Faid sibuk mengedit gambar-gambar yang diambilnya tadi. Mahu menyerlahkan setiap perincian dalam gambar. Harapannya kalai orang terlihat, terus berminat untuk membeli pakaian butik EmNy itu.
Beberapa ketika menghadap laptop, tekaknya terasa kering. Nak bangun buat air, malas. Tapi kalau tidak dibancuh, menjelang siap proses editan gambar ada juga yang kekeringan ni.
"Dik, buatkan air," pinta Faid pada si adik yang leka menonton televisyen. Entah drama apa yang menarik minat Emy agaknya. Langsung tak berkutik dia dari sofa itu sejak tadi.
"Dik..." panggil Faid mendayu. Emy yang ralit menonton, mendecit perlahan.
"Kejap la, bang. Jap lagi Emy buat la. Tengah part best ni," beritahu Emy. Faid pandang adiknya sekilas. Sabar je la dengan perangai adiknya yang satu itu. Kalau dah ralit, memang Emy takkan pedulikan orang lain.
Ain yang duduk di sebelah Emy, bangun. Terasa ada pergerakan disebelahnya, Emy pandang ke arah gadia yang sudah dianggap bagai kakaknya itu.
"Pergi mana?" tanya Emy pendek.
"Dapur jap," balas Ain seraya berlalu meninggalkan Emy yang kembali hanyut dengan drama tontonannya. Entah dengar, entah tidak apa yang dijawab Ain tadi.
Perlahan-lahan Ain berlalu ke dapur rumah banglo mewah itu. Ini bukan kali pertama Ain berada di banglo milik Emma dan Faizrul itu. Dia sudah biasa menumpang kasih di situ. Akal si Emy la puncanya. Selalu saja mengajak Ain menemaninya di rumah dengan alasan tiada teman berbual. Nak tak nak, Ain turutkan saja. Lagi pun dia sendiri pun bosan juga tinggal di rumah sewa sendirian.
Air nescafe yang di bancuh di letakkan depan laptop Faid. Faid mendongak melihat gerangan yang meletakkan mug besar itu. Terkedu sekejap dia bila perasan bukan Emy yang membancuhnya air, tapi Ain.
Perlahan-lahan dia ukir senyuman nipis. Tapi hanya beberapa saat, sebeluk riak wajah bekunya kembali.
"Thanks," ucap Faid senada. Ain sekadar menganggukkan kepala dan tersenyum nipis sebelum kembali ke sofa yang diduduki Emy.
"Nah, air," Emy pandang mug yang baru diletakkan didepannya dengan riak pelik.
"La... Akak ni, susahkan diri je. Kejap lagi Emy bancuh la air untuk Mr. Grumpy tu,"
"Tak apa. Alang-alang akak ke dapur tadi,"
"Dapur? Bukan akak kata nak pergi tandas ke?" soal Emy aneh. Ain kerut kening seketika sebelum dia melepaskan tawa.
" Bila masa akak kata nak pergi tandas? Akak kata akak pergi dapur la adik sayang," keluh Ain bersama tawa kecil. Macam-macam sungguh la Emy ni. Terlampau fokus pada tv, sampai lain yang Ain cakap lain yang dia dengar.
Perut Emy yang berkeriut tiba-tiba buat pandangan Ain jatuh ke situ. Terkebil-kebil dia memandang. Seakan cuba mencerna bunyi yang baru didengarinya. Ain lepas gelak lagi.
"Lapar lagi? Bukan baru makan ke?" tanya Ain dalam sisa tawanya.
Emy dah tunjuk muncung. Pura-pura merajuk. Malu sebenarnya bila kantoi dengan Ain perut dia berbunyi. Kuat pulak tu. Macam gaya tak makan seminggu.
"Alaaa, tadi tak kenyang. Abang la kacau orang makan. Terus tak lalu nak tambah nasi," getus Emy geram.
Mana taknya, tengah elok-elok dia menjamah masakan Ain, boleh pula Faid potong mood dia dengan bercerita pasal Farhan. Menggiat dia tak berhenti-henti. Siap jemput lelaki sengal tu dinner sekali pula tu. Nasib baik la Farhan menolak. Ada dinner meeting katanya. Kalau tak lagi tak lalu la Emy nak makan. Mahu-mahu kempunan dia nak makan air tangan Ain.
"Eh apa pula abang," Faid bela diri. Si adik yang dah cemberut di perhatikan bersama senyuman nakal.
"Abang la. Gatal-gatal sebut nama Farhan tu apasal?" marah Emy.
![](https://img.wattpad.com/cover/108818274-288-k380072.jpg)
YOU ARE READING
Behind His Mask (ON HOLD)
RomanceDurar Faid. Siapa tak kenal lelaki ini? Anak pemilik syarikat terkemuka di Malaysia. Tapi dia langsung tak ambil peluang. Dia bekerja sendiri sebagai seorang freelance photographer. Gambar hasil karyanya memang cantik. Dia berjaya mempunyai galeri s...