BHM 10

1.4K 69 5
                                        

Ain berguling di atas katil. Dari hujung ke hujung kemudian bertukar posisi pula. Selimut yang patut terletak di hujung katil dah bergumpal sekali dengan dia. Dah macam sushi gebu dah rupanya.

Ain berubah meniarap pula. Jarinya masih lagi ralit bermain diatas skrin telefon. Telefon yang dibelikan Hanny dengan alasan mudah untuk mereka berhubung untuk kerja. Kalau ikutkan Ain, tak mahu dia terima. Dah banyak sangat dia terhutang budi pada Emma dan Hanny sekeluarga.

Ikon instagram ditekan. Ini semua hasil kerja Emy. Emy la orang yang asyik sibuk menggodek telefonnya sejak Hanny beri padanya. Semua media sosial di install untuk Ain. Dari whatsapp ke facebook hinggalah twitter dan instagram.

Itu semua jadi lepas Ain beritahu Ain langsung tak ada media sosial begitu. Maklumlah, tinggal dikampung dengan mak long. Mana merasa nak pegang handphone canggih begitu. Telefon Nokia jenis lama itu pun nasib sahaja dia beli. Atas alasan mudah untuk hubungi mak long kalau ada apa-apa yang jadi. Lebih dari itu, hanya dalam mimpi.

Gambar baru diupdate Emy kurang dua minit tadi dipandang penuh minat. Gambar Emy, Faid, seorang gadis dan seorang lelaki yang seingat Ain yang turut sama menyelamatkannya tempoh hari, Farhan sedang minum di cafe terkenal. Yang menarik minat Ain bukan Farhan atau gadis yang tak diketahui namanya itu tapi Faid! Gambar curi Emy itu diambil waktu yang paling tepat. Waktu Faid tersenyum!

Ain tarik nafas dalam-dalam. Betul cakap Emy. Senyuman Faid manis bergula. Rasa macam dia dpat diabetes dah sekarang ni!

Ain tekan sekali pada gambar. Tengok nama yang di tag pada gambar.

Nama pada muka Faid dipandang penuh minat.

Durar_Idz

Ain sengih. Timbul idea nakal dalam kepalanya. Segera nama itu ditekannya sebelum dia masuk ke muka depan akaun peribadi milik Faid.

Gambar profil dipandang sebelum dia membaca profil milik lelaki itu.

- Little creature with ambitious dream
- Photograph give a moment to remember

Ain tersenyum sendiri. Lihat dari profil instagram lelaki itu sahaja Ain boleh teka betapa passionate lelaki itu dengan kerjayanya sebagai freelance photographer. Di scroll satu persatu gambar lelaki itu hingga terhenti pada satu gambar. Gambar pasangan yang duduk di tepi pantai memerhatikan matahari mengundurkan diri.

Durar_Idz  Their secret to the happy marriage life? "Forgive but never forget to learn from the mistake"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Durar_Idz  Their secret to the happy marriage life? "Forgive but never forget to learn from the mistake"

Daripada kapsyen gambar saja, Ain boleh teka itu gambar Datin Emma dan Datuk Faizrul. Ain senyum. Mata beralih pula pada jumlah like untuk gambar itu. Membulat mata Ain jadinya. 1637 likes? OMG... Ramainya follower lelaki beku ni!

Sebaik saja butang back hendak ditekan, secara tak sengaja Ain tersentuh dua kali pada screen telefon. Ain keluar hingga ke page utama instagramnya. Dia scroll seketika sebelum keluar ke home page telefon bimbitnya.

Behind His Mask (ON HOLD)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang