15 : NAK PUPU/KISS①⑧‼

54.2K 689 24
                                    

Pov Aurel

Malam ini kami makan di rumah keluarga aku. Keadaan agak meriah kerana kami sudah lama tidak berkumpul bersama. Ethan dan Along seperti biasa macam pasangan yang tak boleh di pisahkan.

"So bakal kakak ipar tu orang korea?" Aku mula bersuara.

"Orang Malaysia tapi tinggal di Korea Selatan." Sahut Along.

"Adik nak ikut jugak." Pinta aku sambil mengenyit mata pada Along. Along tersenyum.

"Tak ada kelas ke? Bukan sekarang adik tengah siapkan final year project? " Ummi pula mencelah.

"Tapi ummi...adik nak ikut jugak" Aku membuat mimik muka.

"Ethan, kau tengok muka bini kau ni. Dah macam belacan basi." Along mula mengusik aku sambil ketawa.

"Kami pergi merisik dulu. Bila dah confirm nanti, adik ikut sekali." Pujuk Abah.

"Abah kalau dah jadi. Majlis akan dibuat di malaysia. Tak buat kat negara orang tu." Along mencelah. Nampak sangat tak nak bagi aku ikut.

"Abah...Macam mana? Apakata tunggu adik cuti... Okay tak?" Aku memberi cadangan. Aku nak sangat pergi pergi Seoul. Walaupun bukan tempat idaman aku.

"Tunggu kau cuti konon. Kau nak teman wanita aku tu kena kebas orang ke?"

"Along..." Aku seakan merayu.

"Tamat kontrak menjadi pensyarah nanti. Kita akan menetap di Seoul. Berapa lama yang Aurel nak." Ethan mencelah setelah sekian lama mendiamkan diri. Eh jap. Apa dia cakap tadi? Biar betul.

Aku menjeling tajam.

"Kenapa tak cakap awal?" Tanya aku dengan geram bercampur teruja sikit.

"Actually, Ethan nak bagi kau surprise tapi tengok muka kau ni macam terdesak sangat. Terpaksalah bagi tahu." Along menjawap bagi pihak Ethan Danial.

"Adik hanya menumpang duit orang. Bila ada peluang tu naklah jugak merasa travel dengan family tapi nampaknya ada yang tak suka. Tak apalah." Aku bangun lalu menuju ke dapur. Terasa hati.

"Adik... Look, aku tak ada niat pun nak buat kau sentap. Aku mintak maaf okay." Along mengikut aku dari belakang. Aku tidak mengendahkannya. Dia tahu yang aku mula merajuk.

"Awak... Jom balik." Aku menyalami tangan ummi dan abah lalu aku berjalan menuju ke ruang tamu. Malas nak layan perangai Along. Nanti aku yang kalah.

*****
Pov Ethan

Aku memerhati gerak geri Aurel di dalam bilik. Sejak dalam kereta sampailah dirumah. Aurel langsung tidak bercakap dengan aku. Dia merajuk dengan Fatih. Kenapa aku kena tempias? Oh baru ingat. Masa gaduh dengan aku pun dia buat perkara yang sama pada kawan-kawannya.

"Sayang... Kau kenapa ni? Dari tadi je senyap... Kau marahkan aku tentang plan aku nak pergi Seoul tu?" Tanya aku untuk kepastian.

Aurel masih mendiamkan diri.

Aku turun dari katil lalu mendekati Aurel yang sedang meniarap di atas karpet sambil bermain dengan laptop.

"Sayang... Say something please..." Aku duduk bersila di sebelahnya. Patutlah tekun semacam. Main game rupanya. Gilalah. Bini aku main game Honor.

"Saya tak nak cakap dengan awak." Dingin sahaja dia menjawap. Sah merajuk.

"Okay... Kalau tak nak bercakap dengan aku, takpe. So bolehlah aku...."

Dengan pantas dia mendongak ke arah aku.

Cupp!

Dapat satu. Terus mukanya masam mencuka.

Just You, Budak Lembab! [COMPLETED]Where stories live. Discover now