BHM 4

1.3K 59 0
                                        

Ain Maisarah tersenyum nipis. Sudah sebulan peristiwa tumpah kopi berlalu dan dah 2 minggu dia kerja di tempat baru. Kedai makan berhampiran rumah mak ciknya. Hanya kerja begini saja yang dia mampu. Tapi Ain Maisarah tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya dia mampu mencari rezeki halal lagi untuk dirinya.

"Ain, ambik order meja depan tu," suara Mak Yam, pemilik kedai makan mematikan lamunan Ain. Segera buku nota dan pen dicapai sebelum berlalu ke arah meja yang disuruh sebentar tadi.

"Nak makan apa?" tanya Ain sopan. Dia memerhatikan lelaki-lelaki yang duduk di situ. Buntang matanya, tekejut. Tattoo penuh di tangan mereka yang terdedah itu. Serta merta perasaan gerus memenuhi diri Ain.

"Cik adik bagi saya, Zul Kapai satu," ucap lelaki itu sinis persis memesan makanan. Ain terdiam. Dia telan liur yang terasa kesat di kerongkongnya. Zul Kapai itu nama femes abang sepupunya. Anak Mak Long yang dia menumpang ini. Kenapa lelaki yang seperti samseng itu mencari abang sepupunya?

"Aiyooo, dia diam la bos. Pura-pura tak kenal kot," teman yang duduk semeja mula membahan. Lelaki yang dipanggil bos itu mula bertindak liar. Tangan Ain yang memegang pen dipegang sebelum Ain menariknya kasar. Perasaan takut memenuhi hatinya.

"Wow, garang. I like, barulah mencabar," gelak tawa memenuhi meja itu. Ain terasa kolam matanya panas. Ya ALLAH, apa lagi ni?

"Hei amoi, you dengar sini elok-elok. Bagi tahu Zul Kapai, kalau dah hutang tu, buat cara hutang. Jangan lupa bayar. I tuntut sampai I mati, tau tak?" pesan 'Bos' berbisik di telinga Ain. Ain terasa bulu romanya meremang ketakutan.

"Cakap sama itu Zul Kapai, Chen kirim salam. Next week kalau duit tak da, kita lain cerita," Ain diperhatikan atas bawah berkali-kali sebelum tersenyum sinis.

"Lagi pun dia dah bagi you sebagai cagaran, maa... Wa tengok body you banyak cantik. Boleh jadi bayar dia punya hutang," dagu Ain dicuit sebelum sempat Ain menepis. 'Bos' tergelak sinis dengan riaksi Ain yang jelas terkejut mendengar bicaranya. Lelaki itu ketuk meja sekali sebelum buat isyarat untuk keluar. Dia bangun dan diikuti pengikutnya yang lain.

"Lu ingat amoi. Itu bos tak pernah main woo," beritahu seorang lelaki yang turut sama mengikut 'Bos' itu. Bukan mahu menakutkan tapi sebagai amaran kepada Ain.

Hilang saja mereka dari pandangan mata Ain, dia jatuh terduduk. Kakinya lemah tiba-tiba. ALLAH, dugaan lagi untuk dirinya.

"Ain... Ain ok tak ni?" Mak Yam menghampiri gadis itu. Ain duduk menekup mukanya pada lutut bersama tangisan yang kuat. Kasihan sungguh Mak Yam melihat gadis itu. Segera Ain ditarik ke dalam pelukan.

"Apa salah Ain, Mak Yam? Kenapa Ain lagi yang kena?" esakkan Ain makin kuat. Mak Yam segera menarik gadis itu kebelakang kedai. Tak mahu pelanggan lain terganggu dengan apa yang terjadi dan tak mahu juga ada mulut yang mengata di belakang.

Mak Yam dudukkan Ain di kerusi sebelum dia berlalu mengambil segelas air. Ain teguk air yang dihulurkan Mak Yam. Jantungnya masih berdegup kencang. Ketakutan masih menyelubungi jiwanya.

"Apa lagi masalah keluarga Mak Long kau ni, Ain?" soal Mak Yam bersimpati dengan gadis itu. 

"Abang Zul... Abang Zul pinjam duit orang tadi tu, Mak Yam. Dia minta Abang Zul bayar sebelum minggu depan. Kalau tak... kalau tak..." tak mampu Ain menyambung bicaranya. Takut dengan apa yang mungkin terjadi padanya jika Zul tak mahu membayar hutang pada lelaki samseng tadi.

"Kalau tak apa Ain?" tanya Syahid yang kebetulan duduk berhampiran mereka berdua. Ain pandang dua beranak itu dengan pandangan berbalam.

"Ain... Ain... Dia nak Ain..."

"Allah!" keluhan terkejut dilepaskan dua beranak itu. Ya Allah, sampai begitu sekali. Tapi kenapa Ain yang menjadi mangsa? Bukan Suzila atau Syazira, adik si Zul itu?

"Abang Zul letak Ain sebagai cagaran dia," membulat mata Mak Yam dengar apa yang terluah dari mulut gadis itu. Tak guna punya Zul! Sampai macam tu sekali dia membenci Ain?

"Sabar Ain... Sabar... Setiap dugaan ada hikmahnya," pujuk Mak Yam menarik gadis itu ke dalam pelukan.

***

"Abang Zul, tolonglah bayar hutang mereka tu. Jangan jadikan Ain mangsa," rayu Ain pada lelaki yang sedang santai menonton bola. Langsung tak ada riak bersalah pada wajah lelaki itu. Sebaliknya senyuman sinis dilemparkan pada gadis yang sedang merayu di hadapannya.

"Kau blah boleh tak? Aku nak tengok TV," selamba saja bicara Zul. Langsung tak terkesan dengan rayuan Ain.

"Abang Zul..."

"Eh semaklah aku dengan perempuan ni! Abang Zul - Abang Zul... Memekak tahu tak?" herdik Zul kuat. Terangkat bahu Ain akibat terkejut.

"Apa ni Zul bising-bising ni?" tegur Mak Long. Dia memandang Ain dengan ekor mata.

"Ni perempuan ni memekak sangat. Dia berhutang, suruh Zul pula bayar," Zul memusing cerita. Ain tergamam. Ya ALLAH, sampai hati Zul buat cerita macam tu.

"Eh kau ingat anak aku orang gaji kau? Kau berhutang kaulah bayar sendiri," herdik Mak Long. Kepala Ain ditunjal geram. Zul yang melihat tersenyum sinis.

Mak Long piat telinga Ain yang dilitupi tudung. "Berhutang pandai, bayar tak mahu. Paksa orang pula bayar untuk dia,"

Ain diam. Dalam hati nak je dia jerit 'tu hutang anak kau la, mak long!'. Tapi sebab tahu akibat yang bakal dia terima, Ain gagahkan hati diamkan diri.

"Hidup nak menyusahkan orang je," rengua Mak Long kuat.

"Kalau tak nak bayar sangat, kau gadai je badan kau tu. Ha, mesti habis punya hutang tu," ALLAH, terpempan Ain mendengar bicara Mak Long. Mudah sungguh dia menyelesaikan masalah. Masalahnya, yang berhutang itu anaknya, bukan Ain!

Mak long berlalu meninggalkan mereka di ruang tamu. Zul tersenyum sinis. Dia menghampiri Ain yang termangu sedih.

"Eh betina, memang elok pun kau tu jadi bayaran tu. Kau tu kalau hidup pun menyusahkan keluarga aku je tahu tak?" selamba lelaki itu berbicara. Ain terhenyak sendiri.

"Kalau kau nak aku bayar, boleh je. Aku ada je duit sebenarnya, tapi ada syarat," bicara lelaki itu buat mata Ain bersinar. Apa pun syarat lelaki itu, Ain rela. Asalkan maruahnya tak tergadai.

"Bagi aku 'rasa' kau," ucap Zul sinis bersama senyuman. Ain tergamam! Ini namanya keluar mulut harimau, masuk mulut buaya. Memang taklah.

Ain segera keluar dari rumah. Tak sanggup nak duduk dan mendengar bicara tak beradab lelaki itu. Ain nekad, dia harus berusaha cari duit untuk langsaikan hutang itu secepat mungkin. Maruahnya harus dia jaga. Tapi berapa banyak hutang abang sepupunya itu? Dan apa cara untuk dia dapatkan duit secepat mungkin?

Ain buntu!

***

1029 words..

Double update! Yay!

Please vote, comment & promote ye..

Till then,
TBC

Behind His Mask (ON HOLD)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang