Titt... Titt... Titt... Titt...
Faid yang masih berlingkar dalam selimut terjaga. Telefon yang berada di night stand dicapai sebelum dia mematikan alarm.
Pukul 6 pagi. Waktu 'wajib' baginya untuk bangun dari katil, mandi, solat dan bersiap untuk ke galeri. Cuma pengecualian pada hari Sabtu dan Ahad bila dia akan bagun, mandi dan solat tapi kemudian sambung tidur semula sampailah pintu diketuk mamanya.
Perlahan-lahan, Faid bangun dari katil, mencapai tuala sebelum meloloskan diri ke bilik mandi. Hari ni dia tak ke galeri sebaliknya hari ini dia akan ke boutique pakaian muslimah milik mama dan mummy untuk mengambil gambar semperna pelancaran pakaian muslimah itu yang terbaru.
Usai solat, Faid bergerak turun ke dapur. Matanya meliar memerhatikan kiri dan kanan mencari kelibat Emilia. Tak ada. Belum bangun tidur lagi la tu.
"Assalamualaikum, morning ma," ucap Faid sebelum menghampiri wanita yang sedang ligat menggoreng nasi di dapur. Pipi wanita itu dikucup perlahan sebelum dia berlalu ke arah sinki.
Emma perhatikan anak bujangnya itu dari belakang. Tak pernah tak ringan tulang. Setiap pagi pasti membantu dia di dapur menyediakan sarapan dan mencuci pinggan di dalam sinki.
Walaupun kehidupan mereka semakin sennag saban hari. Yalah, dengan bisnes Faizrul makin berkembang begitu juga butik muslimah hasil kerjasama dia dan Hanny tapi tetap saja Emma tak izinkan Faizrul ambil pembntu rumah. Dia tak suka ada orang lain dalam urusan rumah mereka.
"Ma, hangus kang nasi tu," usik Faid bila perasan mamanya menggelamun. Emma segera kembali pada kerjanya yang tertangguh menyebabkan si anak tersenyum nipis.
"Untuk photography session kejap lagi, dah settle semua ke, ma?" soal Faid ingin tahu. Emma berfikir seketika sebelum menjawab soalan anaknya.
"Props semua dah selesai dah. Cuma mama dan mummy masih tak dapat nak figure concept untuk photography session kali ni," beritahu Emma sambil tangannya ligat memasukkan nasi yang siap digoreng ke dalam bekas.
"Tak apa la. Nanti Faid tolong fikirkan konsepnya. Kena tengok juga design pakaian dan modelnya. Baru sesuai konsep dan pakaian yang digayakan," beritahu Faid. Emma tersenyum bersetuju.
Jarang sekali dia tak suka dengan idea Faid. Padanya anaknya ini memang kreatif. Buktinya setiap kali gambar pakaian terbaru mereka di upload di media sosial, bukan setakat banyak pesanan yang masuk tapi ramai juga yang memuji hasil kreativiti penngkapan gambar tersebut. Diam tak diam, Emma bangga dengan kehebatan anak bujangnya itu.
"Assalamualaikum, morning ma, abang," suara salam dari Emy buat dua pasang mata itu tertumpu ke pemisah antara dapur dan ruang tamu.
"Waalaikumussalam. Awal pagi ni?" tanya Faid sambil matanya merenung jam di dinding.
"Perli... Perli..." marah Emy perlahan. Faid kulum senyum. Memang sengaja dia mengusik adiknya itu. Selalu, selagi tak pukul 7.30,jangan haraplah nak nampak muka dia di dapur tapi hari ni belum pun pukul 7,dah terpacak kat dapur. Mana tak terkejut Faid.
"Tak make up ke hari ni?" sekali lagi Faid mengusik. Emy mencebik. Geram betul dengan abangnya ini.
"Faid, tak baik usik adik macam tu," tegur Emma buat Emy tersenyum kemenangan. Suka bila dipihak mama. Faid jelir lidah sedikit. Sikit je tak berani panjang-panjang. Kalau mama nampak, naya!
"Ma... Abangkan..." Emy mula nak mengadu. Faid jegil mata, tanda suruh si adik tutup mulut. Emy buat muka dan goyang-goyangkan kepala tanda tak nak dengar.
"Adik..." desis Faid.
"Tahu takut," ejek Emy selamba. Faid cebik.
"Eleh, tak takut pun sebenarnya. Saja je," Emy yang mendengar balasan si abang buat muka. Eleh, ego! Tadi kemain tak bagi dia buka mulut, sekarang ni belagak. Dia cakap betul-betul dengan mama nanti, baru tahu lagit tu tinggi ke rendah.
YOU ARE READING
Behind His Mask (ON HOLD)
RomanceDurar Faid. Siapa tak kenal lelaki ini? Anak pemilik syarikat terkemuka di Malaysia. Tapi dia langsung tak ambil peluang. Dia bekerja sendiri sebagai seorang freelance photographer. Gambar hasil karyanya memang cantik. Dia berjaya mempunyai galeri s...