Sehari sebelum Faid berangkat ke New York. Emma dan Faizrul buat majlis makan-makan semperna anniversary mereka berdua yang ke 23 tahun, minggu hadapan. Tapi sebab Faid bakal berangkat ke New York, mereka cepatkan majlis itu.
Tak ramai pun jemputan mereka. Cuma Hanny, Ben, Farhan dan Farhanah serta pekerja-pekerja butik dan syarikat Faizrul.
Faid yang baru siap turun ke tingkat bawah yang sudah mula dipenuhi dengan para tetamu. Langkah Faid di hala ke dapur, mahu mencari adiknya.
Baru saja nak menegur adiknya, Faid jadi terhenti. Dia sembunyi badan belakang dinding sambil terjengul sedikit memandang dua figura di dapur itu. Faid telan liur, tidak percaya. Biar benar?
"Awak buat apa ni?" satu suara menegur menyentakkan perbuatan Faid. Segera dia berpaling ke arah suara itu.
Ain!
Faid pandang gadis itu lama. Aduh, kenapa hari ini banyak benar kejutan untuk dia?
Si gadis yang ayu berbaju kurung moden hijau emerald, senada dengan baju kemeja yang dipakai Faid direnung tunak. Ain mula tak tentu arah. Pandangan di halakan ke lantai. Malu tengok gaya Faid pandang dia.
"Abang Id, Akak Ain, buat apa tu?" teguran Farhanah menyedarkan Faid dari terus merenung si cantik manis. Terus dia alihkan pandangan kembali ke dapur. Dua figura yang diperhatikannya dari tadi masih ada di tempat yang sama.
"Abang Id buat apa?" tanya Farhanah ingin tahu. Ain angkat bahu. Macam mana dia nak jawab, dari tadi dia tanya Faid tak bagi jawapan. Sebaliknya, dia yang direnung macam nak tembus.
"Abang Id," panggil farhanah sedikit kuat. Tak suka bila soalannya dibiarkan tak berjawab.
"Shuuuhhh," Faid berpaling ke arah adik angkatnya bersama jari telunjuk di bibir. Petanda suruh Farhanah perlahankan volume suaranya.
Farhanah garu kepala yang tidak gatal. Abang Id aku ni intai apa?
Tak tahan dengan perasaan ingi tahu, Farhanah rapatkan badannya dengan badan Faid sebelum sama-sama menjengulkan kepala ke arah dapur.
Ain geleng kepala. Macam-macam la keluarga Faizrul dan Nik Benji ni. Tak faham dia.
Langkah yang hendak di hala ke arah dapur di tahan dek tangan sasa Faid. Tergamam Ain seketika. Dia pandang wajah Faid minta penjelasan.
"Jangan la pergi dapur dulu. Saya nak pastikan apa yang saya nampak ni betul. Jangan kacau dulu," Ain kerut kening dengar penjelasan Faid.
Faid nampak apa? Nak pastikan apa? Dan yang paling penting kacau siapa?
"Siapa?" dua suara berbisik jelas kegeraman di telinga Faid. Faid mengeluh perlahan.
"Tu..." tunjuk faid ke arah dapur. Dari tadi dua orang ni duduk sini takkanlah tak perasan Farhan dengan Emy kat dapur tu.
"Abang Han dengan Emy? So?" tanya Farhana tidak faham.
Faid getap gigi geram. Tangan diangkat gaya nak mencekik leher adik angkatnya itu.
"Cuba tengok diorang berdua tu," arah Faid. Ain dan Farhanah menurut. Dipandang dua figura yang tersenyum-senyum depan kek Secret Recipe itu sebelum Ain dan Farhanah berpandangan sama sendiri.
"Ok... Dah tengok, then?" tanya Farhanah teragak-agak. Lebih-lebih lagi bila nampak muka hensem Faid dah berubah macam muka singa nak baham mangsanya.
"Ya Allah budak ni," Faid bersuara dengan gigi yang digetap erat.
"Pernah nampak Farhan dengan Emy duduk semeja tanpa bergaduh?" tanya Faid akhirnya.
Farhanah dan Ain perlahan-lahan menggelengkan kepalanya.
"Pernah nampak diorang berdua duduk berbual tanpa menjerit?" sekali lagi soalan Faid di balas dengan gelenggan keduanya.
Faid senyum simpul. Tapi dia tahu dua orang ni masih tak dapat tangkap apa yang jadi masalah Faid saat ini. Jadi Faid teruskan dengan soalan ketiga.
"Pernah nampak diorang boleh senyum-senyum mesra antara satu sama lain?"
Farhanah dan Ain masih menggelengkan kepala. Tapi Ain hanya sekejap sebelum matanya membulat. Dia pandang Faid tuntas.
Faid tersenyum manis membalas pandangan Ain. Cair Ain dibuatnya. Tapi hanya sekejap. Sebab isu dekat dapur tu lebih menarik minatnya.
"Biar benar?" tanya Ain perlahan. Lebih kepada menyoal dirinya sendiri.
"Apa yang benar? Apa yang salah?" dengar soalan Farhanah, Faid rasa macam nak tepuk je dahi gadis tu kuat-kuat. Sejak bila dia seblur ini?
"Anah! Takkan tak dapat tangkap lagi kot?" geram Faid bersuara pada gadis comel itu. Farhanah garu kepala yang tak gatal. Riak wajah blur di hadiahkan pada lelaki itu.
"Anah, just see how 'coincidence' their baju colours? How big their smile toward each other? How calm they are when just they at the kitchen? Can't you understand it, sweet sister?" perlahan suara Ain merungkai satu persatu hal yang boleh buat Farhanah faham apa yang menarik minat Faid sedari tadi.
Perlahan-lahan Farhanah pandang abang dan sahabat baiknya yang masih belum sedar diri mereka diperhatikan orang. Satu persatu perbuatan abang dan teman karibnya itu diperhatikan sebelum dia memandang Ain dan Faid secara bergilir-gilir.
"Takkanlah?!" Farhanah terjerit kecil.
"Abang Han... dengan... Emy?" tergagap-gagap Farhanah tuju soalan pada Faid. Faid angkat kedua bahunya sebelum mencemik kecil.
"Anah mimpi ni... Anah mimpi... Mustahil... Mustahil," ucap Farhanah sambil menepuk-nepuk lembut pipinya. Dia tidak percaya.
Mustahil, sangat mustahil! Mana mungkin dua musuh tradisi berubah jadi pasangan kekasih. Tak logik - tak logik.
Faid tergelak kecil tengok gelagat Farhanah. Tangan yang masih menampar pipi sendiri itu dipegang kejap, menghentikan perbuatan Farhanah.
"Sudahlah tu. Senget pulak kepala tu karang," tegur Faid. Farhanah masih menggelengkan kepalanya. Tak percaya, mana mungkin!
"Dah tu, abang Id nak kantoikan diorang ke?" tanya Farhanah. Faid tak menjawab, ebaliknya tangan gadis itu yang dilapisi baju kurungnya ditarik menjauhi dapur. Farhanah pula bila di tarik begitu, tangannya cepat juga menarik Ain untuk ikut bersama. Dah macam kereta api dah mereka bertiga.
"Nak pergi mana?"
"Jangan kacau orang baru nak menyulam kasih. Esok kusa confirm kantoi sendiri tu," ujar Faid selamba sebelum tergelak kecil.
Niat asalnya nak menyergah adik dan teman baiknya itu tapi bila difikirkan dia ada cara yang lagi menarik nak buat adiknya itu malu. Just wait and see, detik hatinya nakal.
Ain perhatikan Faid. Lelaki yang akan berlepas ke New York esok. Lelaki yang akan membawa separuh hatinya bersama terbang ke bandar metropolitan itu.
Lelaki itu unik. Lelaki itu neh. Depan keluarganya, lelaki itu sangat mudah dijangka, perasaanya juga ditunjukkan secara terbuka. Cara layanannya pada keluarganya juga penuh kasih sayang. Tapi kenapa bila dengan Ain, bila dengan orang selain dari keluarganya Faid beku? Langsung tak dapat ditebak isi hatinya?
Ain mengeluh lemah. Faid, bukan pembenci cinta. Bukan juga pembunuh cinta orang lain. Hakikatnha Faid bahagia tengok adiknya bahagia. Faid gembira tengok sahabatnya gembira.
Faid tak menentang institusi rumah tangga. Tapi kenapa Faid tak mampu beri peluang untuk dirinya sendiri bercinta? Kenapa Faid hidup menyimpan perasaannya sendiri? Atau Faid sebenarnya... Tak percaya cinta?
***
1061 words...
Double update..
Holla, girls & guys.. Harap berpuas hati ye..
Jgn lupa tinggalkan comment dan vote..
Me love u 😘

ANDA SEDANG MEMBACA
Behind His Mask (ON HOLD)
RomanceDurar Faid. Siapa tak kenal lelaki ini? Anak pemilik syarikat terkemuka di Malaysia. Tapi dia langsung tak ambil peluang. Dia bekerja sendiri sebagai seorang freelance photographer. Gambar hasil karyanya memang cantik. Dia berjaya mempunyai galeri s...