BHM 17

1.2K 58 0
                                    

Faid mengambil luggage miliknya. Segala barangan penting sudah di masukkan dalam bag sandang. Sekarang masa untuk mengemas pakaiannya pula.

Almari yang terbuka dipandang lama. Satu persatu pakaian yang terlipat kemas direnungnya. Akhirnya dia mengeluh sendirian sebelum melabuhkan duduk di hadapan almari kayu itu.

"Kemas baju ke berteleku?" suara lembut milik Emma menampar gegendang telinga Faid. Segera pandangan dialihkan ke arah pintu bilik yang sudah terbuka menampak separuh badan mamanya itu.

Faid tersenyum nipis sebagai tanda mempelawa ibunya masuk. Emma menghampiri si bujang yang sudah kembali memandang pakaian dalam almari.

"Hei, what's wrong?"

Faid tidak menjawab sebaliknya hanya memandang mamanya yang sudah melabuhkan duduk di sebelahnya.

"Ma, ma redha ke Id pergi ni?" tanya Faid sambil menggenggam erat tangan Emma. Emma tersenyum memandang anak bujangnya itu.

"Id pergi timba ilmu, takkan ma tak redha sayang," lembut Emma tuturkan bicara walaupun dalam hatinya berbolak balik.

Yalah, anaknya itu sejak kecil berkepit dengan dia. Sampai tingkatan 4, masuk MRSM pun berhampiran rumah je. Walaupun tak balik setiap minggu tapi selalu jugak Emma dan Faizrul pergi melawat. Habis SPM, Faid dapat tawaran photography di UiTM Shah Alam, masih juga berhampiran mereka.

Tapi kali ini untuk pertama kalinya, Faid akan merantau ke negara orang. Jujur, Emma tak mampu nak beri keizinan mulanya. Mujur Faizrul pujuk. Beritahu dia, mungkin ini yang terbaik untuk Faid memandangkan dia perlu tenangkan diri selepas apa yang berlaku antara dia dan Ain.

Nak tak nak, terpaksalah Emma mengizinkan.

"Tak lama ma, setahun je. Nanti Id balik bawa menantu ye," gurauan Faid membuatkan Emma mencebikkan bibir.

"Tak nak mama menantu rambut perang, mata biru. Mama nak yang muka asia," Emma balas gurauan anaknya dengan gurauan juga. Faid tergelak kecil.

"Ok apa ma, dapat menantu mata biru. Cucu ma mesti cantik nanti," Emma tepuk perlahan peha Faid menyebabkan Faid tertawa kuat.

"Ma tak nak. Ma nak orang Malaysia. Yang chubby-chubby sikit. Sedap mata memandang. Kalau boleh nama start dengan huruf A," Emma jeling Faid dengan ekor matanya. Mahu lihat reaksi si anak. Faid gelak makin kuat.

"Amboi ma, demand," sindir Faid dalam gelak yang masih tak berhenti. Bukan dia tak faham maksud mamanya itu. Tapi saja buat tak faham. Siapa lagi gadis chubby bermula dengan huruf A yang mama kenal kalau bukan Ain.

Mama...mama... Nak jadi ejen cari jodoh macam mummy jugak ke? Kalau mummy dok sibuk menggiat Farhan, mama pula sibuk menggiat dia. Hurm, padanlah mama dan mummy jadi kawan baik. Sama je perangainya.

"Jaga diri kat tempat orang. New York bukan KL yang awak boleh merayap suka hati tapi masih tahu jalan balik," Emma mengingatkan anaknya itu. Faid angguk sekalo. Faham dengan kebimbangan si ibu.

"Tak pa ma, Google Maps kan ada. Kalau sesat boleh dapat jalan lurus balik," usik Faid buat Emma jegil mata.

Budak ni kan, orang serius dia main-main pulak.

"Oh Google Maps ye? Dalam tu ada tak jalan lurus nak satukan hati faid dengan Ain?" Faid yang tersengih terus tergamam.

Wah, mama balas dalam diam je. Sentap sekejap.

"Alaaa ma..." rengekan Faid buat Emma tergelak kecil.

Dengan lembut, rambut si bujang diusap penuh sayang. Faid pun apa lagi, time ni la nak mengada-ngada. Dan-dan itu dia lentokkan kepala di bahu mamanya, bermanja.

Behind His Mask (ON HOLD)Where stories live. Discover now