POV AUREL
Keadaan majlis sangat meriah di tambah lagi dengan kehadiran wartawan yang dijemput khas. Aku rasa kerdil pula. Sejak turun dari kereta sampailah masuk ke dalam dewan, Ethan tidak pernah melepaskan tangannya memegang tangan aku. Takut aku hilang ke apa ni?
"Heyy Ethan Danial...bila sampai? Dah jumpa dengan tuan rumah?" Sapa seorang lelaki dan disebelahnya ada seorang perempuan bertudung. Cantik.
"Baru je. Tuan rumah nampak macam sibuk aje. Bila kahwin?" Tanya Ethan.
"Hahaha minggu lepas. Rugi kalau tangguh lama-lama. Kenalkan Aisyah ni kawan abang dari universiti dulu." Ujar Fahmi dan Aisyah hanya mengangguk lalu menghulur tangan untuk bersalam dengan aku. Aku sambut dengan baik.
"Kami jumpa tuan rumah dulu." Ujar Ethan lalu kami beredar. Ethan seperti tak suka dengan Fahmi. Aku tak tahu kenapa. Sedangkan dengan aku pun kadang-kadang dia tak suka.
"Ethan!!!!" Tiba-tiba ada minah rambut blonde berlari keanakan menuju ke arah kami. Jalan perlahan-lahan boleh kot, kang terjatuh buat malu aje. Dahlah pakai kain batik susun depan. Terselak habis.
"Marian Owe. How are you?" Sambut Ethan lalu mereka berpelukan.
Bolat mata aku yang melihatnya. Aku yang selalu jumpa Ethan ni tak pernah pun kena peluk. Bukan apa aku isteri dia yang sah, so ada masalah ke?
"I sentiasa sihat. You macam mana?" Tanya minah yang bernama Marian Owen ke Owl. Aku tak dengar dengan jelas. Dia terus mencium kedua belah pipi Ethan dan Ethan hanya merelakannya.
Watdepak!
"Eh wait. Siapa ni? Comelnya." Marian mencuit hidung aku. Heyy ingat aku budak ke? Cukuplah Ethan dengan Along yang selalu panggil aku budaks.
"Ohh kenalkan ni isteri i Aurel Fatiya." Ujar Ethan sambil tersenyum. Senyum? Wait! Selama ni kat aku dia tak pernah senyum pun. Siapa minah ni?
"Hi! Nice to meet you." Marian memeluk aku pulak. Dia ni jenis suka peluk orang atau macam mana? Geram pulak.
"Okay la i nak get ready untuk show jap lagi. Apa pun comellah isteri you ni." Dia mencuit pipi aku pulak. Ni dah kali kedua. Aku mengenggam tangan menahan geram. Gedik dengan Ethan sorang dahlah. Asal aku sekali kena.
*******
Ethan meminta diri untuk ke tandas dan kini tinggal aku seorang yang terasa asing sangat. Pertunjukkan fesyen baju sudah bermula. Aku punyalah pikir ingat iris.co ni kejadah benda. Rupanya baju kurung moden. Baju yang diperaga semua cantik-cantik tapi mengikut bentuk badan.
Aku merenung jam pada telefon. Amboi lama bebenor dracula pergi tandas. Sesat ke? Aku mengambil keputusan untuk pergi menjejaki Ethan.
Setelah mendapat arah tuju untuk ke tandas daripada salah seorang kru di situ. Aku terus menuju ke tandas tersebut. Belum sempat aku nak menuju ke tandas, aku dapat rasakan ada sesuatu disebalik bilik kecil. Tanpa berfikir panjang, aku terus membuka pintu bilik kecil itu dan aku nampak burung hantu berciuman dengan dracula. Dan dracula itu suami aku. Ya Tuhan! Reaksi apa aku nak tunjuk ni?
"A-aurel...kau buat apa kat sini?" Tanya Ethan gagap. Gagaplah sebab buat salah.
"M-maaf. Saya nak pergi tandas." Jawap aku lalu berlari menuju ke tandas.
Sampai di dalam tandas, aku menangis semahunya. Bodoh sendiri, siapa suruh buka pintu tu. Kalau aku tak tergerak hati nak buka mesti aku tak nampak. Ya aku bodoh sebab tak pandai jaga suami. Mesti Ethan dah bosan dengan aku sebab tu dia sanggup buat aku macam ni. Macam mana aku nak berhadapan dengan dia ni? Aku rasa aku tak sanggup nak berdepan dengan dia. Tak! Aku kena jugak berdepan dengan dia. Dia kena terangkan perkara sebenar. T-tapi aku tak sanggup nak dengar. Macam mana ni? Ethan dah tak sayang aku. Apa aku nak buat ni?
Kedengaran pintu tandas di ketuk dengan kuat dan suara Ethan memanggil nama aku.
"Aurel Fatiya! Buka pintu ni! Jangan sampai aku pecahkan!" Jerit Ethan dan akhirnya aku keluar. Berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Ethan. Sampai sahaja dihadapannya, dia terus menarik tangan aku dan kami keluar daripada dewan.
"Kau nak aku buat apa sekarang?" Tanya Ethan apabila kami dalam kereta. Aku masih menangis. Kali ini memang aku nak menangis. Menangis sepuas hati aku. Aku tak nak dengar pengakuan dia. Sakit.
"Awak cium dia"
"Ya aku cium dia"
"Awak sayang dia"
"Tak. Aku tak sayang dia. Aku sayang kau sorang je"
"Awak tipu!"
"Aku tak tipu"
"Saya rasa bodoh sangat. S-saya benci awak."
"Kau tak bodoh. Aku yang bodoh sebab tergoda dengan godaan dia."
"S-saya tak sepatutnya buka pintu tu. Kalau tak mesti saya tak nampak apa yang berlaku"
"Tindakan kau dah betul. Kalau kau tak buka mungkin aku dengan dia akan pergi lagi jauh."
"Kenapa awak cium dia?"
"Aku rindukan dia. Jujur aku cakap aku rindukan dia."
"Then kahwin dengan dia. Senang kan!"
"Perempuan yang aku nak kahwin ialah kau bukan dia!"
"Kenapa awak rindukan dia? Siapa dia pada awak dan siapa saya pada awak?"
"Sebab dia cinta pertama aku. Dia selalu naikkan nafsu aku. Kau ialah isteri aku."
"Ya saya isteri awak dan burung hantu tu perempuan simpanan. Perempuan tempat awak lepaskan nafsu awak, kan? Saya ni isteri tak guna. Tak pandai jaga suami. Kahwin tak sampai dua bulan, suami dah cari lain. Nampak sangat awak bosan. Awak tak suka saya milik orang lain tapi awak? Awak ingat saya suka? Suka kongsi dengan orang lain? Lebih baik awak tinggalkan saya dan awak kahwin dengan burung hantu tu. Saya tak sakit hati. Awak boleh berasmara dengan dia anytime. Awak tak payah serabut pikir perasaan saya. Senang. Senang lagi kalau saya ignore awak masa Along perkenalkan kita dulu."
"Aku minta maaf. Aku memang tak boleh kawal."
"Senang kan minta maaf. Habis hati saya ni macam mana? Saya terlalu sanjung awak. Awak segalanya untuk saya. Awak pensyarah saya. Awak suami saya. Awak teman hidup dikala susah senang saya. Saya hormat awak lebih dari segalanya. Tapi apa yang awak buat tadi...saya betul-betul hilang hormat pada awak. Hantar saya balik sekarang. Kalau awak nak patah balik sini lagi nak jumpa burung hantu...just go. Saya bukan penting pun pada awak."
Keadaan senyap. Nampaknya Ethan sudah hilang kata-kata. Kali ini dia betul-betul buat silap. Aku dah buntu. Aku tak tahu nak buat apa. Yang aku tahu apabila aku jumpa burung hantu tu, aku nak buat sesuatu. Sesuatu yang gila.
Aku mengenggam tangan.
![](https://img.wattpad.com/cover/111721115-288-k794366.jpg)
YOU ARE READING
Just You, Budak Lembab! [COMPLETED]
Любовные романы"Betullah apa yang saya selalu fikir selama ni yang awak memang tak cintakan saya. Awak tak sayangkan saya pun. - Aurel Fatiya. "Yes! Kenapa? Kau rasa menyesal sekarang? Budak lembab!" - Ethan Danial. Peringatan : Under 18 kebawah tidak digalakkan...