Chapter 7

2.4K 96 9
                                    

#troublemaker7
Selepas sarapan barulah kami orang bertolak balik ke kampung Chloe, sepanjang perjalanan tidur saja kerja si pindik. Sampai betong dia temankan saya shopping baju, dari semalam nda bertukar pakaian bah.

"Angkol, mesti ko pakai boxer ko semalamkan," kata si pindik semasa kami dua survey pakaiandekat Medan, saya jeling dia saja. Chloepun ikut2 belek baju dan seluar dekat rak sana.

"Cepatla pilih, sa nda sabar mau balik rumah ni," kata dia lagi, terpaksala saya main ambik saja pakaian ekat rak sana.

Masa mahu bayar dekat kaunter seorang sumandak sebaya Chloe menyapa kami, perasan juga saya yang muka dia berubah tiba2.

"Mang, bisi pulai pia? ( mang singkatan kumang, nama kampung Chloe)," tu mandak Tanya Chloe ada balikka.

"Au (ya)," ringkas saja dia jawab, tu mandak tengok saya pula. Senyum2 dia, cantik juga bah dia ni. Saya balas senyuman dia.

"Mang, sapa nya? Laki nuanka?" (mang, sapa tu, laki kamuka?) Tanya sumandak tu lagi, Chloe pandang saya. Saya tahu maksud sapa nya dan laki saja hahaha.

"Ya, laki aku la nya. Nda nemu jaku iban ia (ya, laki sa la tu, teda pandai dia cakap iban)," jawab Chloe, saya jeling dia saja. Hmmm, naik pangkat jadi laki orangla saya ni hahaha..

"Sapa nama ia?" Tanya sumandak tu lagi.

"Nyau nda ingat..Alan Mujap nama ia...( lupa saya.. alan Mujap nama dia) eh, alan.. ni kawan sa, satu rumah panjang.. Sonia nama dia ," kata Chloe, ok.. sejak bila nama saya bertukar jadi Alan. Baru saja Soni mahu berjabat tangan dengan saya, cepat2 Chloe suruh saya bayar pakaian saya tu. Lepas bayar barang saya lihat dia macam tergesa2 bawa saya balik.

Sebelim balik, kami pergi pasar utama sana. Cun2 kami dua dapat parking depan kedai emas, hujung sana kedai Ensangai (kedai makan). Terfikir saya kata pak indak supaya adalah lebih baik kalau Chloe memakai rantai cross yang telah diblessed pastor.

"Ko pergila kedai sana dulu, saya mau beli kredit ni," kata saya, dia tanpa banyak soal mengangguk saja. Saya ni mana pakai prepaid, saya pakai bill lagi senang. Saya masuk kedai emas sana.

"Mau cari apa?" Tanya tu toke, hmmm bulih tahan hensem dan masih muda.. mungkin adala tua sedikit dari saya.

"Saya mau cari rantai dan buah dia sekali... pilih cross kosong... ," kata saya sambil mata saya tengok tu rantai dalam bekas kaca sana.

"Lu pakaika?" Tanya toke tu lagi.

"Ya... dan satu lagi cari untuk perempuan," jawab saya, terus dia bercakap dengan isteri dia kali.

"Mau cari rantai atau full set sama cincin?" Tanya tu tokeneo, alaaa macamla saya ni mau shopping emas kawin.

"Noo..Present for my woman (jangan lupa bah kamuorang, depan Charlotte si pindik ni woman saya aa kununnya hahah)," jawab saya, tu tokeneo angguk saja.

"Mau emas putih atau biasa saja?" Tanya dia lagi, terfikir juga saya apa yang sesuai utuk Chloe. Sebab saya pun sama mau beli rantai cross, saya pilih yang biasa. Simple saja saya beli dan tidakla terlalu besar atau lebar, gara2 tertarik mahu mendalami agama bah ni. Untuk chloe saya pilih tali dia yang bulat2 kecil (maaf teda tahu saya design tu dipanggil apa, im not a fan of gold hahaha).

Lepas habis minum di kedai ensangai barulah kami balik kampung, semasa Chloe masuk dalam kereta berbelah bagi sama ada saya mau bagi atau tidak.. tapi fiki2 belum diblessed saya simpan dulu.

Dahla jalan banyak bukit, kecut juga saya mahu drive hahaha.. habis dekat Kuching jarang berbukit bah.. di sebuah gereja Metodist saya tengok Euries bagi signal masuk sana, jadi saya ikut saja.
Sampai sana, Euries panggil tu pastor (pastor lun bawang dari lawas). Dia cerita2 sama tu pastor pakai cakap iban, lancar tu pastor cakap iban. Lepas tu dia doakan Chloe termasuk saya juga. Dia sama isteri dia kasi doakan saya dan Chloe.
Lepas selesai, kami dorang masuk kereta. Tetapi saya patah balik mahu minta pastor bless rantai tadi.

Troublemaker: Henry Dunn is back (COMPLETED)Where stories live. Discover now