"Aidilfitri, hari bahagia. Hari yang mulia. Mohon maaf bersama dipinta. Selamat...Selamat hari raya," ceria sungguh suara Emy menyanyi serangkap lagu dendangan Puan Sri Saloma itu. Faid yang leka dengan kameranya mengerling sekilas ke arah si adik yang berpusing-pusing dihadapannya seakan model tak berbayar.
"Demam ke, dik? Puasa pun belum. Dok sibuk nyanyi lagu raya, kenapa?" tanya Faid geram. Masuk kali ni dah 5 buah lagu dia dengar adik dia nyanyikan. Kalau suara sedap tak apa la jugak. Ini suara, sikit lagi serupa katak panggil hujan. Bengung telinga jadinya.
"Ish sibuk la abang ni. Adik tengah ambik feel ni. Kan nak buat photoshoot untuk baju Aidilfitri. Haruslah ambik mood raya," balas Emy selamba. Faid senyum mengejek.
"Sibuk dengan mood raya. Puasa tahun lepas dah ganti ke belum?" ejek Faid. Emy mencebik pandang abangnya tersengih macam kera kena sambal.
"Hello, of course la dah ganti. Adik bukan macam abang ye, sibuk mengelat," bidas Emy.
"Excuse me, abang mengelat amendenya? Abang puasa full setiap tahun, ok. Lain la adik, setiap bulan ada minggu tak boleh puasa dan solat," Emy menyeringai geram mendengar balasan abangnya. Lupa pula dia, abangnya tukan lelaki. Mestilah puasa penuh. Lain la orang perempuan, yang selalu ABC.
"Takburnya ayat. Allah uji nanti, baru tahu langit tu tinggi ke rendah," Emy bersuara tak puas hati. Kalau dengan abangnya ini, memang selalu dia bergaduh. Tapi lelaki itu jugalah teman karibnya, tempat dia meluahkan perasaannya. Sebab itu, Emy tak berani buat pasal melampau dengan si abang itu. Kang tak pasal-pasal bocor rahsia Emy, naya hidup.
"Tu bukan takbur. Abang cakap yang kenyataan. Fact!" Faid membela dirinya. Uih, tak sanggup nak takbur. Kalau Allah uji nanti, kalah teruk jadinya.
"Dua beradik ni, tak sudah-sudah bertekak," Emma yang baru melangkah masuk ke dalam studio menegur anak-anaknya. Hanny disebelah tersenyum mendengar bebelan kawannya itu.
"Sama je macam Farhan dengan Farhanah. Pantang bersekat, berperang la. Tapi tu jugak la kawan dia bergurau," Hanny tergelak kecil. Teringat pula dia pada si anak kembarnya.
"Siap dah semua?" tanya Emma menghampiri si bujang.
Faid lirik padang mamanya yang berdiri di sisi. Senyuman manis Emma dibalas secukupnya. Kamera ditangan diunjuk kepada si ibu dan ibu angkatnya.
"Nice. Cantik gambar," puji Hanny. Faid tersenyum bangga. Siapa tak suka bila hasil kerjanya dipuji.
"Tengok la siapa modelnya," Emy tak mahu ketinggalan, memuji diri sendiri.
"Perghhh, perasan sungguh. Siap puji diri sendiri tak menahan tu," ejek Faid pada si adik. Emy cebir bibir ke arah abangnya itu.
"Mummy ingat nak buat kelainan sikit la kali ni, Faid," Faid pandang wajah Hanny minta penjelasan lebih lanjut. Hanny pandang Emma, meminta wanita itu menyampaikan hasil perbincangan mereka semalam.
"Mama dengan mummy ingat kali ni kami nak buat plus size punya photoshoot sekali. Boleh Faid uruskan?" tanya Emma. Mata tak lepas memerhatikan riak wajah anaknya. Tak ada perubahan pada wajah kacak itu. Maknanya Faid tak rasa terbeban dengan usul mereka.
"Setakat nak ambik gambar tu tak ada hal mama, mummy. Tapi masalahnya, Faid tak ada kawan yang boleh jadi model plus size," beritahu Faid memandang ke arah wajah penuh berharap mama dan mummynya.
"Model tak jadi masalah. Mama dan mummy dah selesaikan dah pun. Cuma nak minta persetujuaan Faid je untuk ambik gambar," ceria suara Emma sebaik saja mendapat persetujuaan si anak.
" Siapa modelnya?" tanya Emy dan Faid serentak. Hanny dan Emma berbalas pandang bersama senyuman penuh rahsia.
***

ANDA SEDANG MEMBACA
Behind His Mask (ON HOLD)
RomanceDurar Faid. Siapa tak kenal lelaki ini? Anak pemilik syarikat terkemuka di Malaysia. Tapi dia langsung tak ambil peluang. Dia bekerja sendiri sebagai seorang freelance photographer. Gambar hasil karyanya memang cantik. Dia berjaya mempunyai galeri s...