Tak ada masalah, cari masalah. Tu memang sesuai dikatakan pada Faid. Farhan hanya mampu geleng kepala. Tak pernah-pernah tengok kawan dia macam ni. Nak jadi penyelamat pulak.
"Apa pasal?" tanya Chen perlahan. Salute betul la dengan samseng ni, boleh lagi cakap lemah lembut. Tak de nak memaki je kerjanya.
"Wa kasi settle itu hutang, boleh ka?" pertanyaan Faid buat mata Ain terbeliak. Liur ditelan kesat.
"Oh, mesti bo..."
"Eh tak boleh - tak boleh.. Tak payah - tak payah.." kalut Ain menghalang Chen dari meneruskan persetujuaannya. Dah la dia tak kenal lelaki tu, tiba-tiba muncul lagak hero pula nak tolong bayarkan hutangnya. Kang tak pasal-pasal dia pula terhutang budi. Tak mahu dia teegadai body, buat naiya je.
Faid dan Farhan dah kerut kening. Awek ni dah kenapa? Orang nak tolong pun berlagak lagi ke? Chen tak payah cakap la, dah senyum sinis tengok kalut si Ain tu.
"Amoi, lu konfem ke tak mahu kasi dia tolong sama lu? Wa kasi lu pikir satu kali lagi maa..." Chen bertanya sinis. Kening dijongkit sebelah memandang ke arah Ain yang menggigit bibir.
"Wa takde kisah. Wa takde rugi maa.. Cukup satu bulan, wa datang sini. Ada duit, wa untung. Takde duit, wa untung juga. Lu cantik maa, lagi banyak kali wa untung," kata-kata Chen buat Ain telan liur kesat. Dia pandang dua lelaki yang tak diketahui namanya itu.
Lelaki berkemeja kelabu itu berkerut kening dan mengangguk, memohon Ain supaya setuju. Temannya pula yang Ain jumpa waktu di Coffe House hari tu hanya buat muka beku tapi pandang Ain dengan pandangan tunak. Ain serba salah.
"Bos, lu kasi tunggu sini kejap. Wa kasi cakap sama itu budak. Kejap lagi kita settle, boleh?" Farhan cuba berunding. Faid kerling temannya itu sebelum kembali memandang Chen.
"Boleh la, boleh. Tapi kasi cepat sikit. Wa banyak tempat mau pergi," mendapat kebenaran begitu, laju saja Farhan masuk dan tarik tangan Ain menuju ke dapur. Ain yang tak bersedia, terkial-kial mengikut kaki panjang Farhan.
"Ehhh awak..." tak sempat Ain nak marah, Farhan lepaskan tangan dia. Ain tengok sekeliling dia. Dapur Mak Yam!
"Tak payah la tolong saya, kita bukannya kenal pun," Ain bersuara sebelum sempat Farhan bercakap.
"Habis tu awak rela jadi pelacur?" tanya Farhan tak bernada. Ain telan liur. Pelacur? Nauzubillah, memang tak la!
"Sempat ke nak cari duit dalam tempoh sebulan, nak bayar hutang Ah Long tu?" soal Farhan tak berhenti. Dia pandang gadis yang sudah mula main dengan jarinya sendiri.
"Tapi saya tak kenal awak. Kenapa awak nak tolong saya?" tanya Ain perlahan. Farhan senyum nipis.
"Saya Farhan, yang kat luar tu Faid. So sekarang dah kenal kami kan? Boleh kami tolong awak?" jawab Farhan sarkastik. Ain getap gigi geram. Dia pandang lelaki yang tersenyum kacak di depannya dengan perasaan sebal.
"Bukan itu mak..."
"Han!" laungan suara memanggil Farhan buat bicara Ain mati. Dia pandang lelaki di depannya.
Farhan senyum senget. Tahu dah Faid tu. Mana suka menunggu. Dah nak marah la tu, bila diauruh tunggu lama sikit. Faid... Faid...
"Cepat! Bapa singa dah mengamuk dah tu. Kami tolong atau awak...?" Ain mula serba salah. Wajah Mak Yam yang ada berhampiran mereka dipandang. Ain nampak Mak Yam mengangguk. Perlahan-lahan Ain ikut gaya Mak Yam.
Farhan lepas keluhan lega. Settle masalah. Kan senang kalau dari tadi setuju. Ei la awek ni. Mujur cute. Chubby-chubby gitu.
Farham tarik semula tangan Ain ke depan. Dia buat isyarat pada Faid sebaik saja matanya bersabung dengan si teman. Faid angguk kepala tanda faham.

ANDA SEDANG MEMBACA
Behind His Mask (ON HOLD)
RomanceDurar Faid. Siapa tak kenal lelaki ini? Anak pemilik syarikat terkemuka di Malaysia. Tapi dia langsung tak ambil peluang. Dia bekerja sendiri sebagai seorang freelance photographer. Gambar hasil karyanya memang cantik. Dia berjaya mempunyai galeri s...