papamu yang dulu?

Memikirkan itu, segera Emma beristigfar. Moga Allah jauhkan.

***

"Emy, abang Emy tu memang garang ke?" tanya Ain sambil membawa mug berisi nescafe yang sudah dibancuhnya tadi ke meja yang diduduki Emy. Emy yang baru buka tin biskut pandang Ain pelik.

"Garang? Tak ada la. Abang biasa je," balas Emy. Biskut ditangan dipatahkan dua sebelum dicelup ke dalam air.

"Tapi, semalam..." perlahan bicara Ain tapi masih mampu ditangkap Emy

"Abang marah Kak Ain ye?" tebak Emy tanpa menunggu sambungan bicara Ain. Tahu benar dia dengan perangai Durar Faid yang satu itu.

Perlahan-lahan Ain anggukkan kepala.

"Abang memang macam tu Kak Ain. Kalau kerja, memang fokus habis. Tak kena je dengan gaya dia, memang berkicaulah bunyinya. Tapi sebenarnya abang tu ok je," Emy menenteramkan perasaan Ain. Tahu benar kegusaran yang dialami Ain. Yelah, lepas ni entah berapa ratus kali lagi Ain kena berdepan dengan abangnya itu. Maklum sajalah Ain kini secara rasminya sudah menjadi model pakaian plus size butik itu.

"Tapi akak tak pernah nampak abang Emy tu senyum," perlahan suara Ain. Emy tersenyum penuh makna sambil memandang gadis chubby yang duduk bertentangan dengannya itu.

"Oh, kiranya akak teringin nak tengok senyuman abang la ye?" usik Emy. Hujung hari telunjuknya dicuit-cuit lengan Ain.

"Ish, bukanlah! Akak cuma pelik, Emy dengan Datin Emma rajin je senyum. Manis pulak tu. Tapi kenapa abang Emy tu beku, kaku? Kalau dia senyum mesti..."

"Manis?" Emy potong bicara Ain sekali lagi. Keningnya diangkat-angkat ke arah Ain dengan senyuman mengusik.

"Abang tu kalau senyum, manis bergula kak. Takut akak yang tergoda,"

"Ish, Emy ni," Ain pukul lengan Emy lembut. Wajahnya memerah tahan malu dengan bicara gadis itu.

"Eihh merah dah muka. Suka le tuew," Emy masih tak jemu menggiat Ain. Suka dia melihat wajah gadia itu memerah. Langsung tak perasan kelibat si abang yang berdiri di muka pantri.

"Best menggiat orang?" teguran senada Faid buat Ain rasa nak nyorok bawah meja. Berapa lama agaknya lelaki tu dengar adiknya menggiat dia? Nampak ke Faid muka Ain merah menyala?

Emy buat muka tak peduli sambil selamba dia masukkan kepingan biskut yang baru ke dalam mulut. Tak takut langsung pada lelaki yang namanya Durar Faid Abdullah.

Faid berhenti betul-betul di sebelah Ain. Ain dah tak berani angkat muka dah. Dok menunduk saja pandang kayu meja. Macam buat inspection kekuatan kayu tu pun ada juga gayanya.

Selamba Faid capai mug air yang dibancuh Ain tadi. Ain angkat muka bila rasa mug yang dia letak depan mata tadi hilang. Tanpa bicara dia membawa mug itu ke bibir. Ternganga sekejap Ain dan Emy dibuatnya.

"Manis. Tapi sesuai dengan selera aku. Rajin-rajin buatkan aku air ye. Mungkin ada rezeki kau tengok senyuman aku yang manis bergula tu," usai berkata, Faid menonong keluar dari pantri dengan mug Ain masih ditangannya. Meninggalkan Ain dan Emy tercengang-cengang dengan perlakuannya. Tidak percaya!

***

1052 words!!

Wehooo... Maaf lama menghilang. Ada hal yang penting perlu diberi perhatian..

Orang ckp kawan baik tu kawan susah senang. Jadinya daku menghilang utk menjadi pendengar setia kesedihan seorang sahabat. Maaf ye..

Maaf kalau rasa hambar. Blank tapi perlu menulis. Kalau tak mesti lagi sumbat. So ini la hasilnya..

In shaa Allah, next chapter saya akan tulis lebih baik ok?

Till then, TBC

Behind His Mask (ON HOLD)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang