Faid duduk sendiri di bangku menunggu temannya selesai mengambil gambar di Central Park. Hari ini genap 5 bulan Faid berada di New York. Maknanya lebih kurang 1 tahun 5 bulan lagi, pengajiannya akan tamat. Faid hela nafas berat.
"Kamu udah selesai fotografinya?" soal Hadid, teman sekuliah dan juga teman serumahnya. Oleh kerana hanya mereka dari negara serumpun di dalam kelas fotografi itu, jadi mereka lebih rapat bersama. Di mana ada Faid, di situ ada Hadid. Begitu juga sebaliknya.
"Dah. Rasanya gambar aku macam tu juga. Macam tak ada perubahan pun," keluh Faid. Hadid kerut kening. Dia labuhkan duduk di sebelah temannya yang nampak sungguh murung.
"Mari. Aku lihat fotonya," pinta Hadid. Laju saja Faid serahkan kameranya kepada Hadid. Faid perhati sahaja apa yang dilakukan Hadid.
Hadid lebih profesional berbanding dirinya. Di Indonesia, Hadid dikenali ramai. Ramai idola ternama menggunakan khidmatnya. Jadi tak hairanlah kalau gambar Hadid sentiasa lebih cantik berbanding dirinya.
"Apa masalahnya? Udah cantik gambar ini, kamu mau gimana lagi?" tanya Hadid tidak faham. Kamera Faid dipulangkan semula.
"Eleh, nak kutuk la tu. Tau la gambar aku tak secantik gambar kau, Did," selar Faid senada. Hadid gelak lepas.
"Aduh kamu ini, ke situ pula fikirannya. Enggak la Faid, tapi foto kamu itu udah cantik loh. Sudah ada improvement dari dulu. Aku tidak mahu beri komentar lebih-lebih, kamu juga pro, kan?" Hadid berbicara bersama gelak yang masih bersisa. Faid senyum nipis. Dia kembali menghala pandangan ke arah padang hijau di hadapannya.
"Kamu ini kenapa, sih? Udah dua hari aku perhati, kamu asyik mengelamun sendiri. Mikir apa?" tanya Hadid bila perasan Faid sudah hanyut dalam khayalannya.
"Tak ada apa la, Did. Cuma rindukan keluarga," balas Faid. Bahu diangkat sedikit bersama senyuman nilis yang tidak lekang dari bibirnya.
"Kalau mahu bohong, belajar lebih lagi ya. Baru aja malam kemarin kamu Skype sama mereka, rinduan apa lagi? Lain aja aku, family juga tidak tahu di mana," sayu nada Hadid di hujunh bicara. Faid telan liur. Rasa bersalah pula buka cerita pasal keluarga.
Faid tahu apa punca Hadid berhijrah di New York. Waktu Hadid mendaftar sebagai pelajar, Hadid sebenarnya sudah 2 bulan menetap di sini. Hadid meninggalkan kerjayanya di Indonesia setelah dia bercerai dengan isterinya.
Katanya perkahwinannya bukan dengan restu keluarga kerana Hadid datang dari keluarga berada sedang isterinya hanya gadis biasa. Alah, macam sinetron yang selalu tayang di TV3 tu. Hadid bertindak bernikah dalam diam dan berpindah ke satu kawasan jauh dari keluarganya. Sewaktu mereka bernikah, kerjaya Hadid masih lagi belum naik seperti sekarang. Perlahan-lahan Hadid ceburi bidang fotografi yang sememang menjadi minatnya sejak awal dulu.
Semakin namanya menjulang naik sebagai fotografer terkemuka, semakin Hadid hilang masa dengan keluarga kecilnya. Selalu dia meninggalkan isteri dan 2 orang anaknya di rumah sedang dia sibuk dengan tugasan luar. Tahu-tahu saja, isterinya mula curang dan menuntut penceraian. Selesai urusan penceraian, isteri Hadid bawa anak-anak mereka tinggalkan rumah waktu Hadid berkerja di luar daerah, tanpa sebarang klu di mana keberadaan mereka. Sadis bukan?
"Aku bicara, kamu ngelamun? Aduh, baik aja aku bicara sama pokok. Lebih senang," marah Hadid. Faid yang tersedar tergelak kecil.
"Lucu? Habis air liur aku bercakap, kamu hanya pandang rumput? Ngak tau aku harus gimana sama kamu," Hadid sambung bebel. Faid pandang temannya dengan senyuman yang masih melebar di bibir.
"Ok-ok.. Sorry," pohon Faid. Kamera di tangan di angkat sebelum dia memfokuskan lensanya ke arah sekumpulan kanak-kanak yang leka bermain di tengah padang rumput.
![](https://img.wattpad.com/cover/108818274-288-k380072.jpg)
YOU ARE READING
Behind His Mask (ON HOLD)
RomanceDurar Faid. Siapa tak kenal lelaki ini? Anak pemilik syarikat terkemuka di Malaysia. Tapi dia langsung tak ambil peluang. Dia bekerja sendiri sebagai seorang freelance photographer. Gambar hasil karyanya memang cantik. Dia berjaya mempunyai galeri s...