3 : EXCIDENT😪

38.1K 920 7
                                    

POV AUREL

Aku mengeliat keselesaan. Rasa macam bukan tidur atas sofa. Selesa sangat. Buka mata.

"What!"

Aku gelabah. Macam mana aku boleh ada atas katil ni? Takkan mengigau kot. Ehh aku bukan jenis yang suka mengigau okay. Aku pandang sekeliling. Ethan dah keluar. Tinggal bau minyak wangi aje. Keadaan bilik pun dah kemas. Tak macam semalam. Berselerak dengan barang aku. Beg laptop dengan helmet dia dah letak di tempat asalnya. Lebih baik dia yang jadi isteri kalau macam ni. Rajin bebenor!

Aku punyalah kunci jam nak bangun sebab tak nak tengok muka dia. Akhirnya dia yang pergi dulu. Tak sempat nak salam tangan dia.

Huwaaaa!

Aku baru perasan, ada sticky note dilekatkan pada lampu meja.

Kelas mula awal dan akan habis awal. Kau lambat masuk kelas aku. Aku drop kau dari subjek aku.

Tengok jam. Pukul 9 pagi. Kelas Ethan pukul 10 pagi. Fuhh sempat lagi ni. Aku mula melangkah masuk bilik air.

Baru nak hidup enjin skuter, tiba-tiba Ziya telefon.

"Weh kau kat mana ni? Kau tak nak masuk kelas sir Ethan ke? Ke kau nak kena tibai satg?"

"Bukan kelas dia start pukul 10 ke?"

"Pala hotak kau pukul 10. Pukul 9.30 laa. Kan Faiz dah habaq dalam wassap group."

"Aku tak buka data lagi"

"Baik kau datang. Mood tak okay tu."

"Okay-okay. Cover untuk aku."

Aku matikan panggilan lalu aku memecut skuter aku dengan laju. Kelajuan yang tak pernah berani aku buat selama ini. Lantaklah janji sampai dan masuk kelas.

Setelah lima belas minit baru aku sampai. Sangat magik. Sangat laju. Pergh!! Lega dah sampai. Aku masuk dari pintu belakang dewan sambil menunduk badan aku dengan terhincut-hincut. Harapan supaya Encik Ethan tak nampak tapi harapan palsu lagi. Dia tepat memandang aku dengan tajam. Aku sengih.

"Weyh, awat kaki hang tu?" Tanya Zara dan Nabila dengan Ziya memandang ke arah aku serentak.

"Haha. Mana ada apa-apa. Tersepak batu masa nak cepat tadi."

Bohong aku.

"Aurel, berdarah teruk aku tengok kaki kau tu. Tanggal kasut kau jap. Aku nak tengok." Dengan selamba badak Nabila menanggal kasut aku.

Nasib baik dracula sedang fokus menghadap laptop.

"Aurel, kau tercederalah. Kau excident ke?" Soal Nabila panik sambil memakaikan balik kasut aku.

"Aku okay je. Tengah buat apa sekarang?" Tanya aku pelik. Sebab keadaan dalam dewan kuliah senyap.

"Jawap Quiz". Jawap Zara.

Aku mengangguk.

"Sir, Aurel dah sampai." Jerit Nabila.

"Ambil paper ni"

Dengan kadar segera Zara turun ke bawah untuk mengambil kertas soalan untuk aku.

"Datang lambat. Masuk ikut pintu belakang. Buat bising. Suruh kawan ambil paper. Kaki dah patah ke sampai suruh orang lain ambilkan? Zara duduk tempat awak semula. Aurel ambil sendiri."

Satu-satu dia sebut kesalahan aku. Huh! Aku lap darah yang mengalir di buku lali dengan tisu sebelum bangun. Aku turun tangga dengan perlahan. Baru sekarang aku rasa sakit. Damn! Wahai kaki tak payah nak berlakon sangat. Kau ingat dracula tu hadap sangat dengan kau. Entah-entah dia suruh kau merangkak keliling dewan sebagai denda.

"Datang lambat. Jalan pun lambat!" Ujar Ethan sambil berpeluk tubuh. Dia marah.

"Class, siapa yang dah siap boleh hantar dan boleh keluar daripada dewan kecuali Aurel Fatiya"

Aku baru nak melangkah tangga kedua yang terakhir, tiba-tiba kena serbu dari belakang. Nasib baik tak jatuh.

Keadaan dewan menjadi lengang, setelah kena 'halau' dengan dracula. Aku mencebik apabila sampai di meja Ethan.

Menahan sakit.

"Kenapa dengan kaki kau?"
Tanya Ethan apabila aku baru nak mengambil kertas soalan.

"Berlakon. Dia nak perhatian seseorang."

Aku mula membaca soalan. Satu persatu aku jawap. Susah tu jangan cakap. Dahlah aku tak study langsung.

Dahi aku mula berpeluh. Badan mula mengigil menahan kesakitan. Darah yang aku sumbat dengan tisu mula mengalir. Ya Allah! Tolong jangan sekarang.

"Aurel Fatiya. Aku tanya kau sekali lagi, kenapa kaki tu?" Ethan mula mendekati aku dan berdiri di hadapan aku.

Aku tidak berani mahu memandangnya.

"S-saya excident tadi." Aku jawap dengan gagap.

Takut. Takut kena marah macam tadi.

Dengan pantas Ethan menanggal kasut aku. Aku menjerit kecil sebab terkena tempat luka tersebut. Ethan menanggal tali tie yang di pakai lalu di balut pada bahagian buku lali aku.

"Luka kau terlalu dalam. Darah tak henti-henti keluar tu. Jom kita pergi klinik"

Ethan mengambil beg aku di kerusi baris paling atas lalu turun dan mengambil kertas soalan aku.

"Syaf, datang ke dewan satu. Ambil barang-barang saya dan simpan dalam bilik saya. Jangan hilang satu pun barang saya and one more thing saya half day harini."

Ethan menyimpan telefon dalam poket seluar lalu mengendong aku. Tidak lupa jugak beg laptop aku dia sangkut pada bahu kiri.

Aku malas nak membantah atau nak bercakap. Sejujurnya sekarang ni sangat sakit. Aku seorang yang takut sakit.

Tapi kalau orang lain nampak macam mana?

POV ETHAN

Dua jam kemudian, baru Aurel sedar daripada pengsan. Aku lega. Sangat lega tapi bibir dan mukanya pucat.

"Sayang, are you okay?" Aku memegang tangannya lalu menciumnya berkali-kali. Bersyukur sangat-sangat.

"Awak...s-saya takut. Saya tak nak bawak skuter tu lagi. Saya tak nak!"
Air matanya mula turun. Ingatkan takut kaki kena jahit rupanya takut nak bawa skuter. Bukan ada orang yang paksa pun dia bawa. 

"Sayang nak balik tak? Atau nak tidur sini?"

"Nak balik"

"Okay let's go"

Sekali lagi aku mengendongnya. Ringan aje badan dia ni. Nak kata tak cukup makan, makan nasi bertambah.

#Ethan_mula_nak_sweet

Just You, Budak Lembab! [COMPLETED]Where stories live. Discover now